Assalamualaikum.......
Hari ni dah masuk hari yang ke-6 kita berpuasakan? Ibadah kawan-kawan macam mana? Agak-agak meningkat tak ibbdah kita di bulan yang suci lagu mulia ini? Persoalan itu hanya kita yang boleh jawab. Ianya terletak pada diri kita sendiri. Bula Ramadhan kali ini amat mencabar bagi Azim sebab banyak aktiviti yang Azim kena buat. MENULIS KISAH CINTA memang out of listlah kawan-kawan. Tapi, jangan risau kalau ada masa Azim akan cuba menaip dan post dalam blog okey?
Yang pertama, Azim sekarang sibuk menolong jiran berniaga di Bazar Ramadhan. Seronok tu memang seronok tapi tau-tau jelah dengan cuaca yang tersangat-sangatlah panas(ujian kita di bulan Ramadhan) membuatkan Azim rasa nak je bukak puasa! Tambahan pula, gerai Azim memang di apit oleh gerai yang menjual air. Tersangat-sangatlah menguji tahap kesabaranku. Azim memang takde langsung waktu nak rehat. Balik sekolah jer mandi, solat, bersiap-siap terus pergi berniaga! Letih tahap gaban! Rasa nak undur diri tapi Azim perlukan duitttttt!
DUIT TAK DATANG BERGOLEK TANPA USAHA KITA SENDIRI
P/s: Ini bukan gambar gerai saya. |