BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

My Birthday

Lilypie Kids Birthday tickers

Sunday, July 3, 2011

Salahkah Aku Mencintaimu? 1

Karim dan Mak Timah duduk minum petang di beranda rumah. Memang menjadi kebiasaan kepada mereka minum petang di situ. Menunya sudah tentu air teh panas dan cucur manis.

Kebiasaannya begitu, pabila Karim balik sahaja dari mengajar, mereka akan berborak-borak sambil menunggu Pak Salleh pulang.

“Mak tak sabar nak tunggu si Leha tu jadi menantu mak. Sudahlah baik orangnya, sopan-santun, pandai jaga hati orang tua pulak tu. Bertuah kamu beristerikannya Rim.”kata Mak Limah tersenyum lebar.
“Alhamdulillah mak. Karim pun bersyukur nak dapat isteri macam dia. Tapi mak, Karim tak rasa dia cintakan Karim la mak.”luah Karim risau.
Mak Timah terdiam sejenak. Dia juga menyedari itu. Sepertinya, hanya anak lelakinya itu yang menyintai Saleha, tetapi tidak gadis itu. Yang menjadi persoalannya, mengapa Saleha menerima pinangan Karim tempoh hari jikalau dia tidak menyintai lelaki itu?

“Karim, kenapa cakap macam tu nak? Kan Rim dengan dia sudah ada ikatan tunang. Kalau dia tidak menyintai Karim, buat apa dia menerima pinangan mak, nak? Kalaupun dia tidak menyintai anak, mungkin selepas kamu berdua diijabkabul dan melayari bahtera perkahwinan, perasaan cinta itu akan terbit di dalam dirinya? Rim, kalau kita ikhlas menyintai  seseorang itu, tanpa mahu memenuhi kehendak nafsu semata-mata, Insya-ALLAH perkahwinan itu akan diberkati oleh ALLAH S.W.T. Percayalah kata mak ni nak.” Panjang nasihat Mak Limah kepada anak lelakinya itu.

Karim memandang wajah tua ibunya. Bergenang air matanya. Usia ibunya sudah mencecah 56 tahun tetapi tidak dikurniakan cucu lagi. Tambahan pula, Karim merupakan anak tunggal kepada pasangan Mak Timah dan Pak Salleh. Mak Timah disahkan tidak boleh mengandung lagi selepas jatuh terhentak dari motorsikal semasa mengandungkan Karim. Rahim Mak timah terpaksa dibuang kerana mengalami kerosakan yang teruk akibat hentakan itu. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Karim selamat dan telah membesar sampai ke usia 28 tahun ini.

Karim meraih tangan ibunya. Erat dia genggam. Hampir jatuh air yang bertakung dimatanya.

“Terima Kasih mak. Kalaulah mak tiada, siapalah yang nak bagi nasihat dan dorongan pada Rim. Maklah tempat Rim meluahkan perasaan.” Ucap Karim sebak.

Mak Timah memandang wajah hitam manis Karim. Anaknya yang satu ini, tidak pernah membantah perintahnya, alangkah mahu melawannya. Karim memang taat pada ibubapa. Tidak pernah  dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak kepada ibubapa yang telah membesarkannya. Mak Timah membelai wajah anak bujang nya itu, persis muka suaminya. Tidak sekacak mana namun tetap ada manisnya.

“Rim, mak hanya nasihat saja nak. Yang nak menentukan hidup kamu itu, ialah diri kamu sendiri. Kalau kamu pilih simpang kanan, maka ke kananlah kamu, kalau kamu ke kiri, kirillah jalanmu nak.”kata Mak Timah dengan lembut sekali.

“Memang benar apa yang mak katakan tu. Kalau kita ikhlas menyintai seseorang itu, pasti diberkati oleh ALLAH S.W.T selagi tidak terpesong dari landasan agama islam, tapi hati Karim ni sedikit gusar kerana hati dan perasaan seseorang itu boleh sekelip mata dan perubahan itu yang kita tidak tahu sama ada kea rah positif ataupun negatif. Bagaimana kalau Saleha menerima pinangan mak tu hanya kerana ibubapanya? Tidak pada cinta Karim? Karim jugak khuatir kalau dia tak jadi berkahwin dengan Rim seperti yang dirancangkan. Rim cintakan dia.”luah Karim lagi kerisauan. Tangan Mak Timah sudah dilepaskannya. Digarunya kepala yang tidak gatal.

Dikala ini, Karim bimbang jika Saleha tidak jadi berkahwin dengannya. Dia juga dapat merasakan yang Saleha tidak menyintainya dan menerima lamaran itu atas dasar persetujuan ibubapanya sahaja. Tidak lebih dari itu.

“Karim anak mak, dengar sini nak, kita hanya merancang tetapi ALLAH yang menentukan. Karim tak perlu risau. Jangan bimbang. Ajal, maut, rezeki, jodoh dan sebagainya telah ditentukanNya. Kalau Karim yakin dan tekad bahawa Saleha lah yang akan menjadi pemaisuri hidup Karim, Karim harus yakin itu. Dan tiada perasaam was-was tu, buang jauh-jauh. Tetapi kalau perasaan itu masih ada, ingatlah ALLAH nak, cara islam nak, buatlah solat sunat istihakrah. Lakukan solat sunat tu tiga malam berturut selepas isyak, sebelum tidur. InsyaALLAH, ALLAH akan beri petunjuk sama ada jodoh Karim betu atau salah. Berdoalah kepada ALLAH nak. Sesungguhnya hanya kepada dia tempat kita mengadu.”Mak Timah member lagi kata semangat kepada Karim.

Karim bungkam seketika. Memang benar apa yang dikatakan emaknya. Sesungguhnya ALLAH yang maha berkuasa. ALLAH yang mengatur perjalanan hidup kita. Cuma kita yang perlu mencoraknya dengan cara-cara yang diajar oleh agama islam dan Para Rasul.

Saleha, gadis yang dicintainya semenjak dibangku sekolah menengah lagi. Gadis itu juga sering melayannya dengan baik. Saleha juga boleh dikategorikan sebagai perempuan yang cantik. Dia mempunyai kulit yang cerah, hidung yang mancung, mata yang bundar. Pokoknya, hampir sempurnalah sifat fizikal si Saleha ni. Ramai juga yang menyukai Saleha, tetapi si Karim juga dapat ‘menambat’nya dengan ikatan tunang. Itu pun masih ragu-ragu.

Bunyi deruman motorsikal Pak Salleh mengejutkan Karim. Dia beristighfar di dalam hati.
Kelihatan Pak Salleh memakir motorsikal tuanya di bawah pokok mempelam. Pak Salleh baru pulang dari menguruskan ladang kelapa sawitnya. Keluar pagi, selepas itu pulang semula pada tengahari untuk dan solat serta berehat sebentar. Selepas itu kembali bekerja semula. Bukan Pak Salleh sahaja, malah itulah rutin semua peneroka yang mengusahakan lading mereka sendiri.

Melihat pada usia Pak Salleh yang boleh dikategorikan sebagai warga emas itu, sepatutnya tidak perlu lagi untuk membanting tulang untuk keluarga. Tetapi dia tetap berdegil. Sudah banyak kali dinasihatkan oleh Karim tetapi hanya sia-sia. Bagai mencurah air ke atas daun keladi. Sering kali Pak Salleh memberi alasan; tiada pekerjaan untuk dilakukan dan bosan duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa.

Karim juga sering menolong ayahnya menguruskan lading, tetapi jarang sudah sejak kebelakangan ini. Ini disebabkan program sekolah iaitu kelas kecemerlangan sudah bermula. Untuk pengetahuan, Karim merupakan guru Matematik Tambahan dan mengajar kelas peperiksaan SPM. Oleh itu, terpaksalah dia mengutamakan pelajarnya daripada membantu bapanya di lading kelapa sawit.

“Tu, bapak kamu dah pulang. Mak nak sediakan tuala dan baju. Dia mesti nak mandi lepas bermandi peluh di ladang.”

“Karim pun nak masuk mak. Nak solat Asar. Tak sempat nak solat asar kat sekolah tadi.”

Yelah pulang sahaja dari sekolah, terus duduk berborak bersama emaknya.

Mak Timah sekadar mengangguk.
                                            ***************************************************

“ISH! mana si Along ni? Kenapa tak pick up phone? Bodoh betul lah. Time aku nak cakap benda penting mesti macam ni! Sibuk melayan kereta-kereta dekat bengkel!” bentak Syahiba sekaligus meluahkan perasaanya pada Huda.

Huda merupakan teman baik Syahiba. Huda bagai pakar motivasi dan guru kaunseling pada Syahiba. Kalaulah dia ada masalah, tentu Huda menjadi tempat melepaskan segalanya.

“Alah kau ni, biasalah orang tengah bekerja, mestilah busykan? Takkan nak menghadap handphone pulak? Apa hal kau datang rumah aku ni? Lepas tu tiba-tiba duk menyumpah seranah bagai.” Kata Huda yang berdiri dimuka pintu rumahnya.

Saat ini, rambut Huda mengerbang, kalah Mek Lampir. Matanya terdapat tahi mata. Mukanya jelas sekali dengan garis-garis. Ia menandakan Huda baru bangun tidur.

“Mak kau ada?” tanya Syahiba yang malas nak menjawab pertanyaan Huda tadi.

“Takde. Dia pergi Tesco beli barang dapur dengan barang nak meniaga petang ni.” Jawab Huda malas.

“Kau ni mesti baru bangun tidurkan? Rambut kusut masai. Tahi mata pun ada lagi.”

“Ish kau ni, macam tak kenal pulak perangai aku macam manakan? Dah lah jom masuk. Tak bestlah duk bersembang depan pintu ni.”ajak Huda.

Melihat telatah rakannya, Syahiba terlupa sebentar masalah yang menghimpit jiwanya. Bukan lupa lirik ya? He.. he..he..

Syahiba terus masuk dan duduk di sofa. Begitu juga Huda. Bukannya mahu basuh muka dulu. Teruk betul perangai Huda ni !

"Apa halnya kau ni? Kalau takde masalah, takkan jejaknya kaki kau dekat sini."

Huh! keluhan berat dilepaskan Syahiba. Dia lantas bersandar di sofa. Huda memandang pelik.

"Huda, kau tau tak, ayah dan ibu aku nak hantar aku duduk dekat kampung? Dekat Jengka. Rumah nenek aku." jelas Syahiba dengan nada sedih.

"Oh gitu rupanya. Duduk ajelah. Best apa duduk kampung? Lagi aman daripada duduk dekat Kajang yang hiruk pikuk ni."

"Masalahnya, aku jarang pergi sana. Aku pun mana kawtim sangat dengan atuk,nenek,maksu aku tu. Kita orang sekeluarega balik Jengka tu pun setahun sekali bila time raya. Tu aje. Manalah aku biasa. Lagi satu, manalah ada tempat lepak kat situ. Kau tau-tau aje lah kan? Kawasan Jengka tu, Apa yang ada? Kacaulah hidup aku kalau macam ni !" terang Syahiba yang terus merebahkan dirinya di sofa dua itu.

Syahiba merupakan anak kepada Tuan Hasnul dan Puan Qistina. Dibesarkan di kawasan bandar menyebabkan dia selalu bersosial. Tetapi tidaklah sehingga merosakan dirinya. Dia merupakan pelajar lepasan STPM yang menganggur.

Huda menggeleng kepalanya. Pelik dengan perangai rakannya yang seorang ni.

"Ibu kau nak kau duduk sana selamanya ke?" tanya Huda.

Syahiba hanya diam. Tidak menjawab pertanyaan Huda sebentar tadi. Dia sedang memikirkan sesuatu. Dia kemudiannya bingkas bangun dari pembaringannya lalu memicit papan kekunci telefon Blackberrymya.

"Aku nak Along bawak lari aku jgak malamn ni. Aku tak kira walauapapun yang terjadi. Aku taknak ke Jengka !" kata Syahiba yang masih lagi menekan-nekan keypad handphonenya.

"Astaufirullahhalazim Iba, kau jangan buat giler. Kau nak menyusahkan mak bapak kau ke? Kesian dia orang. Kalu kau suruh Along bawak kau lari, Lagi parahnya. kau orang nak hidup macam mana? nak duduk serumah? nak mampus kena serkap dengan JAWI?" marah Huda tetapi ada nasihatnya.

"Kau tahu tak mak aku nak aku duduk situ sampai umur aku 25 tahun? Dah la aku punya result STPM tak bagus. macam ana aku nak cari kerja? Aku dah mati kutu ni."

Air mata Syahiba sudah mengalir deras. Dia mengangis sakan, Macamlah mati kalau tinggal di Jengka tu. Desisi hati Huda.

Syahiba memang seorang anak yang cerdas ketika di bangku sekolah menengah. Keputusann SPMnya juga baik sehinggakan ditawar memasukki Matrix dan juga mendapat panggilan daripada UITM tetapi dia telah memilih Tingkatan Enam untuk lanjutkan pelajaran.

Alasannya,jika dia melanjutkan pelajarannyake Tingaktan Enam, sudah satu langkah untuk ke Universiti dan sekaligus pangkat diploma sudah diperolehinya. Akibat keputusannya yang merundum jatuh, dia menjadi penganggur terhormat.Jadi sebagai balasannya, Ayah dan Ibu mahu menghantarnya ke kampung untuk berdikari.

"Tulah kau, orang suruh study kau duk berdating dengan Si Along tu. Tengok sekarang apa padahnya? Ala senang cerita kau pergi ajelah. Apa yang payahnya? Lima tahun ajekan?"

Kelihatan Syahiba sudah mencampak telefon bimbitnya ke atas tilam sofa. Barangkali tidak dapat menghubungi temannya kut.

"Aku nak mati !!!!!!" teriak Syahiba.

Huda menggeleng kepala. Itulah padahnya kalau mengikut rasa dan hati. Maka hasilnya ialah binasa dan mati.
*******************************

Tuan Hasnul melihat jam tangannnya. Sudah pukul 9.30 malam. Tetapi kelibat anak perempuannya Syahiba, tidak kelihatan. Kemana pergunya anak daranya yang seorang ini? Begitulah perangai Syahiba. Selagi jam belum tepat ke angka 10, dia tidak akan pulang.

Tuan Hasnul menggeleng kepala. Lantas dia mencapai akhbar Harian Metro yang berada dihadapannya. Alangkah terkejutnya membaca tajuk berita yang terpapar di muka depan akhbar tersebut.

LAGI BAYI DIBUANG BAGAI SAMPAI

Begitulah tajuknya. Gerun hatinya membaca tajuk tersebut serta melihat gambar seorang bayi didalam tong sampah. Itulah penyakit yang diserang remaja sekarang. Tanpa ikatan sah, mereka sudah mempunyai anak. Sudah dapat anak, dibuangnya pulak.

Tuan Hasnul risau. Dia khuatir jika anaknya terlibat dalam kes sosial ini. Yelah, dunia sekarang yang serba serbi canggih ini merupakan punca utama pengaruh seks bebas. Terutamanya yang hidup di kawasan bandar. Dikelilingi dengan pusat-pusat hiburan, hotel, rumah sewa dan sebagainya yang memudahkan lagi gejala sosial terus merebak.

"Abang." sapa Puan Qistina yang datang bersama secawan nescafe ditangan. Tuan Hasnul tersentak lalu memandang ke arah Puan Qistina.

"Abang, ni air Qis bawakan."

"Letaklah atas meja tu."

Puan Qistina meletak cawan di atas meja dan melabuhkan punggung disebelah Tuan Hasnul sambil mengerling ke arah jam di dinding. Digelengnya kepala.

"Apalah nak jadi dengan anak dar kita tu bang? Risau Qis dibuatnya. Asyik merayau aje. Entah Solat ke tidak"

Tuan Hasnul terbatuk kecil. Lalu dicapainya cuping cawan yang dibawa oleh isterinya dan dibawa ke mulut. Setelah tiga teguk air diminum, dia meletak kembali di atas meja. Keluhan kecil dilepaskan.

"Entahlah apa silapnya kita? Didikan agama sudah diberi sejak dari kecil, perhatian juga tidak kurangnya. Semua kemahuannya kita penuhi. Adik-adik dia pun tak macam tu." ujar Tuan Hasnul sambil meninjau isi surat khabar ditangannya.

"Abang rasa keputusan kita hantar dia ke kampung tu dah muktamad ke? Kena ke caranya?"

"Apa hal tak kena pulak? Abang rasa betullah keputusan kita tu. Kalau di kampung, ruang untuk dia bersosial terhad sedikit. Ada pantauan dari Mak. Dari si Hasnah. Taklah dia melarat sangat.”

“Tapi Qis risau kalau-kalau dia tak setuju bang. Macam mana kalau dia lari ke? Dia bukan budak kecik bang.”

“Awak jangan risau sangatlah. Dia tu usia sahaja yang besar, tapi pemikiran sempit. Larilah ke hujung dunia sekalipun, pulangnya kepada kita jugak.”

Sebaik sahaja Tuan Hasnul menghabiskan kata-katanya, loceng rumah kedengaran.

Puan Qistina memandang Tuan Hasnul.

“Apa pandang lagi? Pergilah buka pintu. Dia dah balik tu.”

Puan Qistina bingkas bangun dan segera membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, terjengul susuk tubuh Syahiba.

“Assalamualaikum Ibu,” ucap Syahiba.

“Iba, Iba pergi mana ni nak? Takkanlah setiap hari nak keluar balik malam macam ni? Iba tahukan Iba tu perempuan? Anak dara? Tak baik seorang perempuan berkelakuan macam ni.” Bebel Puan Qistina.

Salam anaknya hanya dijawab di dalam hati. Sayhiba terus melangkah masuk. Memang leteran itulah yang akan didengarnya setiap kali ibunya membuka pintu utama rumah. Dia sudah lali. Erti kata lain, kalis leteran.

“Iba pergi rumah Huda la bu. Iba tak merayap mana pun.”terang Syahiba.

Tuan Hasnul hanya melihat gelagat dua beranak itu dalam sesi soal jawab.

“Lepas tu, Iba pergi tolong mak dia berniaga dekat pasar malam. Salah ke? Ni tengok tangan merah-merah tolong mak dia menggoreng.”

Syahiba mengacukan tangannya kepada Puan Qistina. Puan Qistina terdiam.

Memang benar apa yang dikatakan Syahiba. Dia sebenarnya yang menawarkan diri pada Huda untuk membantu berniaga di pasar malam bagi menghilangkan rasa tertekannya terhadap masalah yang membelenggu dirinya.

“Okey. Ibu percaya. Maafkan ibu tak tanya elok-elok.” Ucap Puan Qistina dengan rasa bersalah.

“It’s okey.” Ujar Syahiba dan berjalan mahu menaiki tangga namun terhenti pabila Tuan Hasnul memanggilnya.

“Iba, mari sini.”panggil Tuan Hasnul seraya menepu-nepuk tempat duduk disebelahnya.

Syahiba memejamkan mata tiga saat sebelum melangkah kea rah Tuan Hasnul.

Pasti mahu bicarakan tentang pemergian aku ke rumah nenek di Jengka. Ish ! kacau betul. Gumam Syahiba di dalam hati. Dia sudah duduk di sebelah bapanya. Puan Qistina turut menganbil tempat.
“Iba tolong Huda berniaga?”

“Ya.” Sepatah dia jawab.

“Berapa upahnya?”

“Dapatlah Rm 15.00”

“Hmmm, Iba dah fikirkan keputusannya?” Tuan Hasnul sudah menanyakan soal itu. Puan Qistina hanya memerhati.

“Err, boleh tak kalau ayah bagi Iba dua hari lagi masa untuk buat keputusan terakhir?”

Tuan Hasnul tersenyum melihat anaknya.

“Boleh aje saying.”

“Thanks.”

“Iba, apa yang kami buat ni adalah untuk masa depan Iba sendiri. Tiada niat untuk membuang Iba dari family atau menyisihkan Iba.”celah Puan Qistina.

“Iba faham.”

Sebaik sahaja melafazkan dua patah perkataan itu, Syahiba terus bangun dan melangkah ke biliknya. Puan Qistina dan Tuan Hasnul, bungkam disitu.