BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

My Birthday

Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, March 5, 2011

Cinta Kita 1

   Ain Nabilah dan rakan-rakannya bergegas ke Pejabat Sekolah apabila dimaklumkan oleh seorang pelajar atas arahan Cikgu Samsul.Pelbagai persoalan menerjah dikotak fikiran mereka.Ibarat seribu tanda tanya mengelilingi kepala mereka..Seperti yang semua tahu, Ain Nabilah, Siti Rahmah, Wani Mursyidah dan Qaseh Balqis merupakan pelajar pilihan sekolah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.


  Panggilan dari Cikgu Samsul merangkap guru disiplin sekolah amat memeranjatkan mereka lebih-lebih lagi mereka tidak pernah melibatkan diri dalam masalah disiplin sepanjang bersekolah disitu.


"Ish, aku risaulah..kenapa agaknya Cikgu Samsul panggil kita?" luah Wani sambil meletup-letupkan jarinya.Sudah menjadi tabiatnya apabila gementar.


"Betul..Betul..Betul....aku pun sama.Kita ada lakulan kesalahan ke? Setahu aku tak pernah pulak.Kalau pun kita buat salah, cikgu-cikgu tak dapat detect punya.."celah Rahmah.


"Apalah kau orang ni....dah kita tak bersalah, buat apa nak cuak? Mungkin Cikgu Samsul nak suruh kita jadi spy dia ke? Mana tahukan?" teka Ain Nabilah. Mereka hanya mengiakan sahaja teori si Ain Nabilah sambil mempercepatkan langkah ke pejabat.


Setiba di hadapan pejabat, mereka masing-masing pegun dan memandang ke arah Ain Nabilah.


"Apa fasal kau orang jadi patung ni?" tanya Ain Nabilah yang pelik akan perangai rakannya.


"Alah Ain, awaklah masuk dulu, kami takut" terus terang si Qaesh.


"kenapa? dalam pejabat sekolah kita ni ada kuntilanak ke? ke ada hantu k.limah?"seloroh Ain sambil membuat memek muka sinis.


"Kau ni asal tak senaraikan je terus hantu-hantu yang ada dekat muka bumi ni?Lepas tu kumpul bomoh-bomoh buat press conference ala-ala Lady Gaga menang VMA gitu." gurau Wani.


"Okeylah aku masuk dulu."Ain mengalah...


Melilau mata mereka mencari kelibat Cikgu Samsul.Aksi mereka tak ubah seperti hendak menghendap orang.


"Ain, ya?" tegur Kak Sham selaku kerani baru sekolah.Kalau Kak Iebah memang dah kenal dengan mereka tapi sayang sudah berpindah kerana terpaksa ikut suami.


"Yup Kak sham." angguk Ain sambil bersalaman dengan Kak Sham diikuti dengan yang lain..


"Baiklah kau orang ni, Cikgu Samsul ada dalam bilik Pengetua tu ha." terang Kak Sham sambil memuncungkan bibirnya ke arah bilik Pengetua. So sexy.


Tanpa membuang masa mereka menapak ke bilik Pengetua yang sudah terbuka.


Seperti biasa, Si Ainlah yang memberi salam.Yang lain bersorak "Go Ain go!" dalam hati je.Apa lagi, yang lain semua dah kecut macam jeruk.Penakut!


"Assalamualaikum...kum...kum..."Ain dengan sopannya memberi salam.Cuma dua kum dekat belakang tu perlahan je kedengaran.


"Waalaikumusalam." jawab ketiga-tiga lelaki itu serta berpaling ke arah mereka yang tercegat depan pintu.Mereka semua bagaikan terkena renjatan elektrik apabila lelaki seorang tu pandang dan senyum ke arah mereka.Wah! handsomenya...masing-masing berkata dalam hati..kalau boleh nak buat memek muka ala-ala pergi Disneyland.Lebih senang lagi muka Jakun !


"Mari masuk Ain."arah Cikgu Samsul.


Dengan penuh sopannya,mereka semua duduk..Kalah perempuan melayu terakhir you allsss..kalau boleh bersimpuh atas lantai memang mereka akan buat.


"Kenalkan kawan baru kamu,Shafiq Iqbal pelajar baru sekolah kita."terang Cikgu Samsul.Mereka hanya mengangguk antara satu sama lain besrta senyuman manis-manis belaka..secara tidak langsung iklan ubat gigi pun berlaku.Yelah, takkan nak bersalaman kot..Tak boleh.. bukan muhrim,berdosa.Almaklum Ain and the gang mood usatazah belaka.


"Apa tujuan cikgu panggil kami kemari?"tanya Ain Nabilah.


"Cikgu hanya panggil awak je.Tak tahu pulak ada bodyguard?terang Cikgu Samsul. Si Wani, Rahmah dan Balqis hanya tersengih macam kerang busuk.Dalam pada masa yang sam kedengaran suara mengekek ketawa.Perlahan.


"Kebetulan cikgu, tadi saya nak berkenalan dengan kerani sekolah yang baru tu..Cunn cikgu.."kata Wani sambil tangannya merayap mencari Ain untuk disengat.


"Ada-ada aje kamu ni Wani..Okeylah,Cikgu nak kamu hantarkan Shafiq ni ke kelas kamu." Shafiq hanya berdiam sambil memerhatikan gelagat Ain and the gang.


"O...Jomlah !" tiba-tiba jadi ramah pulak si Wani.Dan paling penting,dia paling over..


"Okey Shafiq, kamu boleh ikut mereka." arah Cikgu Samsul.


"Terima Kasih cikgu." ucap Shafiq dan terus menuruti langkah empat teman barunya itu.




“Eh, aku tengokan si budak baru tu asyik mengusha kau je..muka aku ni takde pulak dia nak pandang. Aku ni dah lah cantik tapi mamat handsome tu tetap nak jeling-jeling kau.” Kata Wani sambil bermain dagunya. Wani seorang yang peramah dan suka bergurau.



“Betulah cakap kau Wani, aku pun ada perasaan dekat dia.. Eh eh silap pulak..Aku nak cakap aku pun perasan, dia asyik pandang kau je Ain. Dia taknak pulak pandang muka kita orang yang lagi voke pluss vazzzz ni..”kata Rahmah sambil mencuit dagu Wani dan dengan pantas Wani menepis tanda protes kerana terlalu over.


“Ish, tak mungkin kerana sayanglah dia pandang aku.” Jawab Ain Nabilah bersahaja.


“Aik, tiba-tiba sayang ni? Ada kita orang cakap sayang ke? Over betulah kau ni.” Kata Wani yang faham akan maksud temannya itu. Sengaja dia mengusik Ain.


Ain Nabilah sememangnya seorang gadis yang comel. Kulitnya yang cerah dan mulus itu menambahkan lagi seri di wajahnya. Matanya yang sepet persis sekali gadis korea.


“Tapi aku tengok dan kaji korang memang sesuailah.” Sambil Wani 
menyengaukan suaranya.


“Kau comel, dia pulak handsome..so sweet.” Sambung Wani dengan aksi menggenggam kedua belah tangannya dan membuat reaksi muka gembira. Memang boleh menang anugerah si Wani ni kalau bab-bab memek muka.


“Aku sokong!” seperti biasa penyokong setia Wani tetap bersama. Tak lain tak bukan si Rahmah ler.


“Kalau aku melayan korang punya celoteh yang sememangnya akan bersambung mengalahkan sinetron Indonesia dan tidak akan ada titik noktahnya, sudah tentu dan semestinya aku masuk Tanjung Rambutan.” Kata Ain Nabilah dan terus mempercepatkan langkahnya ke sekolah.


Si Wani dan Rahmah mula mencebik. Mulut itik pun tak semuncung mulut mereka. Mereka terus mengejar langkah Ain Nabilah. Setiap pagi mereka bertiga akan berjalan kaki ke sekolah kerana Sekolah Menengah Convent Kajang tidak jauh dari rumah mereka. Tidak pula Qaseh Balqis yang dihantar oleh bapanya ke sekolah.

Loceng skolah berdering menandakan sudah masuk waktu rehat bukan waktu berbuka puasa ya..Semua pelajar kelas 5 Alfa sudah keluar dan pergi ke kantin untuk makan. Shafiq Iqbal masih berada di  dalam kelas dan tidak ketinggalan Ain Nabilah and the gang turut serta.


Shafiq Iqbal mengatur langkah ke arah mereka. Oleh kerana terlalu khusyuk mendengar penerangan dari Ain Nabilah, tiada siapa yang menyedari kehadiran Shafiq Iqbal.


“Ehem.” Sahfiq Iqbal berdehem. Mereka semua berpaling dan ternganga melihat wajah kacak itu kecuali si Ain.
Rupa paras Shafiq Iqbal tidak kelihatan seperti pelajar sekolah langsung. Semua terlopong. Ain Nabilah hanya mencebik melihat wajah lelaki itu.


“Oit Rahmah tutup mulut tu.” Tegur Wani perlahan sambil menyiku perut Rahmah perlahan.


“Opsssss..” Lantas Rahmah menutup mulutnya. Terus sahaja dia malu-malu tapir.


“Boleh aku join korang?” tanya Shafiq Iqbal bersahaja tanpa segan silu.


“O…silalah duduk Sahfiq. Buat macam rumah sendiri je..” ajak Wani.


Masalah jugak kalau orang terlampau ramah ni, rumah dengan kelas pun tak dapat beza..gumam Ain Nabilah yang tidak suka kehadiran Shafiq Iqbal. Rahmah dan Qaseh Balqis hanya membisu dan kaku distu hanya menjadi pemerhati terhormat sahaja..jangan bisu terus sudah.


“Korang belajar apa ni?” tanya Shafiq Iqbal. Suara garaunya mampu mencairkan wanita-wanita gedik dan paling penting menusuk jantung beb !


Belum sempat si Wani membuka mulut, Ain nabilah sudah bertutur terlebih dahulu.


“Kita orang tengah makan nasi lemak sambil korek hidung. Nampak tak?” jawapan Ain Nabilah meletuskan tawa si Rahmah dan Qaseh Balqis yang disangkakan bisu dari tadi.


“Oh, yeke? Nak sikit boleh?” Shafiq Iqbal menadah tangannya.


“Shafiq kita orang tengah belajar Matematik Tambahan. Si Ain ni memang kuat bergurau. Kadang- kadang kalau kami study Sejarah, dia cakap tengah buat air kopi. Dia memang macam ni tapi tak gila.” terang Wani ala-ala buat lawak. Sahfiq Iqbal hanya mengangguk dan memandang kea rah Ain Nabilah.


Ain Nabilah sudah berpeluk tubuh sambil muncung dan berpaling ke arah luar. Tidak tahu sebabnya, tetapi Ain Nabilah sememangnya anti lelaki semenjak ayah dan ibunya bercerai.


“Alamak Wani, Ain, Balqis aku sakit perut la. Nak ke tandas. Korang belajarlah dulu ya?” sudah mula taktik si Rahmah.


“Aku pun nak ikut.” Kata Wani.


“Saya pun.” Si Balqis turut berkomplot.


“Kita orang pergi dulu. Chaow.”


Mereka berlalu meninggalkan Ain Nabilah yang terpinga-pinga. Ain Nabilah bagaikan dipaku dikerusi itu. Dia seolah-olah tidak boleh berdiri dan bercakap apabila ditinggalkan rakannya bersama lelaki itu.


“Kau memang superb Admath ke?” Sahfiq Iqbal memulakan bicara.


“Bolehlah setakat nak dapatkan jawapan tu.” Jawab Ain Nabilah bersahaja.


“Nama kau Ain je?”


“yup.” Jawab Ain Nabilah endah tak endah.


“Cuba kau jawab elok-elok, aku cuma nak kenal dan berkawan dengan kau je.”


 Shafiq Iqbal berasa hairan kenapa Ain Nabilah tidak terpikat dengannya seperti gadis-gadis lain.


“Sory, Saya nak ke kantin.”


Dengan kadar segera Ain Nabilah bangun ingin meninggalakn kelas kerana hanya  mereka berdua di dalam kelas dan amat tidak manis jika dilihat oleh pelajar lain. Namun ketika dia hendak bangun, tangannya disambar oleh Shafiq Iqbal.


“Apa ni?” mencerlung mata Ain Nabilah apabila diperlakukan begitu. Ain Nabilah meronta-ronta agar dia dilepaskan.


“Aku cuma nak kenal dengan kau. Apasal kau sombong sangat?” Tanya Shafiq Iqbal yang menguatkan lagi pegangannya.


“Lepaskanlah.” Ain Nabilah terus memijak kaki Shafiq Iqbal namun tibak memberikan sebarang kesan.


“Tak pernah orang melawan cakap aku.”
Panggg. Shafiq Iqbal melepaskan pegangannya dan meraba pipinya yang berbahang akibat ditampar oleh Ain Nabilah.


“Dan tak pernah lelaki bukan muhrim berani menyentuh saya.” Kata Ain Nabilah dan terus berlalu meninggalkan Shafiq Iqbal yang tersenyum.


“Jagalah kau Ain. Kau belum kenal siapa Shafiq Iqbal bin Datuk Razman.” Kata Shafiq Iqbal  perlahan.