BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

My Birthday

Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, February 24, 2011

Debaran kian terasa....

Sebut pasal debaran..apa korang ingat debaran ANUGERAH BINTANG POPULAR ke? Atau ANUGERAH JUARA LAGU yang dah lama berlalu? haissshh,bukan la...tetapi debaran PESTA PANTUN yang akan diadakan pada minggu hadapan (02.03.2011).


Nampak tak jantung aku ni berdegup macam nak tunggu result peperiksaan??hehe...ish tapi memang bergedup kencang la..macam ada awek cun duk dekat sebelah je.(SENGAL(!)).Hmmm,Speanjang minggu ni,latihan dijalankan dengan sekerap mungkin.

Dalam waktu yang sama,minggu ni pihak sekolah mengadakan latihan rumah sukan sempena sukan tahunan yang akan diadakan tak lama lagi.So,ni salah satu kaedah atau cara untuk meloloskan diri  dari terlibat dengan latihan sukan...mana tidaknya,duduk kat padang yang panasssssss tu,tak ke aku asyik nak tepek krim Fair & lovely je! taknak2.....

Sememangnya aku ni lemah bab2 sukan ni..Aku boleh masuk satu acara je,iaitu acara PENONTON SEKALIGUS PENYORAK.waktu sekolah rendah dulu aku aktif sukan..bila naik sekolah menengah ni,hambikkkk kau ! satu sukan pun aku tak ceburi...

Berbalik pada pesta pantun tadi,aku ceritaa cikit la pasal formatt terbaru pantun ni..sebab terngiang-ngiang dialog"ce cite...ce cite...ce cite.."dalam filem HANTU K.LIMAH BALIK RUMAH.hahaha...begini format terbarunya:

1.Pihak sekolah hendaklah menyediakan 5 orang pemantun
2.Tiga pemantun dikehendaki duduk dihadaapan.(AKU,PENDI dan 
   AINI)
3.Dua pemantun simpanan dibelakang.(UMMI dan WANI)
4.Pemantun ke-4 dikehendaki memperkenalkan para pemantun.
5.Pemantun ke-5 dikehendaki menjalankan sesi jual beli pantun.

Macam tu la format terbaru.Dari segi intonasi dan gaya aku dah bersedia kalau dari segi idea untuk mengarang pantun tu,aku belom lagi bersedia...waaaaaaa ! macam mana ni????Aku rasa antara PANTUN,PIDATO,BAHAS ALA PARLIMEN gituuuuuuu dan jugak FORUM REMAJA,, PANTUN mendahului carta PALING PAYAH ! ;'(

Petang tepat pukul 3 kiteorang akan berjumpa dalam bilik guru.Dan berlatih la..apa lagi?????????Masing-masing dah dengar macam mana diaorang berpantun...Ada sorang budak ni,aku x berapa yakin! dia punya suara slow la.....Kalah perempuan melayu terakhir uollsssssssssss!tapi aku taknak cakap apa2 just aku cuma nasihatkan dia agar lantang kan cikit suara dia dan dia ni pelat R.Kesian..waktu dia berpantun,ada ke patut kawan2 dia gelakkan dia??????kesian..

Aku cuma berdoa agar waktu bertanding nanti,banyak la idea yang datang....... wish me luck baby ! :D