BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

My Birthday

Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, October 24, 2011

SPM semakin hampir......

Salam....
lama dah tak jenguk blog ni...
rindu sangat nak menulis dan kongsi dengan korang semua...
tapi SPM dah nak dekat so, Azim fokus pada SPM dulu...
nanti bila dah habis SPM comfirm Azim sambung balik semua
E-novel yang azim buat K?
azim habis SPM 30 NOVEMBER
so memang x sabar nak abis kan SPM lepastu sambung menulis semula....
okeylah kawan-2 doakan yang terbaik untuk Azim dalam SPM nanti Yaa?

MAY ALLAH BLESS

Wednesday, August 10, 2011

Musuh= KEKASIH 1

Aku memang benci dia! Benci sebencinya! Kenapa dia perlu hadir dalam hidup aku? Arghhhhh! Nak je aku mencarut dan memaki hamun dia tika ini. Tapi aku seorang wanita. Ya, seorang wanita yang perlu bersikap sopan santun. Tetapi disebabkan ketidaksopan santunan dia, aku boleh bertukar menjadi Hantu Kak Limah dan segala benda yang menakutkan.

“Woi Salimah! Sini sekejap.”panggil dia.

Langkah aku yang pantas tadi tiba-tiba mati. Aku menoleh. Dia lagi? Apa dia nak?
Dia berjalan mendekati aku. Ish time aku nak cepat, ada je ‘batu’ yang menghalang. Crap!

“Apa kau nak?” soalku dengan muka dengan sengajaku masamkan.

Kereknya minah ni.”

“Apa kau cakap?”

“Kau kerek.


Kau? Menjengkelkan!” jawabku dengan nada menyampah.

“Kalau layan kau yang memang terputus urat saraf di kepala ni, memang sampai biler pun aku akan terganggu. Aku nak kau sediakan semua barangan untuk Hari Koperasi esok. And about the money, you can ask Saiful. Get it?

“Kau apa guna? Mulut kau yang ala-ala cabai tu pandai mengarah je erk?”

“Aku ketua sekarang ni. Kau hanya ahli biasa dan layak diberi arahan.”

“Oh yeker? Setelah kau berkata-kata yang lagaknya macam CEO syarikat sampah, jelas sekali kau bukan ketua yang baik.”

“Dan kau adalah anak buah yang pertama sekali akan ‘dipecat’ oleh aku.” Jawabnya dengan mata yang berapi. Bengang!

Aku terdiam. Takut. Dalam hati, “Who care?

Dia berlalu macam tu je. Yang paling penting tugas yang dia bagi dekat aku. Okey, gerai kami esok akan menyediakan makanan ala-ala KFC sedikit disebabkan oleh ketua kami yang sangat menyukai KFC. Makanan yang dibawah pengaruh Yahudi.

Seperti biasa, kentang berkeju, ayam goreng bersalut petung, kentang goreng, ayam bersalut capati, burger yang berganda daging ayamnya dan pelbagai lagi.

Kalau dihitung bahan-bahannya, =BANYAK. Nak mencarinya aku seorang?

Tuhan tolong aku!!!!!

P/s: Maaf, sikit sangat! hehe

Friday, August 5, 2011

Berniaga dan sebagainya...

Assalamualaikum.......

Hari ni dah masuk hari yang ke-6 kita berpuasakan? Ibadah kawan-kawan macam mana? Agak-agak meningkat tak ibbdah kita di bulan yang suci lagu mulia ini? Persoalan itu hanya kita yang boleh jawab. Ianya terletak pada diri kita sendiri. Bula Ramadhan kali ini amat mencabar bagi Azim sebab banyak aktiviti yang Azim kena buat. MENULIS KISAH CINTA memang out of listlah kawan-kawan. Tapi, jangan risau kalau ada masa Azim akan cuba menaip dan post dalam blog okey?

Yang pertama, Azim sekarang sibuk menolong jiran berniaga di Bazar Ramadhan. Seronok tu memang seronok tapi tau-tau jelah dengan cuaca yang tersangat-sangatlah panas(ujian kita di bulan Ramadhan) membuatkan Azim rasa nak je bukak puasa! Tambahan pula, gerai Azim memang di apit oleh gerai yang menjual air. Tersangat-sangatlah menguji tahap kesabaranku. Azim memang takde langsung waktu nak rehat. Balik sekolah jer mandi, solat, bersiap-siap terus pergi berniaga! Letih tahap gaban! Rasa nak undur diri tapi Azim perlukan duitttttt!

DUIT TAK DATANG BERGOLEK TANPA USAHA KITA SENDIRI


P/s: Ini bukan gambar gerai saya.


Bukan itu sahaja ujian yang Azim hadapi, Perangai pelanggan yang pelbagai karenah tu pun memang annoying gila-gila..!!

Seterusnya, Azim sekarang tengah menghadapi JAWAB UNTUK JAYA.. Arghhhh! rasa macam nak gila.. Tak baca buku apa-apa pun ! Jwab apa yang dalam kepala je.. Macam dah expertkan? hahaha


p/s: Cerpen JIKA KAU KEKASIH sedang diusahakan! haha




Tuesday, August 2, 2011

My bday and Ramadhan.

Asslamualiakum semua.


Aku pun tak tahu apa kaitannya bulan puasa dan birthday aku yang sudah lama berlalu. Ye, untuk pengetahuan korang, bday aku telah jatuh pada 23.Julai.2011 hari tu. Thank you for those yang wish bday aku.


Masa tu, aku takde kat rumah. Aku pergi kem admath. So mula-mula tu sedih la jugak sebab mak aku tak dapat nak ucapkan apa-apa dan mencium aku seperti biasanya.


Tapi lepas aku balik jer, mak terus beli kek dan sambut. Hera are some pic :


Ni adalah kekku yg sudah rosak sedikit.

 



 


 \


Dah tengok gambar aku yang gedik tu?? Okey. tamat pasal Bday! HAHA

Ramadhan.

Alhamdulillah dia dtg kembali. Syukur sgt! So, korang manfaatkanlah ek? Jangan buat tak reti pulak.Aku meniaga! letih sangat2... Okeylah. Bye semua!




Saturday, July 30, 2011

Seminar, Kem, dan JUJ




Assalamualaikum semua ! Just wanted to say "HI" and "HELLO" sebab dah lama sgt tak update blogku ini. Segala cerita terpaksa diberhentikan seketika(Minta maaf sangat-sangat) semuanya atas alasan yang kukuh bagai konkrit.Okey, antara alasannya adalah :


1.Seminar

Ye, untuk pengetahuan korang semua, aku terpaksa melalui pelbagai seminar. Seminar mengikut semua
subjek yang sememangnye akan membosankan anda. Aku x tau lah berapa kali aku menguap sepanjang
seminar berlangsung. Sehinggakan kawan aku disebelah kata macam BADAK yang menguap. Dan paling menjengkelkan lagi, terpaksa mendengar penceramah yang sama! Yakni yang dah beberapa kali aku jumpa sebelum ini yang aku sudah tahu tahap kebosanan mereka dan pelajar apabila mereka memberi taklimat. OMG! tapi aku tahan jelah. Air mata aku juga nak main peranan, dia mengalir je sepanjang seminar berlangsung. AHhhhh! macam menonton filem-filem hindustan yang menyedihkan.

2.Motivasi

Okey, Motivasi. Sebut sahaja pasal motivasi, orang ramai akan berkata seperti ini;

"Buat apa nak ade motivasi? kalau diri sendiri yang tak usaha?"

Kadang2 betul jugak apa yang dikatakan oleh mereka2 ini. Aku jugak menyokongnye. Sebab apa? sebab walau datang lah Dr. Fadhilah Kamsah sekali pun, kalau tak diri kita yang ubah diri kita sendiri takde gunanye. Okey penceramah yang pertama datang sekolah aku untuk memberi semangat(kata kau!) iaitu RAJA ISMAIL bin RAJA SHAHADAN. nod bad la dye bagi ceramah. Lawak dan sedikit meninghkatkan motivasi pelajat s4ekolah aku. Tapi yang seterusnya ini, Dr.Azmi. Dahla kena bayar sepuluh ringgit, ceramah ntah aper2 dan sangat membosankan. setakat silap mata yang dia buat tu, nenek aku lebih baik bab-bab menipu ni. Bayangkan, dia dapat rm5000 sahaja untuk yang membosankan itu dan dgn trademarknya "OH MY GOD! senangnyer!"

3. Kem


Kem? kem admtah. Sumpah! nak pergi lagi. Walaupun dalam kelas asyik menyumpah je taknak pergi kem tu. tapi aku nak pergi lagi. sebab belajar secara santai ni mmg berkesan. dan best. hahaha..

4.JUJ


Isnin aku juj untu selama 2 minggu yang dimana aku tak bersedia lagi. Please doakan aku., merayu sangat2... :)


pic ni diambil waktu aku pergi kem admath haritu. haha
kanak-kanak riang kan????
 esok puasa kan?? ni ha, pic aku tengok anak bulan..hahahah

Wednesday, July 20, 2011

Kem, kerja sekolah dan pelbagai perkara yang akan membunuh aku

Here I come to update this old left blog's.
Pertama sekali, aku nak ucapkan sorry2 sangat sebab lama dah tak mengupdate blog ni dengan cerita bagai.. tersangat-sangatlah busy sekali. segala benda yang dirancang semuanyer tak menjadi.

Hari sabtu ni Birthday Azim yang ker 17 tahun ! Sweet seventeen.
tapi tak sweet sebab baru nak celebrate, dah kena pergi kem pulak dah.

CAMP MATEMATIK TAMBAHAN

oh goshh ! Tak boleh... Tak Boleh...
tapi kena pergi jugak.. kalau tak pergi rugi la kan ilmu???
so terpaksalah pergi dengan keadaan terpaksa.

dan kerja sekolah banyak giler2.... cerita banyak yang tak tulis dan tak taip lagi. Rasa nak giler !

okeylah setakat ni jer... ni pun curi2 masa update blog ! bye2


Thursday, July 14, 2011

Kerana PLKN

Assalamualaikum semua...... agak lama menyepikan diri dari mengupdate blogkan?? Hari nak kongsi sikit pasal PLKN.

Kenapa harus saya yang terpilih????????????!!!!!

Info mengenai PLKN :


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun keatas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.
Pada setiap tahun, 24% daripada remaja yang akan berumur 18 tahun pada tahun latihan mereka dipilih untuk menyertai PLKN ini. Namun mereka yang bermasalah tertentu boleh memohon untuk ditangguhkan atau dikecualikan untuk PLKN ini.

Objektif

Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:
  1. Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
  2. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
  3. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
  4. Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
  5. Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.

[sunting]Perlaksanaan

Dalam melaksanakan Program Khidmat Negara ini, beberapa aspek penting telah diambil kira iaitu seperti:
  1. Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
  2. Pelaksanaan telah dimulakan pada tahun 2004.
  3. Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara.
  4. Implikasi kewangan.
  5. Menghadkan kesan ke atas sistem pembelajaran yang sedang berjalan.
  6. Guna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman.

[sunting]

Peserta kursus ini dipilih secara rawak tanpa perbincangan dengan pihak sekolah / pihak berkuasa tempatan (penghulu). Ini menimbulkan kritikan kerana timbulnya beberapa kes di mana mereka yang tidak upaya turut dipanggil bagi melapor diri bagi kursus Program Latihan Khidmat Negara. Terdapat juga beberapa kes di mana peserta program dipilih dari kalangan ibu muda serta remaja miskin yang terpaksa bekerja untuk menyara hidup, sebagaimana nasib yang ditimpa oleh seorang remaja miskin, Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Perlis. Tindakan kerajaan memilih bakal pelatih tanpa mengetahui latar belakang mereka disifatkan sesetengah pihak sebagai tidak berperikemanusiaan. Selain itu beberapa pihak telah menimbulkan isu kemungkinannya berlaku masaalah keselamatan seperti kemungkinan berlakunya kes rogolbuli, atau salah laku seksual pada anak mereka.
Bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan bahawa semua perkara tersebut telah diambil kira dan menjamin tidak akan berlaku. Selain itu, mereka yang tidak dapat hadir diminta menulis surat bagi mendapatkan penangguhan atau pengecualian daripada menghadiri Program Latihan Khidmat Negara.
Rentetan pengingkaran hadir ke PLKN, pihak berkuasa telah mengambil tindakan tegas bagi mempenjarakan mereka yang tidak hadir. Tindakan itu menerima kritikan hebat oleh beberapa pihak yang melihat hukuman yang dikenakan tidak berpadanan dengan kesalahan.
Ini kerana mereka yang dihukum penjara pastinya ditempatkan kedalam penjara bersama-sama penjenayah berat lain. Selain itu masa depan mereka juga akan hancur akibat rekod penjara mereka, dan mereka yang kurang mampu berkemungkinannya akan menerima hukuman berat akibat tidak mempunyai wang bagi mendapatkan peguam bagi membela diri. Ini adalah nasib yang di tempoh oleh Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, peserta PLKN yang pertama dipenjarakan akibat kesalahan tidak hadir bagi Program Latihan Khidmat Negara.

Sungguh menjengkelkan apabila Azim terpilih.
Tapi bila fikir-fikir balik, ianya tentu ade hikmah disebalik pemilihan Azim ni...
What ever it is, Azim akan cuba yang terbaik. Fokus untuk SPM dulu k.. !