BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

My Birthday

Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, June 6, 2011

Cinta Kita 6

Shafiq Iqbal menghenyak badannya ke atas tilam empuk di biliknya. Sakit hatinya hanya dia yang dapat ungkapkan. Tetapi mengapa perlu dia tersentap? Bukankah aku tidak menyukainya? Mengapa perlu pilu terpagut dihati bila melihat dia mendapat bantuan lelaki itu? Melihat dia menolong lelaki itu? Shafiq Iqbal tidak tentu arah. Dia sudah bangun. Mundar-mandir di hadapan meja solek. Sakit hatinya bila terkenangkan peristiwa itu. Aku sudah jatuh cintakah sama dia? Tanya Shafiq Iqbal lagi. Tak mungkin ! jeritnya di dalam hati. Lalu dia duduk di birai katil.
“Mana amah kau tak muncul-muncul  lagi ni Fiq?” Irwan bersuara dengan keningnya terangkat memberi isyarat sinis kepada Rahman.
Rahman tersenyum.
“Yela Fiq, mana perempuan tu ha? Apalagi, jomlah kita kenakan dia. Lama dah aku tak kenakan orang.”
“Entah-entah dia tak takut dengan gertakan kau tak Fiq?” Irwan mula membatu api.
Shafiq Iqbal tersenyum sinis. Dia teringat akan peristiwa pagi tadi. Dia membuang semua lepat pisang yang dibawa  oleh Ain Nabilah ke dalam longkang serta nasi gorengnya. Dia juga turut curi pandang ketika Ain Nabilah menangiskan lepat pisang yang sudah kotor. Hatinya bersorak riang dan gembira melihat perempuan  itu menangis.
“Silap besarlah kawan. Pagi tadi dia ikut segala arahan aku seperti mana dalam surat yang aku bagi tu. Korang tengok, aku boleh kawal dia bagai patung. Sedangkan Maya yang cerdik sikit dari dia pun aku boleh manipulasi, inikan pula si miskin tu.” Shafiq Iqbal berkata riak. Dia hanya tahu mempermainkan perasaan orang lain sahaja.
Berdekah tawa Irwan dan Rahman. Apa yang melucukan saat ini  pun tidak diketahui. Mungkin disebabkan Ain Nabilah yang terlalu takutkan Shafiq Iqbal membuatkan mereka geli hati.
“Yak e bro? wa tabik sam lu.” Ujar Rahman dengan gaya seorang prebet tunduk hormat kepada seoang kapten.
“Sudah semestinya. Tengok oranglah babe.” Sekali lagi kebanggaan Shafiq Iqbal teserlah.
Ain Nabilah mengetuk pintu  bilik khas yang menempatkan anak-anak orang kaya itu belajar. Tiada cikgu ke? Ketawa sampai nak pecah gegendang telinga aku ni. Gerutu Ain Nabilah I dalam hati.
“Assaalamualaikum.”
Eh, buat apa akuu bagi salam? Ketuk ajelah kan? Pandir betullah aku ni. Sempat lagi Ain Nabilah mengutuk dirinya sendiri.
Tok ! Tok ! Tok ! tiada jawapan.
Ain Nabilah mengetuk lagi. Tawa mereka di dalam sudah reda.
Terjengul kepala Irwan sebaik sahaja pintu terbuka. Ain Nabilah terkejut. Nasib baik tak melatah. Sekejap, aku datang sini kena serius. Tak boleh main dah.
“Masuk.” Itu sahaja yang terkeluar dari mulut Irwan. Ain Nabilah masih kaku walaupun otaknya sudah mendapat arahan untuk masuk.
Kalau aku masuk, aku seorang sahaja perempuan sebab kelibat Maya aku tak nampak pun. Taknaklah. Duduk luar ajelah. Nanti mesti dia bagi arahan untuk ke kantin. Eh. Eh. Aku taknak ikut arahan dia. Aku nak maki-maki dia lepas dia buang lepat pisang yang aku bawa tadi dalam longkang. Jaga kau.
“Hmmm, taknaklah. Saya datang sini nak minta ganti rugi pada Shafiq iqbal ! dan mulai saat ini, detik ini, saya tak akan jadi kuli batak dia lagi !” kata Ain Nabilah dengan berani.
Dikala ini hatinya berkata, apa nak jadi sekali pun, aku tak kisahlah !
Syafiq iqbal yang mendengar dari dalam, panas hatinya. Rahman dan Irwan hanya saling berpandangan.
“Mana lelaki pengecut tu?!” tanya Ain Nabilah berlagak berani. Tetapi hatinya memang diserang amarah.
Shafiq Iqbal terus bangun. Menuju ke pintu. Tiba-tiba Ain Nabilah kecut bagai jeruk pabila melihat muka singa Shafiq Iqbal.
“Hoi perempuan miskin! Kau kata apa tadi? Lelaki pengecut? Ha! Ni lelaki pengecut nak ajar kau.” Kata Shafiq Iqbal yang sudah menarik Ain Nabilah dengan rakus masuk ke dalam. Nasib baik kasut sempat ditanggalnya.
Ain nabilah bagai nak terjatuh apabila ditolak kasar oleh Shafiq iqbal. Namun dia cuba menggagahkan dirinya untuk menghadapi lelaki ini.
Memang Ain Nabilah takut dikala itu namun dalm takutnya, ada berani.
“Memang kau tu pengecut! Yang kau tahu menyakiti kaum perempuan yang lemah dan membuli orang sesuka hati.” Tempik Ain nabilah. Dia semakin berani. Shafiq Iqbal terkejut dengan ‘aku’ ‘kau’ yang digunakan oleh Ain Nabilah.
Pangggg! Ain Nabilah jatuh terjelepok  dek kerana ditampar oleh Shafiq iqbal. Tangannya bergetar memegang pipinya yang membahang ditampar.
Shafiq iqbal ketawa. Irwan dan Rahman turut ketawa. Sungguh geli hati mereka melihat wonder woman tadi jatuh ditampar oleh superman.
Ain Nabilah bangun. Dia tidak mahu kelihatan lemah. Dia menghayun tanganya kearah Sahfiq iqbal namun disambut Shafiq Iqbal. Shafiq Iqbal mencengkam kuat tangan Ain Nabilah.
“Berani kau nak penampar aku?! Jangan mimpi perempuan miskin!” lalu ditolaknya Ain Nabilah ke dinding. Air mata mahu menuruni pipinya pantas diseka.
“Memang benar apa yang aku cakapkan. Kau hanyatahu membuli orang yang lemah! Kau lelaki dayus! Mulai hari ini aku takkan takut dengan kau lagi.”
Tergamam Shafiq ibal mendengar kata-kata Ain nabilah. Hatinya yang membara bagai disimbah lagi minyak tanah untuk menyamarakan apinya.
“Woi perempuan, kau bangun!”tempik Shafiq Iqbal yang sudah memegang tangan Ain Nabilah memasaknya bangun. Baru sahaja tangan Shafiq Iqbal ingin mendarat atas pipi mulus Ain nabilah namun dihalang oleh satu suara.
“Berhenti!” semua memandang kearah datangnya suara itu.
Terkejut Ain nabilah melihat Azeerin yang terpacak dihadapan pintu.
Tanpa berlengah Azeerin menumbuk muka Shafiq iqbal. Terpusing Shafiq Iqbal terkena tumbukan padu Azeerin. Irwan dan Rahman yang melihat perbuatan berani Azeerin itu, ingin bertindak namun dihalang oleh isyarat yang diberi oleh Shafiq iqbal. Ain Nabilah tergamam.
Shafiq Iqbal ketawa sambil memegang pipinya. Kelihatan darah likat keluar daru bibirnya. Ain Nabilah terkejut melihat darah itu dan rasa bersalah. Walaupun Shafiq Iqbal menampar dan menyakitkan hatinya, tiada langsung niat dihatinya untuk mencederakan lelaki itu. Baginya telah adil Shafiq iqbal menamparnya, kerana dia pun dulu pernah menampar Shafiq Iqbal.
“Shafiq, darah dibibir awak. Mari sini saya……..” namun niat suci Ain nabilah untuk menolong Shafiq Iqbal dibalas dengan tolakan kasar. Jatuh Ain Nabilah menyembah lantai. Azeerin terpampam.
Shafiq Iqbal membari arahan kepada Irwan dan Rahman untuk memegang Azeerin dari belakang. Kedua-dua tangan Azeerin di pegang oleh Rahman dan Irwan.
Tanpa membuang masa, Shafiq iqbal menumbuk muka Azeerin bertubi-tubi. Menendang perutnya. Mengerang Azeerin kesakitan. Ain nabilah bangun dia cuba menghalang Shafiq iqbal dari terus membelasah Azeerin.
“Sudalah tu Shafiq, saya merayu! Saya akan ikut arahan awak! Sudahlah!” mendengar kata-kata Ain nabilah Shafiq Iqbal berhenti membelasah Azeerin. Dia tersenyum puas.
“Okey. Sekarang kau heret kawan kau ni keluar sekarang jugak!” bentak Shafiq Iqbal.
Ain Nabilah terus memapah Azeerin untuk keluar . Azeerin sudah lembik. Lebam sana sini dipipinya. Darah likat juga menuruni bibirnya.
Melihat Ain Nabilah memapah Azeerin,Shafiq Iqbal  sakit hatinya . dia pun tidak tahu kenapa.
Irwan dan Rahman sudah menepuk-nepuk bahu Shafiq Iqbal tanda bangga memberi pelajaran kepada Ain Nabilah dan Azeerin.Shafiq Iqbal  hanya memandang kelibat Ain Nabilah yang memapah Azeerin menghilang. panas hatinya tidak reda lagi.
……………………………………………………………………………………………………………..
Tuk ! Tuk ! tuk! Bunyi ketukan biliknya, membunuh segala lamunannya tadi. Dia bingkas bangun. Sebaik sahaja pintu kamar dibuka, terjengul muka Datin Nori.
Datin Nori merupakan isteri kedua Datuk Razman selepas mama Shafiq Iqbal meninggal dunia. Datin Nori masih muda. Umurnya masih dalam lingkungan 20-an.iaitu 28 tahun.

“Shafiq, kenapa tak pergi lunch dengan Maya? Letih dia tunggu. Dah berapa kali dia call Auntie tanya kenapa Shafiq tak pick up phone.”

Datin Nori mula melangkah masuk ke dalam bilik Shafiq Iqbal. Shafiq Iqbal sudah duduk dibirai katil.

“Ohhhh. Dia telefon Auntie ke? Fiq rasa tak sedap badanlah. Letih sangat.” Shafiq Iqbal cuba memberi alasan. Sebenarnya dia berasa tertekan dengan perkara yang terjadi di sekolah tadi.

“Kenapa dengan pipi anak Auntie ni?” kata Datin Nori risau. Dia sudah mengangkat muka Shafiq Iqbal menghadap mukanya.

“Fiq bergaduh lagi? Sudahlah tu Shafiq. Asyik bergaduh aje. Shafiq kena ingat tahun ni nak SPM. Tak boleh dah berperangai macaam budak-budak.” Pesan Datin Nori.

“Ni sampai lebam ni kenapa? Takpe nanti Auntie suruh Mak Mah sediakan ais batu tuapkan.”

“Thanks auntie” Shafiq Iqbal sekadar mengucapkan terima kasih atas perhatian ibu tirinya itu.

“Okeylah, Auntie getting out. Pujuklah Maya tu. Nanti merajuk pulak.” Datin Nori terus berlalu dengan senyum sinis. Shafiq Iqbal hanya lesu dibirai katil.

**********

Ya ALLAH, macam mana dengan Azeerin? Marahkah ibu bapanya? Mungkinkah akan ‘dibelasah’ pula oleh ibu bapa dia? Ini semua salah aku. Kalaulah aku tak kenal Shafiq Iqbal mesti semua perkara ini tak terjadi. Kalau aku tak tampar dia, semua ni takkan terjadi.

Kenapa aku ni hanya mampu mendatangkan masalah kepada orang lain? Ain Nabilah berkata dalam hati. Dikala ini dia sudah terbaring lesu di atas katil. Segala penyesalan menyelubungi dirinya. Namun penyesalan itu tidak berguna lagi kerana semuanya, terlajak kata, padah akhirnya.

Puas dia berpaling ke kiri, ke kanan. Namun hatinya tetap dipagut rasa bersalah dan risau. Risau dengan perkara yang berlaku pada hari esok dan seterusnya. Jiwanya berasa begitu tertekan. Tidak tahu untuk diluahkan kepada siapa. Kalau diluahkan pun, dia tidak tahu hendak diluahkan bagaimana.

Nasib baik emaknya belum pulang dari kerja. Adiknya jugak tiada. Seperti biasa, kalau petang begini tentu saja adiknya bermain bola di padang sekolah.

Kalau mereka ada, tentu akan disoal mengapa pipinya merah? Buntu jugak hendak menjawabnya.

Dalam asyik dia berfikir, akhirnya dia terlena. Kesan merah dipipinya jelas kelihatan. Itulah penangan penampar Shafiq Iqbal kepadanya. Mungkinkah akan tersemai subur perasaan benci di dalam hatinya terhadap Shafiq Iqbal? Atau cinta? Hanya yang Maha Kuasa tahu akan jawapannya.