BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

My Birthday

Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, August 10, 2011

Musuh= KEKASIH 1

Aku memang benci dia! Benci sebencinya! Kenapa dia perlu hadir dalam hidup aku? Arghhhhh! Nak je aku mencarut dan memaki hamun dia tika ini. Tapi aku seorang wanita. Ya, seorang wanita yang perlu bersikap sopan santun. Tetapi disebabkan ketidaksopan santunan dia, aku boleh bertukar menjadi Hantu Kak Limah dan segala benda yang menakutkan.

“Woi Salimah! Sini sekejap.”panggil dia.

Langkah aku yang pantas tadi tiba-tiba mati. Aku menoleh. Dia lagi? Apa dia nak?
Dia berjalan mendekati aku. Ish time aku nak cepat, ada je ‘batu’ yang menghalang. Crap!

“Apa kau nak?” soalku dengan muka dengan sengajaku masamkan.

Kereknya minah ni.”

“Apa kau cakap?”

“Kau kerek.


Kau? Menjengkelkan!” jawabku dengan nada menyampah.

“Kalau layan kau yang memang terputus urat saraf di kepala ni, memang sampai biler pun aku akan terganggu. Aku nak kau sediakan semua barangan untuk Hari Koperasi esok. And about the money, you can ask Saiful. Get it?

“Kau apa guna? Mulut kau yang ala-ala cabai tu pandai mengarah je erk?”

“Aku ketua sekarang ni. Kau hanya ahli biasa dan layak diberi arahan.”

“Oh yeker? Setelah kau berkata-kata yang lagaknya macam CEO syarikat sampah, jelas sekali kau bukan ketua yang baik.”

“Dan kau adalah anak buah yang pertama sekali akan ‘dipecat’ oleh aku.” Jawabnya dengan mata yang berapi. Bengang!

Aku terdiam. Takut. Dalam hati, “Who care?

Dia berlalu macam tu je. Yang paling penting tugas yang dia bagi dekat aku. Okey, gerai kami esok akan menyediakan makanan ala-ala KFC sedikit disebabkan oleh ketua kami yang sangat menyukai KFC. Makanan yang dibawah pengaruh Yahudi.

Seperti biasa, kentang berkeju, ayam goreng bersalut petung, kentang goreng, ayam bersalut capati, burger yang berganda daging ayamnya dan pelbagai lagi.

Kalau dihitung bahan-bahannya, =BANYAK. Nak mencarinya aku seorang?

Tuhan tolong aku!!!!!

P/s: Maaf, sikit sangat! hehe

0 comments: