BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

My Birthday

Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, February 22, 2011

Aku yang.........

Salam...kenapa sejak kebelakangan ini aku berasa sangat-sangat tidak bersemangat untuk meneruskan hidup yang penuh pancaroba ini? semangatku seolah-olah pergi dibawa arus sungai yang deras mengalir.Tumpuanku terhadap pelajaran tidak seperti dulu.Sentiasa malas dan terus lesu.Apakah cubaan ini Tuhan?aku sedar saat getir ini,banyak godaan yang datang untuk menyukurkan aku dalam medan ilmuan ini.Tapi aku seolah-olah khayal dan terus larut...Kebahagian yang aku ingini tak tercapai lagi..sehingga kini aku masih tercari-cari dan terus mencari..Dimana letaknya kebahagiaan itu?


P/s : Malam ni hati ni,terusik sedikit.

i'm speechles !

Jantungku bergedup kencang apabila teacher Norhayati mengumumkan program SPOT TALK sempena ENGLISH DAY.

"Kamu jangan lupa cari bahan untuk bercakap di perhimpunan nanti.Nama akan dipilih secara rambang.Jadi,Saya nak semua orang bersedia dengan toyol(nota kecil)."jelas Puan Norhayati.

Aku dan rakan yang lain hanya berteka-teki siapakah diantara kami yang akan bertuah dipanggil untuk berucap dalam bahasa inggeris di hadapan semua pelajar.

Tibanya hari yang dinantikan,aku pergi ke sekolah..Pada malam tadi aku berfikir bagaimana jikalau aku yang dijemput,jadi sebagai langkah keselamatan,aku telah fikirkan beberapa perkara untuk dipersembahkan esoknya..Pagi yang hening tu,kawanku Fauzan,Uzair dan Che apendi datang ke mejaku dan berbincang fasal program tersebut.

Dalam sibuk mereka berbincang,aku bersuara.
"Alah kalau aku kena panggilm,Aku cakap macam ni je..Good morning to our Principal,En.Awang bin Yahya..eh silap-silap.En.Yahya bin Awang,senior asisstants En.Ismail bin Abas En.Abd latif bin Mat Ali teachers and fellow students..thats all for today muahhhhhhhh!" Dengan angkuh sekali aku berkata.

Semua pelajar diarahkan untuk beratur.Aku berdebar-debar.Sangkaku, pelajar perempuan akan terpilih untuk program tersebut.

Selesai pengawas yang bertugas memberi arahan kepada pelajar,guru yang bertugas dipanggil untuk mencabut nama pelajar.Aku semakin berdebar-debar..Tiba-tiba namaku disebut! terus mataku berpinar-pinar dan pengsan,terkulai layu disitu.

Eh! mana ada,aku pun dengan keadaan terpaksa pergi ke hadapan dan bercakap dalam bahasa inggeris..keputusannya,HANCUSSSSSSS ! ! ! ! :)


p/s : Jangan sesekali kita bercakap besar ! :)