BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

My Birthday

Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, July 14, 2011

Kerana PLKN

Assalamualaikum semua...... agak lama menyepikan diri dari mengupdate blogkan?? Hari nak kongsi sikit pasal PLKN.

Kenapa harus saya yang terpilih????????????!!!!!

Info mengenai PLKN :


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun keatas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.
Pada setiap tahun, 24% daripada remaja yang akan berumur 18 tahun pada tahun latihan mereka dipilih untuk menyertai PLKN ini. Namun mereka yang bermasalah tertentu boleh memohon untuk ditangguhkan atau dikecualikan untuk PLKN ini.

Objektif

Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:
  1. Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
  2. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
  3. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
  4. Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
  5. Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.

[sunting]Perlaksanaan

Dalam melaksanakan Program Khidmat Negara ini, beberapa aspek penting telah diambil kira iaitu seperti:
  1. Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
  2. Pelaksanaan telah dimulakan pada tahun 2004.
  3. Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara.
  4. Implikasi kewangan.
  5. Menghadkan kesan ke atas sistem pembelajaran yang sedang berjalan.
  6. Guna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman.

[sunting]

Peserta kursus ini dipilih secara rawak tanpa perbincangan dengan pihak sekolah / pihak berkuasa tempatan (penghulu). Ini menimbulkan kritikan kerana timbulnya beberapa kes di mana mereka yang tidak upaya turut dipanggil bagi melapor diri bagi kursus Program Latihan Khidmat Negara. Terdapat juga beberapa kes di mana peserta program dipilih dari kalangan ibu muda serta remaja miskin yang terpaksa bekerja untuk menyara hidup, sebagaimana nasib yang ditimpa oleh seorang remaja miskin, Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Perlis. Tindakan kerajaan memilih bakal pelatih tanpa mengetahui latar belakang mereka disifatkan sesetengah pihak sebagai tidak berperikemanusiaan. Selain itu beberapa pihak telah menimbulkan isu kemungkinannya berlaku masaalah keselamatan seperti kemungkinan berlakunya kes rogolbuli, atau salah laku seksual pada anak mereka.
Bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan bahawa semua perkara tersebut telah diambil kira dan menjamin tidak akan berlaku. Selain itu, mereka yang tidak dapat hadir diminta menulis surat bagi mendapatkan penangguhan atau pengecualian daripada menghadiri Program Latihan Khidmat Negara.
Rentetan pengingkaran hadir ke PLKN, pihak berkuasa telah mengambil tindakan tegas bagi mempenjarakan mereka yang tidak hadir. Tindakan itu menerima kritikan hebat oleh beberapa pihak yang melihat hukuman yang dikenakan tidak berpadanan dengan kesalahan.
Ini kerana mereka yang dihukum penjara pastinya ditempatkan kedalam penjara bersama-sama penjenayah berat lain. Selain itu masa depan mereka juga akan hancur akibat rekod penjara mereka, dan mereka yang kurang mampu berkemungkinannya akan menerima hukuman berat akibat tidak mempunyai wang bagi mendapatkan peguam bagi membela diri. Ini adalah nasib yang di tempoh oleh Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, peserta PLKN yang pertama dipenjarakan akibat kesalahan tidak hadir bagi Program Latihan Khidmat Negara.

Sungguh menjengkelkan apabila Azim terpilih.
Tapi bila fikir-fikir balik, ianya tentu ade hikmah disebalik pemilihan Azim ni...
What ever it is, Azim akan cuba yang terbaik. Fokus untuk SPM dulu k.. !


1 comments:

Ana said...

tahniah dapat PLKN :DD !!