BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

My Birthday

Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, March 11, 2011

Cinta kita 3

Kenapa dia muncul kembali ? Baru seminggu aku tenang tanpa kehadiran dia. Semenjak dia datang ni, tak keruan dibuatnya. Tapi aku terfikir-fikir dan tertanya-tanya jugak, siapakah gerangan dua jejaka kacak dan minah yang cantik tu. Dah lah cantik, seksi pulak tu. Rambut dia perang. Pokoknya, macam minah salleh (orang putih). Memang perfectlah. Tapi kemana agaknya Shafi Iqbal pergi seminggu tu? Lepastu datang bawa kawan pulak. Ain Nabilah berkata dalam hati.

Penerangan oleh Cikgu Salmah di hadapan langsung tidak didengarinya. Kehadiran Shafiq Iqbal kembali, lebih mengasyikkannya berbanding penjelasan cikgu dihadapan. Sudah angaukah dia? atau ketiadaan Shafiq Iqbal seminggu itu, menimbulkan rasa rindu? mungkinkah rasa bersalah menyelubungi dirinya lantaran daripada peristiwa hari itu?

"Oit, kau duk mengusha Pakcik Leman tukang kebun tu ke? Termenung je." tegur Wani secara berbisik. 

Ain Nabilah mengerling ke arah Wani lantas mengangguk berserta dengan senyuman yang manis sekali. Giginya yang putih berseri ditayang. Kalau Pakcik Leman tengok, mesti dia angau sampai semua pokok yang ada di sekolah dia potong sambil tersengih menayang gigi macam Ain Nabilah tapi tinggal dua batang sahaja.

Wani mencebik. Tiba-tiba kedengaran arahan Aiman si ketua kelas untuk bangun kerana Cikgu Salmah sudah mahu keluar. Ia jugak petanda yang Ain Nabilah duk berangan je sepanjang kelas sejarah. Teruk betul. 

"Terima kasih Cikgu."

"Terima kasih Cikgu." seru semua pelajar.

Sebaik sahaja Cikgu Salmah keluar, semua pelajar duduk dan membuat kerja masing-masing. Si Rahmah dan Balqis mula memusingkan kerusi menghadap Ain Nabilah dan Wani. It's time to be gossip girl.

"Korang agak-agak mana si Shafiq Iqbal tu? Kenapa dia tak belajar sama dengan kita ha?" tanya Rahmah.

Si Balqis hanya mengangguk kepala dua kali tanda setuju dengan soalan Rahmah yang tak berapa nak mencabar. Nasib baik tak geleng.Wani yang sibuk mengemas buku, tiba-tiba berhenti. Bagai trafic light pulak nak berhenti. Ain Nabilah hanya membisu.

"Kau tanya siapa?"

"Aku tanya kaulah cik kak oi... Takkan aku nak tanya orang bisu pulak."

"Mana ada orang bisu dekat sini."

"Ish, jawab jelah soalan maut aku tu."

"Manalah aku tahu. Aku bukan P.A dia or mak bapak dia. Suka hati dia lah nak belajar dekat mana pun. Perlu ke aku kisah?"

"Tak perlu kot."

Wani kembali menyambung mengemas bukunya. Balqis hanya mendengar dengan setia. Ain Nabilah pula, hanya kaku dan diam. Mood patung cendana.

"Kau pulak Ain, agak-agak dekat mana dia sekarang? Aku kena dengar dua pendapat. Baru aku faham dan senang untuk buat kesimpulannya."

"Entahlah. Aku pun tak tahu. Jawapan aku sama macam Wani kot."

"Alah payah la aku nak buat kesimpulan macam ni."

"Eh korang, aku nak pergi tandas sekejap. Ain kau jangan layan sangat soalan si Rahmah yang tak pernah terfikir oleh ilmuan.  Balqis jom teman aku."

Sempat lagi Wani berpesan kepada Ain Nabilah. Ain Nabilah hanya tersenyum mendengar kata-kata Wani tadi. Rahmah mula membuat mulut itik serati. Mencebik. Balqis dan Wani sudah berlalu ke tandas.

"Hai Ain." tegur suara garau itu.

Ain Nabilah dan Rahmah memandang pelik ke arah lelaki itu. Lelaki itu turut memandang pada diri. Malu juga kalau ada yang tak kena pada dirinya. Nanti mesti jadi bahan tawa.

"Kenapa korang pandang aku macam tu?"

"Takde pape lah. Biasalah kalau ada raksasa datang tanpa bagi salam." jawab Rahmah bersahaja. Ain Nabilah sudah tertawa kecil mendengar jawapan Rahmah yang tak berapa bernas.

"Kenapa Azeerin?" tanya Ain Nabilah.

"Saja je. Saya nak tegur awak, tapi ada orang lain potong line awak pulak." Rahmah mula mencebik.

"Ada-ada aje awak ni." ujar Ain Nabilah sambil tersenyum.

Azeerin seorang lelaki hitam manis. Dia merupakan anak pensyarah UKM. Lelaki ini juga menyimpan rasa cinta terhadap Ain Nabilah sejak di tingkatan 1 lagi. Namun ditolak baik oleh Ain Nabilah. Walaupun cintanya ditolak, dia tetap setia menunggu Ain Nabilah membuka pintu hatinya untuk menerima dia tanpa jemu. Hanya Ain Nabilah bertakhta dihatinya walaupun ramai pelajar perempuan lain menyukainya.

"He.... He... He... Awak dah tahu tentang anak datuk tu?"

"Ha, Kenapa dengan anak datuk tu?" Rahmah menyampuk lagi.

"Aku tak cakap dengan kaulah."

"Alah, aku cuma tanya kenapa je. Tu pun salah ke?"

"Salah disisi undang-undang aku."

"Undang-undang kau tu sah ke?"

"Sah lah."

"Apa bukti?"

"Buktinya kau cari sendiri."

Rahmah terdiam. Ain Nabilah sudah menutup mulutnya. Lucu melihat pertengkaran kecil si Rahmah dan Azeerin.

"Ceritalah Azeerin, si Rahmah nak tahu."

"Aku ke kau yang nak tahu?"

"Alah cerita je lah."

"Okey..okey.. katanya Shafiq, Arshad, Irwan dengan Maya dapat special punya tempat belajar. Dekat bilik kesihatan yang lama."

"OOO.. Patutlah aku tengok hari tu orang renovate bilik tu."

"Biasalah anak orang kaya, mestilah kena belajar dalam suasana yang kondusif." ujar Azeerin.

"Aku dah agak dah mesti diaorang dapat layanan istimewa punya." kata Rahmah. Ain Nabilah membisu.

"Apa yang kau dah agak Rahmah?" tanya Wani yang tiba-tiba muncul bersama-sama Balqis.

"Aku dah agak kau akan datang menyampuk."

"Kau ni, aku tanya elok-elok, kau memperolokan aku pulak."

"Mana ada. Aku cuma cakap benda yang betul je."

"Sudah-sudahlah Wani dan Rahmah oi." tegur Azeerin. Ain Nabilah dan Balqis hanya menggeleng dan tersenyum.


Kringggggggggggg...! Loceng sekolah berbunyi. Menandakan sudah tamat waktu persekolahan. Azeerin sudah mengorak langkah untuk pulang turut serta Wani, Balqis dan Rahmah. Ain Nabilah tidak pulang kerana kelas biologi berjalan seperti biasa. Walaupun mereka sahabat bersahabat sampai mati tetapi pilihan subjek elektif tetap berbeza.


"Ain, kita orang balik dulu. Bye. Jumpa esok."


Rahmah dan yang lain melambai ke arahnya. Ain Nabilah membalas dengan anggukan. Ain Nabilah duduk di kerusinya dan mengeluarkan beg kain telekung lalu bangun terus mengatur langkah ke surau sekolah untuk menunaikan solat Zohor.


"Ya ALLAH Ya Tuhanku, Engkau bukakanlah pintu hatiku untuk menerima segala ilmu yang dicurahkan oleh guru-guruku. Engkau ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan Engkau ampunilah dosaku. Amin." usai berdoa Ain Nabilah terus menanggalkan telekungnya. Dia menyarung kembali tudungnya dengan rapi. Dia bersiap-siap untuk pulang ke kelas. Dalam dia bersiap-siap, hatinya dipagut perasaan aneh. Dia berasa tidak keruan. Jantungnya bergedup kencang. Namun dia menyedapkan hatinya dan terus meninggalkan rumah ALLAH itu.


Suasana sekolah yang sunyi membuatkan dia merasa seram. Langkahnya dipercepatkan namun ada pulak orang yang menghalang dia.


"Hai awek cun." tegur lelaki itu dengan berani mencuit dagunya.


Mencerlung mata Ain Nabilah memandang lelaki itu sambil menepis jari yang mencuit dagunya itu. Ain Nabilah ingin melanjutkan langkahnya namun terbantut dek halangan dua lagi rakan lelaki itu.


"Garangnya awek ni."


"Apa yang awak nak ha?"


"Nak kenal je. Tak boleh ke?"


"Tolonglah jangan kacau saya."


"Mana ada aku kacau kau."


"Suruhlah kawan awak ni ke tepi, saya nak cepat ni."


"Sabarlah dulu sayang." kata lelaki itu dengan berani meraih tangan Ain Nabilah. Ain Nabilah cepat-cepat menarik tangannya.


"Sebelum saya menjerit, baik korang semua ketepi." ugtu Ain Nabilah. Mereka ketawa terbahak-bahak mendengar ugutan Ain Nabilah.Tiba-tiba lelaki itu bertukar menjadi serius.


"Cuba kau menjerit aku nak dengar.!" suaranya meninggi.


"Awak jangan cabar saya." 


"Jeritlah!!!!" kuat suaranya. Kedua rakannya sudah tertawa kecil melihat wajah pucat Ain Nabilah.


"Kau dengar sini perempuan miskin, kau jangan ingat selepas kau lempang aku, aku akan sembah dan sujud dikaki kau sebab takutkan penampar kau.!" kata lelaki itu sambil mencengkam dagu Ain Nabilah. Air matanya sudah mengalir satu persatu daripada kelopak matanya. Dia tidak berdaya untuk melawan lelaki itu lagi.


"Bro, sini sekejap." Panggil kawannya. Ain Nabilah sudah jatuh terjelepok menangis disitu.Lelaki itu berbisik dengan rakannya. Tak lama kemudian pecah tawa yang kuat dari ketiga-tiga lelaki itu. Pastinya satu muslihat jahat sedang dirancang.


Shafiq Iqbal menarik tangan Ain Nabilah untuk bangun.


"Kau bangun sekarang. Tahu pulak kau menangis, dulu waktu kau lempang aku, bukan main lagi macam superwoman."


"Ma..af..kan.. sa..ya.." ujar Ain Nabilah dalam sendunya. Tidak tahu mengapa air matanya begitu mudah untuk mengalir.


"Kau dengar sini perempuan, mulai esok untuk menebus kesilapan kau  pada aku, kau kena jadi kuli batak aku ! Kau faham tak??!!" tengking Shafiq Iqbal di tepi telinga Ain Nabilah. Matanya terpejam rapat tidak mahu melihat wajah lelaki itu.


"Hey perempuan miskin, kau dengar tak ni? ke kau dah pekak?"


Ain Nabilah hanya mengangguk. Apa lagi yang boleh dia lakukan? ketiadaan pelajar lain disitu, menyebabkan Shafiq Iqbal dan rakan-rakanya sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja.


"Good girl. Lagi satu peringtan daripada aku, jangan sekali-kali kau laporkan pada cikgu atau kawan-kawan baik kau tu. Kalau kau buka mulut, nahas kau aku kerjakan."


Walaupun pipi Ain Nabilah sudah lecun dek air mata, namun tidak dihiraukan langsung oleh Shafiq Iqbal dan rakannya. Mereka terus meninggalkan Ain Nabilah dengan tawa yang riang sekali dapat mempermainkan perempuan itu. Ain Nabilah terhenjut-henjut menahan air mata daripada terus mengalir dan dia terkulai sekali lagi. Sungguh kejam lelaki itu menghina dan menengkingnya di hadapan rakan-rakannya. Air matanya terus mengalir. Apakah dugaan yang bakal di hadapi oleh Ain Nabilah? Itu balasan selepas dia menampar lelaki itu? atau ada maksud tersirat disebalik kejadian ini?