BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

My Birthday

Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, June 17, 2011

Maafkan Saya. :)

Assalamualaikum semua kawan-kawan blogku dan semua yang membaca entry ini. Semoga hari sabtu ni menjadi hari yang baik pada nada semua. Pertamanya, Azim nak mintak maaf sangat-sangat sebab tidak memasukan entry baru CINTA KITA dan SALAHKAH AKU MENCINTAIMU? Lately, Azim tersangatlah busy dan terus busy.

Pertamanya, Azim baru mendapat keputusan untuk peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ni. Tersangatlah teruk. Azim pun tak tahu apa sebabnya. Resultnya seperti berikut:

Bahasa Melayu: 75 A-
Bahasa Inggeris: 63 B
Matematik: 53 C
Pendidikan Islam: 70 A-
Sejarah: 74 A-
Tasawwur Islam: 67 B+
Kimia: 32 G
Fizik: 46 D
Biologi: 32 G
Matematik Tambahan: 22 G

Keseluruhan: 3A- 1B+ 1B 1C 1D 3G

Tersangatlah teruk keputusan yang Azim perolehi kan?? Mungkin disebabkan kekurangan usaha Azim sendiri. Kalau Azim usaha dengan lebih gigih tentu result lagi gempak kan? Takpe lah, selagi masa masih ada, Azim tetap akan memperoleh kejayaan yang besar ! Insya ALLAH doakan Azim yer?? Tq kalau yg mendoakan.

Seterusnya, Azim jugak sibuk menuyediakan soalan-soalan Matematik dan Matematik Tambahan untuk membantu kawan Azim yang sorang ni. Dia terlampau lemah sangat dalam kedua-dua subjek ni. Dari segi result Azim sendiri pun, tidaklah sebaik mana, tapi Azim akan cuba untuk membantu dia. Sebabnya dia hanya memperoleh 8 markah untuk subjek Matematik Tambahan dan 34 untuk Matematik. Insya ALLAH berkat pertolongan Azim dia akan meningkat. ~AMIN~

Di samping itu jugak, Azim duk menyiapkan manuskrip CINTA KITA dengan SALAHKAN AKU MENCINTAIMU? Memang nampak macam terkejar-kejar tapi Azim cuba untuk membahagikannya sebaik mungkin. Insya ALLAH. Azim taknak perkara yang dikejar tidak dapat, yang di kendong berciciran.

Selain itu Azim juga ada 3 buah novel untuk di baca.

1. Cucur Bawang & Kopi 'O'
2. Kasih Yang Suci
3. Kerana Terpaksa

Semuanya novel-novel yang bestkan?? Okeylah setakat ini sahaja Azim nak berceloteh. Doakan yang terbaik untuk Azim okey? InsyaALLAH entry terbaru akan di masukkan dalam masa yang terdekat ini.

~> Salam sayang, AZIM ALWIZ

Thursday, June 9, 2011

Salahkah Aku Mecintaimu (Sinopsis)

Karim, lelaki yang dalam dilema apabila merasakan cintanya pada Saleha iaitu tunangannya hanya bertepuk sebelah tangan.

Setelah hampir tiba hari pernikahan mereka, Saleha telah meminta perkahwinan mereka dibatalkan. Atas alasan ingin menyambung pelajaran.

Dalam pada masa yang sama, datang pula anak gadis cantik dari kota, Syahiba di kampung Karim. Kedatangannya adalah kerana sikapnya yang suka bersosial sehinggakan Tuan Hashim terpaksa menghantarnya ke kampung.

Bagi menyelamatkan perkahwinan Karim, Syahiba menjadi galang ganti. Dengan kuasa Ilahi, mereka selamat disatukan.

Bagaimanakah kehidupan mereka? Syahiba tidak menyintai lelaki itu. Karim juga tidak menyintai perempuan itu. Kedua-duanya tidak mengenal antara satu sama lain.

Nazrul (along) datang mengemis cinta Syahiba, Saleha juga kembali mengemis cinta Karim selepas merasakan Karim adalah pilihan yang tepat.

Adakah penceraian akan menjadi jalan penyelesaian masalah mereka? Tidak lahirkah perasaan cinta di antara mereka? Kembalikah mereka pada pasangan masing-masing?

P/s: percubaan kedua selepas CINTA KITA.

Tuesday, June 7, 2011

Cuti sekolah

Assalamualaikum,

Dah lama tak meluahkan perasaan dalam blog ni. Busy dengan pelbagai perkara.
yelah, tahun ni kan Azim form 5 so agak kelam kabut sedikit. Tapi orang still nampak
Azim macam relaks je lagi.

Ye, Azim seorang yang tak suka mencampur aduk kan suatu masalah tu dengan masalah yang lain.
Perkara tu akan lebih memeningkan lagi kepala yang sememangnya kusutkan??

So, cuti sekolah ni, kawan-kawan buat apa? mesti makan angin dengan family tercintakan?
Azim duduk rumah je. tapi nanti nak pergi Johor.Makan angin sebelum cuti sekolah tamat.

Minggu pertama cuti persekolahan tu, Azim busy sangat dengan kelas tuisyen.  Letih sangat-sangat.
Balik tuisyen terus tidur dan tak sedarkan diri. kadang-kadang sampai terlepas waktu Zohor.
Dan disebabkan itu juga, berat badab Azim bertanbah dan tidak menurun.

Lagi satu, sudahlah kena hadir tuisyen, kerja rumah pun tak ketinggalan dibekalkan oleh guru-guru. Tapi satu pun lagi Azim tak sentuh. Sebab apa??

Sebab anak-anak saudare ada. Kalau depa ada, satu kerja pun tak jalan. Yelah, mengganggu konsentrasi
Azim nak buat homework. Almaklumlah, Azim ni tak boleh nak buat kerja dalam keadaan yang bising. Tapi tak tau laa kalau ada orang yang boleh buatkan??

Jadi, cuti sekolah ni, Azim tidur lewat sokmo. Bangun pagi, sembahyang, tidur balik. lepastu bangun balik pukul 10. Tulah rutin Azim sepanjang cuti ni. Azim pun ada jugak mengarang cerita untuk enovel ni. Dan dah hantar pun pada PENULISAN2U tapi tak tau bila diaorang nak update.

Untuk enovel terbaru ni, tajuk dia 'SALAH AKU MENYINTAIMU?'. Ini merupakan cubaan kedua Azim selapas CINTA KITA. Ideanya datang selepas Azim mengamati persekitaran, realiti kehidupan masyarakat dan isu2 semasa. Kali ni, berat sikit Azim nak tulis, sebab ia membabitkan alam perkahwinan dan masalah remaja sekarang. Lepas tu, konflik cinta 4 segi yang cuba Azim cipta. Tak taulah menjadi atau tidak. ha, nak tau menjadi atau tidak, tunggu ye !

Okeylah, setakat ini sahaja dulu. Mungkin lambat sedikit Azim post sinopsisnya, sebab Azim nak bercuti dulu. Tapi jangan risau, Azim takkan buat anda semua tertunggu-tunggu.


~> Salam sayang AZIM ALWIZ

Monday, June 6, 2011

Cinta Kita 6

Shafiq Iqbal menghenyak badannya ke atas tilam empuk di biliknya. Sakit hatinya hanya dia yang dapat ungkapkan. Tetapi mengapa perlu dia tersentap? Bukankah aku tidak menyukainya? Mengapa perlu pilu terpagut dihati bila melihat dia mendapat bantuan lelaki itu? Melihat dia menolong lelaki itu? Shafiq Iqbal tidak tentu arah. Dia sudah bangun. Mundar-mandir di hadapan meja solek. Sakit hatinya bila terkenangkan peristiwa itu. Aku sudah jatuh cintakah sama dia? Tanya Shafiq Iqbal lagi. Tak mungkin ! jeritnya di dalam hati. Lalu dia duduk di birai katil.
“Mana amah kau tak muncul-muncul  lagi ni Fiq?” Irwan bersuara dengan keningnya terangkat memberi isyarat sinis kepada Rahman.
Rahman tersenyum.
“Yela Fiq, mana perempuan tu ha? Apalagi, jomlah kita kenakan dia. Lama dah aku tak kenakan orang.”
“Entah-entah dia tak takut dengan gertakan kau tak Fiq?” Irwan mula membatu api.
Shafiq Iqbal tersenyum sinis. Dia teringat akan peristiwa pagi tadi. Dia membuang semua lepat pisang yang dibawa  oleh Ain Nabilah ke dalam longkang serta nasi gorengnya. Dia juga turut curi pandang ketika Ain Nabilah menangiskan lepat pisang yang sudah kotor. Hatinya bersorak riang dan gembira melihat perempuan  itu menangis.
“Silap besarlah kawan. Pagi tadi dia ikut segala arahan aku seperti mana dalam surat yang aku bagi tu. Korang tengok, aku boleh kawal dia bagai patung. Sedangkan Maya yang cerdik sikit dari dia pun aku boleh manipulasi, inikan pula si miskin tu.” Shafiq Iqbal berkata riak. Dia hanya tahu mempermainkan perasaan orang lain sahaja.
Berdekah tawa Irwan dan Rahman. Apa yang melucukan saat ini  pun tidak diketahui. Mungkin disebabkan Ain Nabilah yang terlalu takutkan Shafiq Iqbal membuatkan mereka geli hati.
“Yak e bro? wa tabik sam lu.” Ujar Rahman dengan gaya seorang prebet tunduk hormat kepada seoang kapten.
“Sudah semestinya. Tengok oranglah babe.” Sekali lagi kebanggaan Shafiq Iqbal teserlah.
Ain Nabilah mengetuk pintu  bilik khas yang menempatkan anak-anak orang kaya itu belajar. Tiada cikgu ke? Ketawa sampai nak pecah gegendang telinga aku ni. Gerutu Ain Nabilah I dalam hati.
“Assaalamualaikum.”
Eh, buat apa akuu bagi salam? Ketuk ajelah kan? Pandir betullah aku ni. Sempat lagi Ain Nabilah mengutuk dirinya sendiri.
Tok ! Tok ! Tok ! tiada jawapan.
Ain Nabilah mengetuk lagi. Tawa mereka di dalam sudah reda.
Terjengul kepala Irwan sebaik sahaja pintu terbuka. Ain Nabilah terkejut. Nasib baik tak melatah. Sekejap, aku datang sini kena serius. Tak boleh main dah.
“Masuk.” Itu sahaja yang terkeluar dari mulut Irwan. Ain Nabilah masih kaku walaupun otaknya sudah mendapat arahan untuk masuk.
Kalau aku masuk, aku seorang sahaja perempuan sebab kelibat Maya aku tak nampak pun. Taknaklah. Duduk luar ajelah. Nanti mesti dia bagi arahan untuk ke kantin. Eh. Eh. Aku taknak ikut arahan dia. Aku nak maki-maki dia lepas dia buang lepat pisang yang aku bawa tadi dalam longkang. Jaga kau.
“Hmmm, taknaklah. Saya datang sini nak minta ganti rugi pada Shafiq iqbal ! dan mulai saat ini, detik ini, saya tak akan jadi kuli batak dia lagi !” kata Ain Nabilah dengan berani.
Dikala ini hatinya berkata, apa nak jadi sekali pun, aku tak kisahlah !
Syafiq iqbal yang mendengar dari dalam, panas hatinya. Rahman dan Irwan hanya saling berpandangan.
“Mana lelaki pengecut tu?!” tanya Ain Nabilah berlagak berani. Tetapi hatinya memang diserang amarah.
Shafiq Iqbal terus bangun. Menuju ke pintu. Tiba-tiba Ain Nabilah kecut bagai jeruk pabila melihat muka singa Shafiq Iqbal.
“Hoi perempuan miskin! Kau kata apa tadi? Lelaki pengecut? Ha! Ni lelaki pengecut nak ajar kau.” Kata Shafiq Iqbal yang sudah menarik Ain Nabilah dengan rakus masuk ke dalam. Nasib baik kasut sempat ditanggalnya.
Ain nabilah bagai nak terjatuh apabila ditolak kasar oleh Shafiq iqbal. Namun dia cuba menggagahkan dirinya untuk menghadapi lelaki ini.
Memang Ain Nabilah takut dikala itu namun dalm takutnya, ada berani.
“Memang kau tu pengecut! Yang kau tahu menyakiti kaum perempuan yang lemah dan membuli orang sesuka hati.” Tempik Ain nabilah. Dia semakin berani. Shafiq Iqbal terkejut dengan ‘aku’ ‘kau’ yang digunakan oleh Ain Nabilah.
Pangggg! Ain Nabilah jatuh terjelepok  dek kerana ditampar oleh Shafiq iqbal. Tangannya bergetar memegang pipinya yang membahang ditampar.
Shafiq iqbal ketawa. Irwan dan Rahman turut ketawa. Sungguh geli hati mereka melihat wonder woman tadi jatuh ditampar oleh superman.
Ain Nabilah bangun. Dia tidak mahu kelihatan lemah. Dia menghayun tanganya kearah Sahfiq iqbal namun disambut Shafiq Iqbal. Shafiq Iqbal mencengkam kuat tangan Ain Nabilah.
“Berani kau nak penampar aku?! Jangan mimpi perempuan miskin!” lalu ditolaknya Ain Nabilah ke dinding. Air mata mahu menuruni pipinya pantas diseka.
“Memang benar apa yang aku cakapkan. Kau hanyatahu membuli orang yang lemah! Kau lelaki dayus! Mulai hari ini aku takkan takut dengan kau lagi.”
Tergamam Shafiq ibal mendengar kata-kata Ain nabilah. Hatinya yang membara bagai disimbah lagi minyak tanah untuk menyamarakan apinya.
“Woi perempuan, kau bangun!”tempik Shafiq Iqbal yang sudah memegang tangan Ain Nabilah memasaknya bangun. Baru sahaja tangan Shafiq Iqbal ingin mendarat atas pipi mulus Ain nabilah namun dihalang oleh satu suara.
“Berhenti!” semua memandang kearah datangnya suara itu.
Terkejut Ain nabilah melihat Azeerin yang terpacak dihadapan pintu.
Tanpa berlengah Azeerin menumbuk muka Shafiq iqbal. Terpusing Shafiq Iqbal terkena tumbukan padu Azeerin. Irwan dan Rahman yang melihat perbuatan berani Azeerin itu, ingin bertindak namun dihalang oleh isyarat yang diberi oleh Shafiq iqbal. Ain Nabilah tergamam.
Shafiq Iqbal ketawa sambil memegang pipinya. Kelihatan darah likat keluar daru bibirnya. Ain Nabilah terkejut melihat darah itu dan rasa bersalah. Walaupun Shafiq Iqbal menampar dan menyakitkan hatinya, tiada langsung niat dihatinya untuk mencederakan lelaki itu. Baginya telah adil Shafiq iqbal menamparnya, kerana dia pun dulu pernah menampar Shafiq Iqbal.
“Shafiq, darah dibibir awak. Mari sini saya……..” namun niat suci Ain nabilah untuk menolong Shafiq Iqbal dibalas dengan tolakan kasar. Jatuh Ain Nabilah menyembah lantai. Azeerin terpampam.
Shafiq Iqbal membari arahan kepada Irwan dan Rahman untuk memegang Azeerin dari belakang. Kedua-dua tangan Azeerin di pegang oleh Rahman dan Irwan.
Tanpa membuang masa, Shafiq iqbal menumbuk muka Azeerin bertubi-tubi. Menendang perutnya. Mengerang Azeerin kesakitan. Ain nabilah bangun dia cuba menghalang Shafiq iqbal dari terus membelasah Azeerin.
“Sudalah tu Shafiq, saya merayu! Saya akan ikut arahan awak! Sudahlah!” mendengar kata-kata Ain nabilah Shafiq Iqbal berhenti membelasah Azeerin. Dia tersenyum puas.
“Okey. Sekarang kau heret kawan kau ni keluar sekarang jugak!” bentak Shafiq Iqbal.
Ain Nabilah terus memapah Azeerin untuk keluar . Azeerin sudah lembik. Lebam sana sini dipipinya. Darah likat juga menuruni bibirnya.
Melihat Ain Nabilah memapah Azeerin,Shafiq Iqbal  sakit hatinya . dia pun tidak tahu kenapa.
Irwan dan Rahman sudah menepuk-nepuk bahu Shafiq Iqbal tanda bangga memberi pelajaran kepada Ain Nabilah dan Azeerin.Shafiq Iqbal  hanya memandang kelibat Ain Nabilah yang memapah Azeerin menghilang. panas hatinya tidak reda lagi.
……………………………………………………………………………………………………………..
Tuk ! Tuk ! tuk! Bunyi ketukan biliknya, membunuh segala lamunannya tadi. Dia bingkas bangun. Sebaik sahaja pintu kamar dibuka, terjengul muka Datin Nori.
Datin Nori merupakan isteri kedua Datuk Razman selepas mama Shafiq Iqbal meninggal dunia. Datin Nori masih muda. Umurnya masih dalam lingkungan 20-an.iaitu 28 tahun.

“Shafiq, kenapa tak pergi lunch dengan Maya? Letih dia tunggu. Dah berapa kali dia call Auntie tanya kenapa Shafiq tak pick up phone.”

Datin Nori mula melangkah masuk ke dalam bilik Shafiq Iqbal. Shafiq Iqbal sudah duduk dibirai katil.

“Ohhhh. Dia telefon Auntie ke? Fiq rasa tak sedap badanlah. Letih sangat.” Shafiq Iqbal cuba memberi alasan. Sebenarnya dia berasa tertekan dengan perkara yang terjadi di sekolah tadi.

“Kenapa dengan pipi anak Auntie ni?” kata Datin Nori risau. Dia sudah mengangkat muka Shafiq Iqbal menghadap mukanya.

“Fiq bergaduh lagi? Sudahlah tu Shafiq. Asyik bergaduh aje. Shafiq kena ingat tahun ni nak SPM. Tak boleh dah berperangai macaam budak-budak.” Pesan Datin Nori.

“Ni sampai lebam ni kenapa? Takpe nanti Auntie suruh Mak Mah sediakan ais batu tuapkan.”

“Thanks auntie” Shafiq Iqbal sekadar mengucapkan terima kasih atas perhatian ibu tirinya itu.

“Okeylah, Auntie getting out. Pujuklah Maya tu. Nanti merajuk pulak.” Datin Nori terus berlalu dengan senyum sinis. Shafiq Iqbal hanya lesu dibirai katil.

**********

Ya ALLAH, macam mana dengan Azeerin? Marahkah ibu bapanya? Mungkinkah akan ‘dibelasah’ pula oleh ibu bapa dia? Ini semua salah aku. Kalaulah aku tak kenal Shafiq Iqbal mesti semua perkara ini tak terjadi. Kalau aku tak tampar dia, semua ni takkan terjadi.

Kenapa aku ni hanya mampu mendatangkan masalah kepada orang lain? Ain Nabilah berkata dalam hati. Dikala ini dia sudah terbaring lesu di atas katil. Segala penyesalan menyelubungi dirinya. Namun penyesalan itu tidak berguna lagi kerana semuanya, terlajak kata, padah akhirnya.

Puas dia berpaling ke kiri, ke kanan. Namun hatinya tetap dipagut rasa bersalah dan risau. Risau dengan perkara yang berlaku pada hari esok dan seterusnya. Jiwanya berasa begitu tertekan. Tidak tahu untuk diluahkan kepada siapa. Kalau diluahkan pun, dia tidak tahu hendak diluahkan bagaimana.

Nasib baik emaknya belum pulang dari kerja. Adiknya jugak tiada. Seperti biasa, kalau petang begini tentu saja adiknya bermain bola di padang sekolah.

Kalau mereka ada, tentu akan disoal mengapa pipinya merah? Buntu jugak hendak menjawabnya.

Dalam asyik dia berfikir, akhirnya dia terlena. Kesan merah dipipinya jelas kelihatan. Itulah penangan penampar Shafiq Iqbal kepadanya. Mungkinkah akan tersemai subur perasaan benci di dalam hatinya terhadap Shafiq Iqbal? Atau cinta? Hanya yang Maha Kuasa tahu akan jawapannya.

Sunday, June 5, 2011

Cinta Kita 5

“Errrr… Boleh tak kalau kita tunggu perhimpunan tamat dulu? Lepas tu baru pergi ke kelas masing-masing?”Ain Nabilah gugup menyuarakan pendapatnya.

Langkah Shafiq Iqbal terhenti.Begitu jua Ain Nabilah.Tunduk memandang lantai.Malas nak pandang muka Shafiq dan takut juga nak mendengar jawapan dari mulut lelaki itu.Shafiq Iqbal berpaling menghadap Ain Nabilah.

“Apa?!Cuba kau ulang lagi sekali?Aku tak dengarlah.” Kata Shafiq Iqbal seraya menarik-narik cuping telinganya.

Persis orang pekak lagaknya.

“Saya Cuma bagi cadangan je.Apa kata kalau kita tunggu belakang dewan tu? Mungkin lebih selamat.Yelah kita kan dah lewat masuk perhimpunan.” Jawab Ain Nabilah selamba.

Sebenarnya,ketika ini dia berasa canggung tak masuk perhimpunan.Yelah,ini baru pertama kali dia tidak menghadiri perhimpunan yang diadakan setiap pagi hari persekolahan itu.

Kening Shafiq Iqbal bercantum.Berfikir kut cadangan bernas aku ni tak?Mesti dia berfikir kelogikan apa yang aku cakapkan tadi.Dia setuju la tu….getus hati Ain Nabilah.Perasaan gembira menjalar.Tu pun nak happy jugak??

“Hmmmmm…..bagus jugak idea kau tu.Duduk belakang dewan ya?”Ain Nabilah mengangguk laju.Sangkanya ideanya diterima, tiba-tiba………

“Kepala hotak kau!!! Kalau cikgu Nampak kita berdua-duaan belakang dewan tu? Lagi parahnya.Mati kutu
aku dibuatnya.Nanti kena cop aku dengan kau dating belakang dewan? Tak sanggup aku !” bentak Shafiq
Iqbal.Ain Nabilah menikus.

Shafiq Iqbal memandang Ain Nabilah yang senyap ketika itu.Terdetik dihatinya satu perasaan bersalah. Ain Nabilah dalam diam berfikir ada betulnya jugak apa yang diperkatakan Shafiq Iqbal,kalau mereka berdua tertangkap dengan guru disiplin lagi parahnya.Semestinya prasangka buruk akan terjadi

“Dah..dah.. yang kau jadi bisu tetiba ni kenapa? Jom kita ke tapak perhimpunan.Melayan idea tak bernas dan
kerenah kau yang banyak songel ni, sampai habis sekolah pun tak habis lagi.” Shafiq Iqbal terus menapak
meninggalkan Ain Nabilah yang terkebil-kebil.

Hish!! Aku Cuma bagi idea aje.Dia nak cakap idea aku tak bernas pulak.Sebenarnya, aku malu nak jalan
dengan kau tahu tak?! Kalaulah semua nampak? Manalah aku nak sorok muka aku ni? Lepas tu macam
mana aku nak jawab soalan-soalan yang bakal Wani, Rahmah dan Balqis tanya? Ha! Cuba kau bagi idea kau
yang geliga sangat-sangat tu? Lepas tu nak kata perangai aku banyak songel? Hey! Ukur baju di badan sendiri lah!Ain Nabilah melepaskan luahnya.Namun, luahannya itu hanya organ-organ dalam badannya sahaja yang dengar. Tidak Shafiq Iqbal.

Sedari hanya dia berjalan seorang diri, Shafia Iqbal berpaling ke belakang. Kelihatan Ain Nabilah termenung. Apalah yang perempuan tu menungkan? Mesti dia mengutuk aku. Nak kutuk, kutuk la depan-depan…haisshh ! ni nak buat aku hangin satu badan. Getus Shafiq Iqbal. Lantas…….

“Woi perempuan ! yang kau tercongok lagi kat situ buat apa? Nak tunggu kereta lembu datang jemput?”laung Shafiq Iqbal.

Ain Nabilah tersentak. Dia kembali ke alam realiti. Ya, realiti yang dia telah dikuasai oleh lelaki yang bernama Shafiq Iqbal.

Ain Nabilah menapak ke arah Shafiq Iqbal. Shafiq Iqbal setia menanti di situ. Dia duduk di atas meja yang terdapat di situ. Dia hanya memandang langkah longlai menghampirinya. Jaga kau perempuan ! tapi comel jugak dia ni ek? Kulit dia pun putih. Muka bersih je. Mata sepet. Hidung tak lah mancung sangat macam hidung aku tapi adalah batang hidungnya. Bibirnya munggil je.

Dalam duk Shafiq Iqbal menganalisis paras Ain Nabilah sudah terpacak di hadapan Shafiq Iqbal. Tersenyum-senyum, giler ke mamat ni?

“Ehem!” Ain Nabilah berdehem.

Shafiq Iqbal tersentak. Dia bagai terkapai-kapai. Seolah-olah, jadi bingung seketika. Dia sedar kembali pabila melihat Ain Nabilah di hadapannya. Dia bedehem kecil membetulkan malunya.

“Tunggu apa lagi? Jomlah kita ke perhimpunan.” Ajak Ain Nabilah.

Nada suaranya tidak ikhlas dan terpaksa. Rasa malas nak layahn lelaki di hadapannya ini. Asyik nak ikut kepala dia aje.

Shafiq Iqbal merenung anak mata Ain Nabilah. Ish! Main renung-renung pulak, apa dia ingat dia OMA BERTA ke? Watak dalam kisah dongeng Indonesia iaitu Bawang Putih Bawang Merah yang sebenarnya diadaptasi dari cerita orang-orang terdahulu di Malaysia namun diubah menjadi lebih moden dan tidak terlepas dari selitan kisah ‘berebut harta’. Cerita dari Negara seberang ini pernah mencetuskan fenomena di Negara ini dan sehingga ke hari ini drama-drama Indonesia laris memasukki pasaran Malaysia. Drama melayu sendiri di anak tirikan.

“Mana sarapan yang aku suruh kau bawa? Ada tak?” soal Shafiq Iqbal yang masih lagi memandang ain Nabilah.

Cuma Ain Nabilah yang memandang lantai. Malu katanya. Lantas bersuara…….

“Awak ni nak ke perhimpunan atau nak bersarapan? Mana satu ni? Tadi kata dah hilang seleralah,apalah..lagi pun bekal yang saya bawak ni bukanlah sedap mana pun. Makanan kampung je. Nanti takut-takut orang tu keracunan makanan pulak. Yelah orang tu kan selalu makan makanan barat…”sinis Ain Nabilah berkata.

Shafiq Iqbal tersentap. Mencerlung matanya memandang Ain Nabilah. Rasa macam nak marah gila-gila tapi di tahannya.

“Hek eklah perempuan ni, banyak  songeh pulak. Yang ko nak membebel  kenapa? Ada aku suruh kau membebel? Bagi jelah bekal tu. Memang aku dah bagi tau kau suruh bawak bekal untuk aku dalam surat tu kan? Kalau aku sakit perut pun, perut kau ker? Aku ada duit lah nak pergi hospital, bukan macam kau miskin..ha..ha..ha..” berdekah-dekah tawa Shafiq Iqbal mengejek Ain Nabilah.

Berlaga gigi Ain Nabilah menahan geram pabila dirinya diperlekehkan. Salah ke kalau dilahirkan miskin? Adakah kekayaan itu perlu untuk segalanya? Adakah dilahirkan miskin, seseorang itu tak layak diperlakukan seperti orang lain? Terjaminkah kebahagiaan pabila dilahirkan kaya-raya? Dijamin syurgakah jikalau dilahirkan di dalam keluarga berada? Apabila dilahirkan miskin pasti akan diperlekeh, dicaci, dihina, diejek.. hina sangatkah dilahirkan miskin? Mungkin di dunia harta menjadi penanda ukur hidup seseorang itu, namun di
mata yang Esa, semua itu tidak beerti langsung. Baik miskin atau kaya-raya.

“Apa tunggu lagi, cepatlah keluarkan bekal tu, aku dah lapar ni.”

Ain Nabilah dalam sakit hatinya, terus meletakkan begnya di atas meja itu. Lalu membukanya. Dia
mengeluarkan bekal yang dibawanya. Satu bekal berisi nasi goreng seperti kebiasaannya. Satu lagi berisi lepat pisang. Lepat pisang yang dibikin bersama ibunya malam tadi. Sudah menjadi kebiasaan dia membawa bekal ke sekolah. Kalau pelajar lain mungkin malu untuk membawa bekal ke sekolah, yelahkan hanya budak sekolah rendah sahaja yang mengamalkan ‘tabiat’ ini. Namun tidak pada Ain Nabilah, baginya budaya membawa bekal ke sekolah ini amat baik kerana kebersihan makanan tersebut lebih terjamin. Dia akui dia hanya seorang miskin yang hanya membawa RM2.00 ke sekolah. Tidak seperti pelajar lain yang belanjanya memcecah RM 10.00 sehari.

Melihat bekal itu sudah terbuka, Shafiq Iqbal terus mengambil lepat pisang untuk dijamu. Ain nabilah hanya
memerhati. Eeeiiiii ! gelojohnya.. getus hatinya.Shafiq Iqbal makan dengan rakus sekali. Mengecap. Bukankah makan mengecap bermaksud  kita makan bersama syaitan?

“Awak makan baca bismillah tak ni? Dengan mengecap segala.. tau tak kalau kita makan mengecap ianya
dikategorikan makan bersama-sama syaitan? Makan gelojoh sangat.” tegur Ain Nabilah.

Kunyahan Shafiq Iqbal terhenti. Mencerlung matanya memandang Ain Nabilah. Memang pantang kalau dia
tengah menjamu selera orang menegur. Panas seluruh mukanya. Ain Nabilah menikus.

“Aku ke kau yang makan? Yang kau nak sibuk kenapa? Ada aku guna mulut kau? Lagi satu aku tanya, tugas
kau terhadap aku cuma menyediakan makanan, bukan bagi ceramah agama dekat aku? Faham?!” tengking
Shafiq Iqbal.

Shafiq Iqbal tidak menunggu lama, lepat dan nasi goreng yang dibawa Ain Nabilah di campaknya kedalam
longkang.

Ain Nabilah tergamam.

“Kalau kau buat lagi perangai besar kepala macam ni, tak teragak-agak untuk aku campak kau macam lepat-
lepat basi kau ni. Faham?!” tengking Shafiq Iqbal lagi.

Tanpa menghiraukan perasaan Ain Naibilah ketika ini, Shafiq Iqbal terus pergi.

Ain Nabilah bagai ditoreh-toreh hatinya saat ini. Sedih dia melihat lepat pisang dan nasi goreng yang
dibawanya berada di dalam longkang. Lebih menyedihkan lagi, maknya yang membikin semua ini. Sayu
hatinya. Tanpa disedari air mata mengalir..

Sungguh hina perbuatan Sahfiq Iqbal. Ain Nabilah tunduk bersama air mata. Dia mengutip lepat-lepat pisang
yang berada di dalam longkang itu. Memang tidak logik untuk dimakan lagi tetapi dia mahu membuang ke
dalam tong sampah. Lebih baik berada dalam tong sampah berbanding di dalam longkang.

Setelah menutup tong sampah itu, Ain Nabilah mengesat air matanya. Dia terus melangkah dengan hati yang retak seribu.
***************


 “Ain, mana kau pergi? Kenapa tak masuk perhimpunan? Aku dengan Rahmah datang rumah kau. Tapi
mak kau kata kau dah pergi. Lepas tu kami naik ke kelas pun kau takde. Kau ke mana sebenarnya?” tanya
Wani apabila Ain Nabilah  masuk ke kelas.

Kelibat Rahmah dan Balqis serta pelajar lain tidak kelihatan. Mata pelajaran  kimia diwaktu pertama hari ni,
mungkin mereka sudah ke makmal kimia. Teka hati Ain Nabilah.

“Eh, kenapa kau tak pergi lab lagi ni? Nak kena marah dengan cikgu?” Ain Nabilah bertanya. Dia
menceriakan suaranya.

Dia tidak mahu Wani dapat mengesan kesedihan yang melanda hatinya. Dia juga  sengaja mengubah topik.

Dia mati akal untuk menjawab soalan Wani.

“Ain, kenapa ni? Aku tanya soalan pada kau, kau pulang balik soalan dekat aku. Cuba kau cerita dekat aku,
kau pergi mana pagi ni? Atau kau ada masalah? Kita boleh kosing sama-sama.” Pujuk Wani.

Dia dapat mengagak sesuatu yang tidak kena pada kawannya ini. Bukan sehari dua dia kenal Ain Nabilah
malah mereka sudah berkawan sejak kecil lagi. Membesar bersama-sama.

“Errr… a…ku pergi jumpa Cikgu Suriati sebenarnya. Aku tanya soalan matematik tambahan yang aku tak
faham. Terlampau asyik dia menerang, kami tak sedar sudah masuk waktu perhimpunan. So, teruskan
ajelah.” Tipu Ain Nabilah. Dia senyum bagi meyakinkan lagi Wani.

Nasib baik otak aku ligat, kalau tak tergagap-gagap aku nak jawab soalan dia. Fuhh ! leganya…. Monolog
Ain Nabilah di dalam hati.

“Betul ni? Tak tipu?” tanya lagi untuk mendapat kepastian.

“Betulah Wani oi. Buat apa aku nak tipu kau? Dapat dosa free aje. Lagi satu membazir air liur je. He…
he….he…”

“Okey. Kali ni aku percayakan kau. Tapi esok aku taknak dah kau pergi sekolah sendirian. Tunggu aku dan
Rahmah dulu. Kalau nak belajar matematik tambahan pun, kita belajar sama-sama okey?”

Ain Nabilah tersenyum. Lama dia menatap mata wani. Maarkan aku Wani terpaksa berbohong dengan kau. Keadaan aku sekarang bagai diluah mati bapak, ditelan mati emak. Maafkan aku.

Ain Nabilah mengangguk bagi menghilangkan curiga Wani terhadapnya.

“Janji?” kata Wani dan mengankat jari kelingkingnya. Perkara yang biasa dilakukan apabila seseorang itu berjanji  kepada sesiapa.

“Ish, taknaklah janji-janji ni. Man tau aku tak datang sekolah ke, atau mungkib ada hal yang tak dapat
dielakkan untuk pergi sekolah sama-sama. Nanti tak tertunai janji tu, munafik pulakan?”perkataan ‘hal’ itu
saja ditekannya.

Ain Nabilah cuba memberi dalih. Sememangnya dia takut untuk berjanji. Dia sudah tahu, pasti janjinya tidak
tertunai selagi dikuasai oleh Shafiq Iqbal.

“Okeylah, jom kita ke makmal kimia. Nanti bising pulak cikgu Rosma.”usul Wani.

Ain Nabilah mengangguk. Mereka terus bergerak ke makmal kimia.


*************************************

 Maya merempuh masuk ke dalam bilik khas untuk mereka belajar. Dia marah dan cemburu apabila
mendengar cerita daripada Nadia yang Shafiq Iqbal dan Ain Nabilah datang bersama-sama ke sekolah.

"Sayang, kenapa you tak pergi sekolah dengan I?" tanya Maria yang sudah duduk rapat sebelah Shafiq Iqbal.

Walaupun marah dia tetap mahu manja-manja bersama Shafiq Iqbal. Geli ! ! !

"Sorry sayang, pagi tadi I pergi awal sikit. I kenakan si budak miskin tu." Shafiq Iqbal sudah bersandar.

Dia memeluk bahu Maya. memang itulah kuasa Shafiq Iqbal. Pintar memujuk dan memutar belit cerita.Maya
tersenyum. Dia percaya akan kata-kata Shafiq Iqbal itu.


"kenapa muka you ni? muncung aje? tak cantiklah macam ni sayang." kata Sahfiq Iqbal bersama mencuit dagu
Maya.

Maya membuat gaya manjanya dengan melentokkan kepalanya ke atas bahu Shafiq Iqbal. Gelagat mereka tak ubah seperti pasangan yang bahagia. Pasangan yang paling romantis namun sebahagia mana sekalipun, tanpa ikatan yang sah disisi agama, hanya dosa yang mengisi ruang bahagia mereka. Dosa yang bakal mencampak mereka ke dalam api neraka ALLAH yang tidak pernah padam.


"I tunggu you dekat rumah. Penat tau. I call you. Tapi semuanya tak berjawab. Bila I call rumah you, bibik cakap dah ke sekolah. Buat apa you nak tergesa-gesa kenakan budak miskin tu? nanti nampak sangat macam you yang beria-ria nak dekat dengan dia. And don't say to me you're already falling in love with her!"


"Ridiculous Maya !" bentak Shafiq Iqbal. Dia lantas berdiri.

"Sorry sikit Maya, you pun tahu taste I macam mana kan? Takkanlah I nak jatuh cinta dengan perempuan macam tu? Sudahlah buta dalam bidang fesyen. Miskin pulak tu."

Maya tersenyum. Dia puas mendengar kata-kata Shafiq Iqbal. Memang benar apa yang diperkatakan oleh Shafiq Iqbal, jika dibandingkan dia dengan Ain Nabilah, bagai langit dan bumi yang jauh terpisah.

"okey  I trust you baby. Tapi untuk kembalikan kepercayaan I balik, you kena belanja I lunch sekaligus shopping. Boleh?" kata Maya dengan lagak manjanya.

Memang taktiknya mengikis duit orang kaya. Sungguh jijik kelakuannya.

"Apa saja untuk you sayang." Shafiq Iqbal cuba meyakinkan lagi Maya. Maya tersenyum bahagia.