BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

My Birthday

Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, February 24, 2011

Debaran kian terasa....

Sebut pasal debaran..apa korang ingat debaran ANUGERAH BINTANG POPULAR ke? Atau ANUGERAH JUARA LAGU yang dah lama berlalu? haissshh,bukan la...tetapi debaran PESTA PANTUN yang akan diadakan pada minggu hadapan (02.03.2011).


Nampak tak jantung aku ni berdegup macam nak tunggu result peperiksaan??hehe...ish tapi memang bergedup kencang la..macam ada awek cun duk dekat sebelah je.(SENGAL(!)).Hmmm,Speanjang minggu ni,latihan dijalankan dengan sekerap mungkin.

Dalam waktu yang sama,minggu ni pihak sekolah mengadakan latihan rumah sukan sempena sukan tahunan yang akan diadakan tak lama lagi.So,ni salah satu kaedah atau cara untuk meloloskan diri  dari terlibat dengan latihan sukan...mana tidaknya,duduk kat padang yang panasssssss tu,tak ke aku asyik nak tepek krim Fair & lovely je! taknak2.....

Sememangnya aku ni lemah bab2 sukan ni..Aku boleh masuk satu acara je,iaitu acara PENONTON SEKALIGUS PENYORAK.waktu sekolah rendah dulu aku aktif sukan..bila naik sekolah menengah ni,hambikkkk kau ! satu sukan pun aku tak ceburi...

Berbalik pada pesta pantun tadi,aku ceritaa cikit la pasal formatt terbaru pantun ni..sebab terngiang-ngiang dialog"ce cite...ce cite...ce cite.."dalam filem HANTU K.LIMAH BALIK RUMAH.hahaha...begini format terbarunya:

1.Pihak sekolah hendaklah menyediakan 5 orang pemantun
2.Tiga pemantun dikehendaki duduk dihadaapan.(AKU,PENDI dan 
   AINI)
3.Dua pemantun simpanan dibelakang.(UMMI dan WANI)
4.Pemantun ke-4 dikehendaki memperkenalkan para pemantun.
5.Pemantun ke-5 dikehendaki menjalankan sesi jual beli pantun.

Macam tu la format terbaru.Dari segi intonasi dan gaya aku dah bersedia kalau dari segi idea untuk mengarang pantun tu,aku belom lagi bersedia...waaaaaaa ! macam mana ni????Aku rasa antara PANTUN,PIDATO,BAHAS ALA PARLIMEN gituuuuuuu dan jugak FORUM REMAJA,, PANTUN mendahului carta PALING PAYAH ! ;'(

Petang tepat pukul 3 kiteorang akan berjumpa dalam bilik guru.Dan berlatih la..apa lagi?????????Masing-masing dah dengar macam mana diaorang berpantun...Ada sorang budak ni,aku x berapa yakin! dia punya suara slow la.....Kalah perempuan melayu terakhir uollsssssssssss!tapi aku taknak cakap apa2 just aku cuma nasihatkan dia agar lantang kan cikit suara dia dan dia ni pelat R.Kesian..waktu dia berpantun,ada ke patut kawan2 dia gelakkan dia??????kesian..

Aku cuma berdoa agar waktu bertanding nanti,banyak la idea yang datang....... wish me luck baby ! :D

Wednesday, February 23, 2011

Hidupku yang kelam-kelibut 'sebenarnya'

~Bangun pagi gosok gigi (sambil nyanyi lagu BANGUN PAGI GOSOK GIGI tu.)


~Pakai baju sekolah dengan tertib dan yang sudah diseterika.huh! tegang je baju sekolah ni..eh! silap hari ni mana pakai baju kemeja sekolah..pakai baju t-shirt unit beruniform la!


~Duduk termenung sambil menunggu azan subuh berkumandang untuk menunaikan perintah yang Esa.Setelah azan,solat subuhku tunaikan dengan khusyuk!


~Sarapan sehingga tidak sedar sudah lewat pergi ke tempat bas.Dengan kelam kabut pakai kasut terus salam mak dan ambil duit belanja.Terus lari tanpa memikirkan botol air yang tertinggal.Ditengah jalan,baru perasaan..lari kembali ke rumah ambil botol air.


~Sambil berlari,tidak sedar ada pakcik hendak ke masjid dan nyaris-nyaris merempuh aku.Keadaan ini boleh dikatakan setiap hari berlaku.(Pakcik tu nak selalu nak langgar aku sebab dia pun sama dengan aku yang kelam kabut nak pergi masjid manakala aku pulak nak pergi tempat bas.)


~Sampai tempat bas,naik bas sambil tercungap-cungap cari udara yang segar.Kadang-kadang sampai tertidur dalam bas sementara menunggu sampai ke sekolah.


~Tiba disekolah mula la buat kerja rumah yang tertangguh.


Begitulah seterusnya..hari-hari yang sangat letih bagiku..tapi demi mengecapi kejayaan dalam SPM aku sanggup rentas lautan api sekalipun..hehehe :)

Tuesday, February 22, 2011

Aku yang.........

Salam...kenapa sejak kebelakangan ini aku berasa sangat-sangat tidak bersemangat untuk meneruskan hidup yang penuh pancaroba ini? semangatku seolah-olah pergi dibawa arus sungai yang deras mengalir.Tumpuanku terhadap pelajaran tidak seperti dulu.Sentiasa malas dan terus lesu.Apakah cubaan ini Tuhan?aku sedar saat getir ini,banyak godaan yang datang untuk menyukurkan aku dalam medan ilmuan ini.Tapi aku seolah-olah khayal dan terus larut...Kebahagian yang aku ingini tak tercapai lagi..sehingga kini aku masih tercari-cari dan terus mencari..Dimana letaknya kebahagiaan itu?


P/s : Malam ni hati ni,terusik sedikit.

i'm speechles !

Jantungku bergedup kencang apabila teacher Norhayati mengumumkan program SPOT TALK sempena ENGLISH DAY.

"Kamu jangan lupa cari bahan untuk bercakap di perhimpunan nanti.Nama akan dipilih secara rambang.Jadi,Saya nak semua orang bersedia dengan toyol(nota kecil)."jelas Puan Norhayati.

Aku dan rakan yang lain hanya berteka-teki siapakah diantara kami yang akan bertuah dipanggil untuk berucap dalam bahasa inggeris di hadapan semua pelajar.

Tibanya hari yang dinantikan,aku pergi ke sekolah..Pada malam tadi aku berfikir bagaimana jikalau aku yang dijemput,jadi sebagai langkah keselamatan,aku telah fikirkan beberapa perkara untuk dipersembahkan esoknya..Pagi yang hening tu,kawanku Fauzan,Uzair dan Che apendi datang ke mejaku dan berbincang fasal program tersebut.

Dalam sibuk mereka berbincang,aku bersuara.
"Alah kalau aku kena panggilm,Aku cakap macam ni je..Good morning to our Principal,En.Awang bin Yahya..eh silap-silap.En.Yahya bin Awang,senior asisstants En.Ismail bin Abas En.Abd latif bin Mat Ali teachers and fellow students..thats all for today muahhhhhhhh!" Dengan angkuh sekali aku berkata.

Semua pelajar diarahkan untuk beratur.Aku berdebar-debar.Sangkaku, pelajar perempuan akan terpilih untuk program tersebut.

Selesai pengawas yang bertugas memberi arahan kepada pelajar,guru yang bertugas dipanggil untuk mencabut nama pelajar.Aku semakin berdebar-debar..Tiba-tiba namaku disebut! terus mataku berpinar-pinar dan pengsan,terkulai layu disitu.

Eh! mana ada,aku pun dengan keadaan terpaksa pergi ke hadapan dan bercakap dalam bahasa inggeris..keputusannya,HANCUSSSSSSS ! ! ! ! :)


p/s : Jangan sesekali kita bercakap besar ! :)

Monday, February 21, 2011

SPOT TALK "kau mampu?"

Salam semua...selamat petang! sebelum aku pergi mandi,basuh baju,and jemur baju, pastu solat,aku nak share pasal hari esok SELASA.Esok ada SPOT TALK ! aku sangat2 nervous sebab tak pernah cakap depan khalayak ramai dalam BAHASA INGGERIS. kalau mengarang bahasa inggeris tu boleh la jugak dapat markah 24/35..hehehehe..memang lemah bahasa inggeris aku ni..cuma ada jugak kadang2 cakap bahasa inggeris kan?harusssssss ! hmmmm,aku ni mmg x ready nak apa2 topik untuk spot talk esok..sebab aku rasa nama aku x mungkin dicabut esok(wah ! confident giler!)dibuatnya esok nama aku yang seru,agak2 okey tak idea aku nak berlakon pengsan atau buat2 x dengar nama aku dipanggil?ish,aku rasa tu alasan mengarut..tak mungkin aku boleh pengsan serta merta..mesti teacher ddatang simbah aku dengan pili bomba,bukan panggil bomba datang selamatkan aku..ish222222 malu la kalau kena seru esok ! tak tahu nak talk pasal apa....ko  boleh suggest?mana tau idea last minute korang boleh bagi inspirasi tuk aku??? :D

Saturday, February 19, 2011

Ragamku yang sengal !

Salam semua...hendaknya dalam keadaan sejahtera la ye..?hari bosan so,update la blog ni...ni kejadian petang semalam apabila aku dah bosan menghadap laptop dengan kerja sekolah yang cikgu bagi macam gunung everest tingginya..tp sempat jugak aku ni mentelaah novel yang baru aku beli.hehehehe..Dari jauh aku nampak Sarah menyapu sampah.."hoi !" Sarah berpaling...aku mempercepatkan lagi langkah tidak sedar ada batu bata depan tu...aku tersadung and terus melatah.."oi mak aku nak kawin lagi !"huh! kalau mak aku dengar nie mesti semua periuk,kuali,belanga beterbangan atas kepala aku ni ha...dari situ juagk aku nampak Sarah mengekek gelak.."ish ! sapa la yang tak sivik letak batu bata ni??buatnya aku jatuh tercedera mcm mne?dah la jalan mati ni takde insurans keselamatn !"bebelku...Sarah mmg dah biasa dengan kerenah aku..and aku rapat sangat dengan dia...samapai mak dia nak jodohkan kami orang...ish,ni aku malu ni...>.<..hehehehehe.."apa hal ko dtg petang ni?"sarah tanya aku mcm aku ni x biasa dtg rumah dia..sengal jep..."jom r duk kat boyan tu...sakit kaki aku ni ha.."kami pun pergi la dekat boyan yang ala2 boleh jadi bahan warisan jengka sebelas..nasib baik aku ni x berat sangat,lau x mesti roboh boyan tu...."eh,ko makin putih r lama x tengok ko"sarah memuji.."da tu sebelum ni aku hitam la?"sengal jew..."hmmmm,sambutan maulidur rasul kat sekolah macam mana?"aku bertanya."okey je..PBSM menang pertandingan SEPANDUK PALING CANTIK".."yeker?ish x cayakan?padahal aku la yang warna kan tu..(ada jugak budak lain yang kaler and yang tolong lukis cikgu Ghazali..saja aku nak over2 cikitkan....??hahahah)cantik tak aku buat???ha ko mesti x cayakan??"...Sarah mencebik...yang paling x tahan,aku da tau sapee yang menang sapa yang kalah...so aku ni propa jew depan dia..hahah,,motif??? xtau la...saja menyengalkan diri kot.."eleh setakat cikgu ghazali yang buatkan wat mende??".."tapi lau xde orang yang kaler mesti x cantik."aku back up diri aku sendiri.kah..kah..kah...sedang kami rancak berborak a.k.a bergosip,lalu awek yang x berapa cun tp bajet cun ?korang paham x ayat aku ni? bukan kali pertama kami tgk dye lalu lalang dekat jengka 11 ni..setiap petang mengukur perimeter jengka 11 sebab ada dalam soalan PMR nanti kot..sebab tu dia asyik mengukur jer...aku pon bersuit..si budak gedik tu pandang and berlalu...uhhh ! sengal...dah la aku tgk baju yang sama je dye pakai...kaler merah..dah la dye gelap,pakai pulak baju kaler merah....korang boleh bayangkan??she's can be KELING JENGKA.hahahahahaaahaha..x baiknya aku  kutok orang..Sarah bersungut...."ish,menyampah aku tenngok dia ! gedik betol !"luah sarah.."aku pun."kata aku..."dia dekat sekolah mesti x bawak telekung,"lantas aku menyampuk,"x subur kot.."hahahahahahahahha..dua2 gelak...mmg byk r kita org kutuk dia sambil tu banyak jugak dosa kita org sebab kutuk dia...hahahahahhahahaha...agak lama bersembang,aku terus pulang....

Thursday, February 17, 2011

kenapA dia JADI BEGINI?

ASSALAMUALAIKUM...hai semue..hehe..update lagi! okey hari ni,aku nak cerita pasal salah seorang kawan aku..bukan niat diri ini nak mengaibkan dia..tp aku tak kan dedahkan identiti dia.Sewaktu aku darjah 5 dibangku sekolah rendah dan dia darjah 4.Sebenarnya dia kawan anak jiran aku..aku dengan si jiran aku ni memang rapat sejak kecil lagi..okeylah aku gelarkan jiran aku ni S.S ni kawan si dia ni..si dia ni pulak aku gelarkan dia A..masa tu aku belum lagi kenal dia dan dia pun x kenal aku kot..sekolah aku menjalankan latihan rumah sukan..aku rumah MERAH kebetulan sama pulak dengan S dan A..so, nak jadikan cerita.mak aku petang tu x boleh nak hantar aku ke sekolah,aku pun pesan la dekat S..
"S,nanti kalau nak pergi latihan sukan,kite pergi sama-sama ek ? petang ni mak aku x boleh nak hantar la..ada kerja sikit"cakap aku..
"oh yeker?okey2..tp kite jalan kaki la..lagipun A nak pergi dgn aku jugak.."
"okey..tapi A tu sape?"tanya aku.
"ala A abg dia cikgu tu"kata S.
"hmmmm, tak kenal lah."
tepat pukul lima petang aku dah congok depan rumah S.punyalah excited nak pergi latihan sukan.
"azim,masuklah dulu..kita tunggu A kejap."arah S.
aku ni bagai kerbau dicucuk hidung pun masuk je lah..hmmmmmmm,dalam 15 minit kita orang tunggu si A,akhirnya dia pun muncul.
"assalamualaikum"sapa A.
"ha ! tu dia dah datang"tanpa byk menyoal aku follow je la S.
tiba-tiba hati aku berkata,oh dia ni..kenal-kenal....so mulai dari situ kita orang jadi rapat and selalu main sama2..zaman budak-budakkan..oh lupe nak bagitau,abg si S nak dgn A ni tapi A buat ta lyn..kah3..lama-kelamaan,perangai dia makin berubah dah terus hanyut dalam hasutan nafsu sehinggalah sekarang...dia curi duit senyap2,curi handphone abg S,dia seolah-olah tak mengenal erti malu..walaupun dia seorng anak gadis yang manis..semenjak tu aku dgn S menjauhkan diri dari dia..dan dia pon semakin jauh dari kebaikkan..terus hanyut..kesian aku tgk dia sekarang..dah ada ****..mak dia dengar cerita dah jatuh sakit,,ayah dia yang sudah pergi meninggalkan dunia yang fana ini...aku sentiasa mendoakan dia agar tidak terpesong lagi..