Setelah kepenatan menolong emaknya mengukus lepat pisang, Ain Nabilah terlelap. Dia seakan-akan terlupa akan masalahnya. Agak-agak apa yang Shafiq Iqbal akan lakukan kepada Ain Nabilah esok ? Semoga dia tabah menghadapi karenah Shafiq Iqbal.
* * * * * *
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
"Makcik, Ain sudah siap?"
"Ain sudah pergi. Pukul 6.30 lagi dia sudah keluar." terang Puan Ramlah.
"Hah ! cepatnya ?"
"Tulah, bila makcik tanya, katanya nak bersihkan kelas."
"Tapi hari ni bukan dia yang bertugas."
"Mungkin ada kerja sekolah yang tak siap sebab tu dia pergi awal."
"Kalau macam tu, takpe lah. Assalamualaikum Makcik."
"Walaikumusalam." jawab Puan Ramlah yang melihat Wani berlalu ke sekolah. Hatinya berasa hairan dengan sikap anaknya yang terburu-buru ke sekolah pagi tadi. Kenapalah dengan anak dara aku sorang ni.
Sepasang mata memerhatikan kelibat Wani dan Rahmah masuk ke perkarangan sekolah. Fuhhh ! nasib baik tak perasankan aku. Apalah aku nak jawab dekat diaorang nanti. Comfirm dia orang soal aku macam dalam melodi. Bukannya soalnya hati. Getus Ain Nabilah. Melihat Wani dan Rahmah sudah naik ke atas barulah dia keluar dari tempat persembunyiannya. Menyorok belakang post guard. Bukan dalam semak. Harap maklum.
"Ish, kenapalah dia tak sampai-sampai lagi ni !" bentak Ain Nabilah sambil mengusha si Shafiq Iqbal. Tapi biji mata pun tak nampak lagi. Memanglah tak nampak, nanti dia datang naik kereta la.Tiba-tiba Ain Nabilah bagai nak cabut lari pabila terlihat lelaki itu. Datang dekat pulak. Sambil tersenyum pulak tu. Apa aku nak jawab ni.
"Hai Ain. Kenapa naik lagi ? tunggu siapa ?"
"Azeerin... Ain tengah tunggu adik. Fail Admath Ain tertinggal. So suruh dia hantar." Nasib baik otak aku ligat bab-bab nak kencing orang ni. Tapi tak selalu ya. Dalam keadaan terdesak je.
"Ohh... I see. Okeylah Azeerin naik dulu ye."
"Okey." matanya menghantar kelibat Azeerin naik ke atas. Syukur dia tak tanya banyak soalan. Kalau tak mati aku nak fikir seribu satu alasan.
Lepas sorang-sorang tanya kenapa Ain Nabilah duduk tercegat di situ. Tetapi alasan yang sama digunakan untuk mengelak. Ain Nabilah mengerling ke jamnya. Hah ! sudah 7.30 pagi. Kenapa dia tak datang-datang lagi ? Ke dia nak kenakan aku ? Eeeeiiii ! perhimpunan dah nak mula ni.
Tiba-tiba kelihatan kereta mercedes berwarna hitam berhenti dihadapannya. Ain Nabilah berhenti dari membebel dan terkaku. Jantungnya berdegup kencang. Tingkap kereta diturunkan.
"Bagus ye kau ikut arahan aku." ujar Shafiq Iqbal tersenyum sinis.
"Kenapa awak datang lambat? tahu tak pukul berapa dah sekarang ni ? perhimpunan dah nak mula atau sudah bermula." tiba-tiba lancang mulut Ain Nabilah bertanya. Segera Ain Nabilah menekup mulutnya. Shafiq Iqbal sudah bengis.
" Hoi perempuan ! berani kau cakap macam tu ?" Sahfiq Iqbal sudah mengorak keluar bersama begnya.
"Pak Mail boleh balik." arahnya kepada pemandu tua itu. Ain Nabilah kaku dan terketar. Macam ni bak kena kan Shafiq Iqbal ? Alamatnya, dalam mimpi je lah.
"Apa kau cakap tadi ?" Shafiq Iqbal merenungnya dengan tajam.
"Errr....err... Maafkan saya."
"Nasib baik mood aku baik pagi ni. Kalau tak memang nahas kau !" Shafiq Iqbal mendekatinya. Ek eleh macam perempuan pulak ada mood okey mood tak okey. Sebal betul ! Ain Nabilah membebel dalam hati.
"Mana sarapan aku ?"
"Hah ?"
" Sarapan akulah ! Boleh lagi kau termenung ?"
"Oh ! Maafkan saya."
"Tulah yang kau tahu, maaf-maaf." ujar Shafiq Iqbal. Ketiadaan pelajar distu menyebabkan Ain Nabilah tidak kisah dia dimarah. Yalah, mana nak ada pelajar sebab sekarang sudah waktu perhimpunan. Cuna dia dan Shafiq Iqbal sahaja berada di pintu pagar sekolah.
"Apa kau tercegat lagi ? jomlah ke atas ! " Ain Nabilah masih lagi kaku. Shafiq Iqbal menarik tangan Ain Nabilah memaksanya berjalan. Ain Nabilah tersentak dan menarik tangannya kembali.
" Sakitlah !"
"Hai, berani membantah nampak ?" perli Sahfiq Iqbal.
"Awak tahu tak, haram dan berdosa kalau kita pegang orang yang bukan mahram kita?"
"Kau diam ! aku tak suruh kau bersyarah agama pagi-pagi ni. Apa kau kisah ? tu dosa aku bukan dosa kau." Ujar Shafiq Iqbal. Sememangnya Shafiq Iqbal kurang didikan agama. Sedangkan kelab malam dia boleh kunjungi, kenapa tidak untuk memegang perempuan yang bukan mahramnya.
"Maafkan saya." ujar Ain Nabilah perlahan.
"Pagi ni saja, sudah berapa kali kau mintak maaf? meluat aku !" kata Shafiq Iqbal sambil merenung Ain Nabilah yang sudah tertunduk. Melihat wajah polos Ain Nabilah, Shafiq Iqbal seolah-olah simpati dan tidak mahu meneruskan rancangan jahatnya. Namun ego lebih menguasai dirinya.
"Emmmm, pagi ni saya bawa lepat pisang." Ain Nabilah mengangkat mukanya. Berderau darahnya melihat anak mata Shafiq Iqbal. Pandangan mata mereka tertaut sebentar. Ain Nabilah terus mengalihkan pandangan matanya.
" Lantaklah dengan lepat pisang kau tu ! Aku dah tiada selera nak bersarapan. Jom kita naik atas. Nah, bawa beg aku ni. Kau tu kuli aku." kata Shafiq Iqbal sambil menyerahkan begnya. Nasib baik ringan. Ain Nabilah hanya menurut langkah Shafiq Iqbal naik ke atas.