BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

My Birthday

Lilypie Kids Birthday tickers

Sunday, March 6, 2011

Cinta Kita 2

"Mak Mah !" jerit Shafiq Iqbal memanggil orang gajinya. Dan menghenyak tubuhnya di atas sofa buatan luar negara itu.
Terkocoh-kocoh Mak Mah datang dari dapur.


"Mana papa dan mama?" tanya Shafiq Iqbal. Suaranya mula mengedur namun wajahnya tetap bengis.


"Papa dan mama pergi ke rumah Datin Sofea. Katanya ada majlis." jawab Mak Mah dengan sopan.


"Mak Mah tolong ambilkan kain dan ais batu, sekarang !"


"Untuk apa Tuan Shafiq?"


"Bawa jelah. Banyak soal pulak orang tua ni.." gerutu Shafiq Iqbal.
Shafiq Iqbal sememangnya tidak tahu menghormati orang lain. Mak Mah terus ke dapur menuruti perintah anak majikannya itu.


Tidak lama kemudian, Mak Mah tiba dengan kain dan semangkuk ais di tangannya.


"Ambil benda ni pun makan masa." rampas Shafiq Iqbal dengan rakus.


"Maaf tuan, ada apa-apa lagi yang tuan mahu?" tanya Mak  Mah menundukkan kepalanya.


"Sudah, Mak Mah boleh pergi." ujar Shafiq Iqbal sambil membungkus ais batu di dalam kain lalu dituapkan ke pipinya yang ditampar oleh Ain Nabilah.


Mak Mah terus berlalu meninggalkan tuannya. Mak Mah merupakan pekerja yang setia. Ketiadaan suami dan anaknya membuatkan dia terus setia bekerja di banglo mewah itu.


"Sial punya perempuan. Kau ingat kau boleh terlepas? tiada siapa yang berani memukul aku tapi kau perempuan miskin, sesuka hati menampar aku. Memang sengaja kau cari fasal dengan aku." omel Shafiq Iqbal.


Peristiwa selepas pulang dari sekolah tadi, menerjah kotak fikirannya. Dia telah mengekori Ain Nabilah. Dia berasa pelik melihat Ain Nabilah membawa sebungkus makanan dan diberi kepada seorang makcik yang bekerja sebagai cleaner di pusat membeli belah Plaza Metro Kajang itu.


"Anak cleaner rupanya. Pak Mail, jalan.." arah Shafiq Iqbal kepada pemandunya.


Dalam asyik Shafiq Iqbal melayan kesejukan ais itu, dia terlelap dan melupakan peristiwa itu seketika.




"Kakak, adik bosanlah asyik makan sayur kacang panjang dengan ikan goreng" luah Badrul kepada Ain Nabilah.


"Kenapa cakap macam tu? tak baik tau. Cuba adik fikirkan, kita ni dah bertuah dapat makan, kalau orang miskin yang lain belum tentu mereka dapat sesuap nasi. Dah, Akak taknak dengar adik complaint macam ni lagi, kecil hati mak kalau dia dengar." ujar Ain Nabilah sambil melumur ikan gelama bersam kunyit dan garam. Memang menjadi rutin hariannya memasak untuk makan tengahari dan makan malam.


"Apa termenung lagi? pergi tunggu mak dekat luar. Bukakan lampu luar tu sekalai." arah Ain Nabilah kepada adiknya yang berusia 11 tahun  itu.


Tanpa membuang masa, Badrul menuruti perintah kakaknya itu tanpa sebarang alasan. Menjadi kebiasaannya menunggu mak pulang dari bekerja. Ain Nabilah hanya mempunyai dua orang adik-beradik sahaja.






"Ain, kenapa muka kau macam orang tak buang air besar 10 hari ni?" tanya Wani yang hairan dengan wajah Ain Nabilah mencuka bagai cukalah.


"Kenapa korang tinggalkan aku? Korang tahu tak apa jantan tak guna tu cuba buat dekat aku?"


"Wait.. wait.. bukan jantan untuk binatang ke?"


"Kau ni Rahmah boleh tak serius sikit?"


"Kenapa? Kenapa?" Rahmah mula serius.


"Sabar Ain, cecite..cecite..cecite.." kata Wani sambil menarik Ain Nabilah duduk di kerusi berhampiran diikuti rakan lain.


"Suka hati dia je nak pegang tangan aku, kalau ya pun dia nak kenal aku, tak perlulah sampai nak pegang-pegang segala. Aku bagi dia makan penampar sebijik." cerita Ain Nabilah.


Si Rahmah terlopong mulut dia. Kalau lalat hinggap memang ditelannya.


"Ish, beraninya dia pegang awak." ujar Balqis yang setia mendengar dari tadi.


"Tapi lagi berani kau lempang dia, Ain. Mesti dia berpusing-pusingkan?" sampuk Rahmah sambil tersengih.


Semua menjeling ke arah Rahmah. Orang tengah serius dia boleh buat lawak pulak. Takde moral betul.


"Awak ni buat lawak bodoh  pulak." ujar Balqis.


"Opssss... Sorry..."


"Okey.. Okey.. Kita buat laporan dekat Cikgu Samsul kalau dia buat hal lagi. Okey?" tanya Wani sambil menunjukkan jari ibunya atau tanda bagus.


"Aku setuju !" ujar Rahmah.


"Kau tu semua setuju, Kalau kena kawin dengan pakcik Leman tukang kebun tu pun  kau gembira." kata Wani. Rahmah sudah cemberut.


"Sekarang kita pergi koperasi, aku belanja air mineral seorang sebotol. Okey Let's go honey." kata Wani sambil mengangkat punggung dan diikuti yang lain.


"Eleh, setakat air mineral, rumah aku ada stok untuk mandi bunga lagi." gumam Rahmah.


Mereka terus berlalu.. Hati Ain Nabilah yang membara tadi sedikit sebanyak reda dek kerenah rakan-rakannya yang sengal.




"Amboi anak dara mak, sambil memasak pun boleh termenung ya?" usik Puan Ramlah yang baru pulang dari bekerja.


Ain Nabilah tersentak dari lamunannya dan tersipu malu. Nasib baik tak hangit ikan aku ni ha.. gumamnya dalam hati.


"Mak dah balik? Ain tak perasan pulak."


"Macam nak perasan, asyik berangan je."


"Mana ada..Ada-ada je mak ni."


"Ain, mak nak mandi dan solat dulu, nanti kamu hidanglah dan ajak adik kamu makan." kata Puan Ramlah sambil mengusap kepala anak gadisnya itu.


"Baiklah Tuan Puteri, hamba menurut perintah." kata Ain Nabilah yang mencetus tawa Puan Ramlah.


Ain Nabilah merupakan seorang anak yang patuh dan amat rajin. Semenjak Puan Ramlah bekerja bagi menyara keluarga, dialah yang akan melakukan semua kerja rumah.






Semua pelajar berpusu-pusu berlari ke tapak perhimpunan. Macam ada konsert Lady Gaga pulak. Ain Nabilah, Wani, Rahmah dan Balqis hanya memandang dan terkebil- kebil melihat aksi pelajar perempuan yang terjerit-jerit. Mereka berasa pelik, kenapa pelajar perempuan terjerit-jerit menuju ke dataran perhimpunan.


"Eh, Adam Lambert datang sekolah kita ke? ke budak perempuan kena histeria?" tanya Rahmah kebingungan.


"Ngarot bebeno kamu ni Rahmah." kata Wani dengan gaya memusingkan tangannya ala-ala Usop dalam cerita Hantu K.Limah Balik Rumah.


"Sejak bile kau kena sampuk ni, Wani?" tanya Rahmah yang bertambah bingung. Ain Nabilah dan Balqis hanya menjadi pemerhati.


"Alah aku saja jelah."


"Apa kata kita pergi tengok siapa yang datang?" cadang Balqis.


"Jom." kata Wani dan menarik tangan Ain Nabilah untuk pergi bersama. Tidak ketinggalan si Rahmah dan Balqis.


Setiba mereka di tapak perhimpunan, mereka terkejut beruk. Terdapat tiga orang jejaka dan seorang wanita. Mereka berasa pelik melihat tetamu yang datang memakai uniform sekolah dan bertambah pelik melihat salah seorang daripada tetamu yang tak diundang tersebut.


"Wait a minute, tu bukan Sahfiq Iqbal ke?" ujar Rahmah sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.


Ain Nabilah sudah memerah. Dah hilang seminggu, kau muncul balik ye.. Kali ni dengan kawan baru pulak. Gumamnya dalam hati.


"Betullah, Aku ingatkan dah kena penampar dengan si Ain dia masuk hospital koma 3 bulan. Rupa-rupanya hidup lagi si mamat ni..Pelik bin ajaib betullah..seminggu tak datang sekolah. Ingatkan makan hati, datang sini bawak geng siot." kata si Wani bersungguh.


"Dahlah, buang masa je kita tengok benda ni. Apa yang spesial sangat? jom blah.." 


Ain Nabilah terus menarik tangan Wani, Rahmah, dan Balqis. Dari jauh mata itu hanya memandang dengan bara api yang penuh dengan dendam.


Mereka terus belalu. Cikgu Samsul datang bersama rotannya menyuraikan pelajar yang berkurumun melihat  kedatangan Shafiq Iqbal dan rakan-rakannya. Dan yang menjadi tanda tanya siapakah rakan barunya? serta apa motifnya muncul selepas seminggu hilang tanpa khabar berita.

3 comments:

Anonymous said...

bravo!epsod 1 mne???
na bce boleh:)

zura asyfar addy rifqhiey said...

best...hehe..smbung2..

Unknown said...

BES NYER