BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

My Birthday

Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, March 15, 2011

CInta kita 4

 
          Usai solat Isya', Ain Nabilah terus mencapai beg sekolahnya. Dia bersendirian di dalam bilik. Dia membuka beg sekolahnya dan mengeluarkan sepucuk surat. Surat tidak rasmi. Berlipat macam kad kenduri kahwin. Lalu dia membaca isi kandungannya.

           Ain Nabilah, esok aku nak kau bawakan aku sarapan pagi.
Dan sarapan ini bukan untuk hari esok sahaja,
tetapi hingga seterusnya. Kau juga kena
tunggu aku dipagar sekolah seawal 7.00 pagi
setiap hari. Kalau aku dapati kau tiada sewaktu aku sampai
di sekolah, nahas kau aku kerjakan. Dan kau juga
kena sediakan makanan untuk aku sewaktu rehat.
Ini hanya langkah awal. Kalau kau buka mulut
beritahu sesiapa,tahulah aku kerjakan kau nanti.

          Ain Nabilah merenyuk surat itu. Hatinya pedih. mahu saja dia meraung di saat itu. Kalaulah Shafiq Iqbal dihadapannya, memang lunyai Shafiq Iqbal dikerjakannya. Tapi hanya dihati. Kena tengking pun dah menangis macam kucing mati. Dia menyembamkan mukanya ke atas beg sekolah dan air matanya tumpah lagi. Dia rasa perbuatan Shafiq Iqbal sangat melampau. Dia juga menyesal melibatkan diri dalam kehidupan Shafiq Iqbal. Kalaulah masa bisa diundur, tidak mahu dia menampar Shafiq Iqbal dan bertegur sapa dengannya. Namun penyesalannya hanya sia-sia. Nasi sudah menjadi bubur. Kerana Shafiq Iqbal sudah menghantui hidupnya.
          
          Ain Nabilah mengangkat mukanya, lalu mengelap air matanya yang mengalir. Takut-takut kalau adiknya datang menerjah ke dalam biliknya dan menyedari dia sedang menangis. Mampus kalau Badrul tahu.
          Aku tak boleh lemah dan sedih-sedih macam ni. Takkan hanya disebabkan lelaki tu aku boleh berputus asa. Kalau dia nak buli aku, bulilah. Yang pasti aku akan balas perbuatannya. Dia ingat dia orang kaya aku takut? Kena jerkah hari tu pun aku dah menangis macam mati laki. Hai, nampaknya aku kena ikut rentak dia dulu. Dah tahu kelemahan dia, baru aku serangg ! Macam orang nak berperang. Aku akan pastikan dia kena cukup-cukup.

          Dalam khusyuk Ain Nabilah bermonolog, tiba-tiba dia teringat peristiwa dia menerima surat layang itu. Boleh dikira surat layanglah tu. he.. he... he....
          
          "Kak Ain !" panggil budak itu.

          Dengan mata yang sembab dan membengkak, Ain Nabilah berpaling dan mematikan langkahnya. Pelik. kenapalah budak tu tiba-tiba memanggilnya.
          "Kenapa dik ?"
          "Ni ada titipan dari Abang Shafiq."
          "Apa ni ?" 
          "Entahlah, Kak Ain ambillah dan baca."
          "Penting sangat ke ?"
          "Abang Shafiq pesan dekat saya, kalau saya tak dapat pujuk akak untuk menerima surat ni, nahas saya dikerjakan."
          "Dia ugut macam tu ? hmmmm, sinilah surat tu." segera budak lelaki menghulurkan surat itu. Kasihan rasanya terhadap budak lelaki itu. Shafiq Iqbal memang kejam !
          "Kalau dia nak buli adik lagi, beritahu kakak tau !" pesan Ain Nabilah sebelum budak lelaki itu berlalu. Nak tunjuk berani konon. Baru kena tengking dah menangis.
          "Okey Kak Ain." budak itu terus pergi.
          
          Ain Nabilah menyimpan surat itu di dalam beg. Malas untuk membacanya lagi. Semestinya sesuatu yang menyakitkan hati jika membaca isi kandung surat tersebut. Ain Nabilah terus menghayunkan kakinya ke makmal Biologi.
          Setiba dia di makmal Biologi, masih tiada lagi pelajar lain. Fuhhh ! lega. Kalaulah ada pelajar lain tentu dia orang nampak mata aku yang sembab ni. Lantas dia meletakkan begnya di atsa meja. Dia ingin ke tandas namun terkaku apabila Sabrina masuk. Alamak habislah aku ! Si wartawan ni datang pulak. Getus Ain Nabilah dalam hati. Dia menunduk.

          "Eh Ain, kenapa mata kau bengkak ? kau baru lepas menangis ke ?"
          "Takdelah. Tadi angin bertiup kencang sangat, sampai habuk masuk dalam mata aku."
          "Boleh dipercayai ke ?"
          " Betulah Rina. Buat apa aku nak menangis, cuba kau bagi sebab ?" Ain Nabilah cuba menceriakan suaranya agar tidak didetect oleh Sabrina yang dia menangis.
          "Emmmm, takde sebablah." ujar Sabrina tersenyum.
          "Okeylah, aku nak pergi tandas. Bye. Kalau cikgu masuk, beritahu aku pergi tandas sekejap." Ain Nabilah cepat-cepat pergi. Tidak mahu Sabrina terus menyoalnya.

           Tiba-tiba lamunan Ain Nabilah terhenti apabila seekor cicak jatuh ke atas tangannya. Dan sempat lagi Si Ain Nabilah ni sambut. Seolah-olah menyambut duit syiling yang dibaling. Tapi pabila cicak yang disambutnya, dengan pantas dia mencampak cicak itu ke dinding. Apalagi, bergema satu rumahnya dengan jeritan Ain Nabilah. Terloncat-loncat  macam kera kena sambal tempoyak. Orang sekarang tak takut cicak, malah dicari lagi untuk dibuat ubat. Puan Ramlah yang leka di dapur, segera ke bilik Ain Nabilah.

          "Kenapa dengan kamu ni Ain ? nak luruh jantung mak dengar jeritan kamu tu."
          "Emmm.. Takde papelah mak. ada cicak tadi." kata Ain Nabilah sambil tersenyum. Kerang busuk.
          "Ish, bertuah punya budak. Dengan cicak pun dia takut."
          "Tak takut cuma geli je mak."
          "Apa-apalah. Mari tolong mak buat lepat pisang."
          "Hah, lepat pisang ?"
          "Yelah. Esok kamu boleh bawa ke sekolah. Bagi kawan-kawan makan."
          "Okey. Kejap lagi Ain ke dapur. Ain nak kemas buku ni."
          " Baiklah. Cepat sikit tolong mak lap daun pisang sekali."
          " Okey."

          Puan Ramlah terus berlalu ke dapur. Tiba-tiba Ain Nabilah teringat pesanan Sahfiq Iqbal untuk membawa sarapan pagi. Esok kau makan lepat pisanglah. Tulah dah kaya, tapi saja nak cari pasal. Padahal kau boleh je makan sedap-sedap dekat rumah. Tapi nak ke dia makan ? Ahhh ! lantak dialah yang penting aku nak tengok reaksi dia esok bila aku bawa lepat pisang untuk dia. Ain Nabilah berbicara di dalam hati.
          Setelah kepenatan menolong emaknya mengukus lepat pisang, Ain Nabilah terlelap. Dia seakan-akan terlupa akan masalahnya. Agak-agak apa yang Shafiq Iqbal akan lakukan kepada Ain Nabilah esok ? Semoga dia tabah menghadapi karenah Shafiq Iqbal.


                       *                      *                          *                     *                     *                  *

          "Assalamualaikum."
          "Waalaikumusalam."
          "Makcik, Ain sudah siap?"
          "Ain sudah pergi. Pukul 6.30 lagi dia sudah keluar." terang Puan Ramlah.
          "Hah ! cepatnya ?"
          "Tulah, bila makcik tanya, katanya nak bersihkan kelas."
          "Tapi hari ni bukan dia yang bertugas."
          "Mungkin ada kerja sekolah yang tak siap sebab tu dia pergi awal."
          "Kalau macam tu, takpe lah. Assalamualaikum Makcik."
          "Walaikumusalam." jawab Puan Ramlah yang melihat Wani berlalu ke sekolah. Hatinya berasa hairan dengan sikap anaknya yang terburu-buru ke sekolah pagi tadi. Kenapalah dengan anak dara aku sorang ni.


          Sepasang mata memerhatikan kelibat Wani dan Rahmah masuk ke perkarangan sekolah. Fuhhh ! nasib baik tak perasankan aku. Apalah aku nak jawab dekat diaorang nanti. Comfirm dia orang soal aku macam dalam melodi. Bukannya soalnya hati. Getus Ain Nabilah. Melihat Wani dan Rahmah sudah naik ke atas barulah dia keluar dari tempat persembunyiannya. Menyorok belakang post guard. Bukan dalam semak. Harap maklum.
          "Ish, kenapalah dia tak sampai-sampai lagi ni !" bentak Ain Nabilah sambil mengusha si Shafiq Iqbal. Tapi biji mata pun tak nampak lagi. Memanglah tak nampak, nanti dia datang naik kereta la.Tiba-tiba Ain Nabilah bagai nak cabut lari pabila terlihat lelaki itu. Datang dekat pulak. Sambil tersenyum pulak tu. Apa aku nak jawab ni.
          "Hai Ain. Kenapa naik lagi ? tunggu siapa ?"
          "Azeerin... Ain tengah tunggu adik. Fail Admath Ain tertinggal. So suruh dia hantar." Nasib baik otak aku ligat bab-bab nak kencing orang ni. Tapi tak selalu ya. Dalam keadaan terdesak je.
          "Ohh... I see. Okeylah Azeerin naik dulu ye."
          "Okey." matanya menghantar kelibat Azeerin naik ke atas. Syukur dia tak tanya banyak soalan. Kalau tak mati aku nak fikir seribu satu alasan.
           Lepas sorang-sorang tanya kenapa Ain Nabilah duduk tercegat di situ. Tetapi alasan yang sama digunakan untuk mengelak. Ain Nabilah mengerling ke jamnya. Hah ! sudah 7.30 pagi. Kenapa dia tak datang-datang lagi ? Ke dia nak kenakan aku ? Eeeeiiii ! perhimpunan dah nak mula ni.
          Tiba-tiba kelihatan kereta mercedes berwarna hitam berhenti dihadapannya. Ain Nabilah berhenti dari membebel dan terkaku. Jantungnya berdegup kencang. Tingkap kereta diturunkan.
          "Bagus ye kau ikut arahan aku." ujar Shafiq Iqbal tersenyum sinis.
          "Kenapa awak datang lambat? tahu tak pukul berapa dah sekarang ni ? perhimpunan dah nak mula atau sudah bermula." tiba-tiba lancang mulut Ain Nabilah bertanya. Segera Ain Nabilah menekup mulutnya. Shafiq Iqbal sudah bengis.
          " Hoi perempuan ! berani kau cakap macam tu ?" Sahfiq Iqbal sudah mengorak keluar bersama begnya.
          "Pak Mail boleh balik." arahnya kepada pemandu tua itu. Ain Nabilah kaku dan terketar. Macam ni bak kena kan Shafiq Iqbal ? Alamatnya, dalam mimpi je lah.
          "Apa kau cakap tadi ?" Shafiq Iqbal merenungnya dengan tajam.
          "Errr....err... Maafkan saya."
          "Nasib baik mood aku baik pagi ni. Kalau tak memang nahas kau !" Shafiq Iqbal mendekatinya. Ek eleh macam perempuan pulak ada mood okey mood tak okey. Sebal betul ! Ain Nabilah membebel dalam hati.
          "Mana sarapan aku ?"
          "Hah ?"
          " Sarapan akulah ! Boleh lagi kau termenung ?"
          "Oh ! Maafkan saya."
          "Tulah yang kau tahu, maaf-maaf." ujar Shafiq Iqbal. Ketiadaan pelajar distu menyebabkan Ain Nabilah tidak kisah dia dimarah. Yalah, mana nak ada pelajar sebab sekarang sudah waktu perhimpunan. Cuna dia dan Shafiq Iqbal sahaja berada di pintu pagar sekolah.
          "Apa kau tercegat lagi ? jomlah ke atas ! " Ain Nabilah masih lagi kaku. Shafiq Iqbal menarik tangan Ain Nabilah memaksanya berjalan. Ain Nabilah tersentak dan menarik tangannya kembali.
          " Sakitlah !"
          "Hai, berani membantah nampak ?" perli Sahfiq Iqbal.
          "Awak tahu tak, haram dan berdosa kalau kita pegang orang yang bukan mahram kita?"
          "Kau diam ! aku tak suruh kau bersyarah agama pagi-pagi ni. Apa kau kisah ? tu dosa aku bukan dosa kau." Ujar Shafiq Iqbal. Sememangnya Shafiq Iqbal kurang didikan agama. Sedangkan kelab malam dia boleh kunjungi, kenapa tidak untuk memegang perempuan yang bukan mahramnya.
          "Maafkan saya." ujar Ain Nabilah perlahan.
          "Pagi ni saja, sudah berapa kali kau mintak maaf? meluat aku !" kata Shafiq Iqbal sambil merenung Ain Nabilah yang sudah tertunduk. Melihat wajah polos Ain Nabilah, Shafiq Iqbal seolah-olah simpati dan tidak mahu meneruskan rancangan jahatnya. Namun ego lebih menguasai dirinya.
          "Emmmm, pagi ni saya bawa lepat pisang." Ain Nabilah mengangkat mukanya. Berderau darahnya melihat anak mata Shafiq Iqbal. Pandangan mata mereka tertaut sebentar. Ain Nabilah terus mengalihkan pandangan matanya.
          " Lantaklah dengan lepat pisang kau tu ! Aku dah tiada selera nak bersarapan. Jom kita naik atas. Nah, bawa beg aku ni. Kau tu kuli aku." kata Shafiq Iqbal sambil menyerahkan begnya. Nasib baik ringan. Ain Nabilah hanya menurut langkah Shafiq Iqbal naik ke atas.