BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

My Birthday

Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, February 22, 2011

Aku yang.........

Salam...kenapa sejak kebelakangan ini aku berasa sangat-sangat tidak bersemangat untuk meneruskan hidup yang penuh pancaroba ini? semangatku seolah-olah pergi dibawa arus sungai yang deras mengalir.Tumpuanku terhadap pelajaran tidak seperti dulu.Sentiasa malas dan terus lesu.Apakah cubaan ini Tuhan?aku sedar saat getir ini,banyak godaan yang datang untuk menyukurkan aku dalam medan ilmuan ini.Tapi aku seolah-olah khayal dan terus larut...Kebahagian yang aku ingini tak tercapai lagi..sehingga kini aku masih tercari-cari dan terus mencari..Dimana letaknya kebahagiaan itu?


P/s : Malam ni hati ni,terusik sedikit.

i'm speechles !

Jantungku bergedup kencang apabila teacher Norhayati mengumumkan program SPOT TALK sempena ENGLISH DAY.

"Kamu jangan lupa cari bahan untuk bercakap di perhimpunan nanti.Nama akan dipilih secara rambang.Jadi,Saya nak semua orang bersedia dengan toyol(nota kecil)."jelas Puan Norhayati.

Aku dan rakan yang lain hanya berteka-teki siapakah diantara kami yang akan bertuah dipanggil untuk berucap dalam bahasa inggeris di hadapan semua pelajar.

Tibanya hari yang dinantikan,aku pergi ke sekolah..Pada malam tadi aku berfikir bagaimana jikalau aku yang dijemput,jadi sebagai langkah keselamatan,aku telah fikirkan beberapa perkara untuk dipersembahkan esoknya..Pagi yang hening tu,kawanku Fauzan,Uzair dan Che apendi datang ke mejaku dan berbincang fasal program tersebut.

Dalam sibuk mereka berbincang,aku bersuara.
"Alah kalau aku kena panggilm,Aku cakap macam ni je..Good morning to our Principal,En.Awang bin Yahya..eh silap-silap.En.Yahya bin Awang,senior asisstants En.Ismail bin Abas En.Abd latif bin Mat Ali teachers and fellow students..thats all for today muahhhhhhhh!" Dengan angkuh sekali aku berkata.

Semua pelajar diarahkan untuk beratur.Aku berdebar-debar.Sangkaku, pelajar perempuan akan terpilih untuk program tersebut.

Selesai pengawas yang bertugas memberi arahan kepada pelajar,guru yang bertugas dipanggil untuk mencabut nama pelajar.Aku semakin berdebar-debar..Tiba-tiba namaku disebut! terus mataku berpinar-pinar dan pengsan,terkulai layu disitu.

Eh! mana ada,aku pun dengan keadaan terpaksa pergi ke hadapan dan bercakap dalam bahasa inggeris..keputusannya,HANCUSSSSSSS ! ! ! ! :)


p/s : Jangan sesekali kita bercakap besar ! :)

Monday, February 21, 2011

SPOT TALK "kau mampu?"

Salam semua...selamat petang! sebelum aku pergi mandi,basuh baju,and jemur baju, pastu solat,aku nak share pasal hari esok SELASA.Esok ada SPOT TALK ! aku sangat2 nervous sebab tak pernah cakap depan khalayak ramai dalam BAHASA INGGERIS. kalau mengarang bahasa inggeris tu boleh la jugak dapat markah 24/35..hehehehe..memang lemah bahasa inggeris aku ni..cuma ada jugak kadang2 cakap bahasa inggeris kan?harusssssss ! hmmmm,aku ni mmg x ready nak apa2 topik untuk spot talk esok..sebab aku rasa nama aku x mungkin dicabut esok(wah ! confident giler!)dibuatnya esok nama aku yang seru,agak2 okey tak idea aku nak berlakon pengsan atau buat2 x dengar nama aku dipanggil?ish,aku rasa tu alasan mengarut..tak mungkin aku boleh pengsan serta merta..mesti teacher ddatang simbah aku dengan pili bomba,bukan panggil bomba datang selamatkan aku..ish222222 malu la kalau kena seru esok ! tak tahu nak talk pasal apa....ko  boleh suggest?mana tau idea last minute korang boleh bagi inspirasi tuk aku??? :D

Saturday, February 19, 2011

Ragamku yang sengal !

Salam semua...hendaknya dalam keadaan sejahtera la ye..?hari bosan so,update la blog ni...ni kejadian petang semalam apabila aku dah bosan menghadap laptop dengan kerja sekolah yang cikgu bagi macam gunung everest tingginya..tp sempat jugak aku ni mentelaah novel yang baru aku beli.hehehehe..Dari jauh aku nampak Sarah menyapu sampah.."hoi !" Sarah berpaling...aku mempercepatkan lagi langkah tidak sedar ada batu bata depan tu...aku tersadung and terus melatah.."oi mak aku nak kawin lagi !"huh! kalau mak aku dengar nie mesti semua periuk,kuali,belanga beterbangan atas kepala aku ni ha...dari situ juagk aku nampak Sarah mengekek gelak.."ish ! sapa la yang tak sivik letak batu bata ni??buatnya aku jatuh tercedera mcm mne?dah la jalan mati ni takde insurans keselamatn !"bebelku...Sarah mmg dah biasa dengan kerenah aku..and aku rapat sangat dengan dia...samapai mak dia nak jodohkan kami orang...ish,ni aku malu ni...>.<..hehehehehe.."apa hal ko dtg petang ni?"sarah tanya aku mcm aku ni x biasa dtg rumah dia..sengal jep..."jom r duk kat boyan tu...sakit kaki aku ni ha.."kami pun pergi la dekat boyan yang ala2 boleh jadi bahan warisan jengka sebelas..nasib baik aku ni x berat sangat,lau x mesti roboh boyan tu...."eh,ko makin putih r lama x tengok ko"sarah memuji.."da tu sebelum ni aku hitam la?"sengal jew..."hmmmm,sambutan maulidur rasul kat sekolah macam mana?"aku bertanya."okey je..PBSM menang pertandingan SEPANDUK PALING CANTIK".."yeker?ish x cayakan?padahal aku la yang warna kan tu..(ada jugak budak lain yang kaler and yang tolong lukis cikgu Ghazali..saja aku nak over2 cikitkan....??hahahah)cantik tak aku buat???ha ko mesti x cayakan??"...Sarah mencebik...yang paling x tahan,aku da tau sapee yang menang sapa yang kalah...so aku ni propa jew depan dia..hahah,,motif??? xtau la...saja menyengalkan diri kot.."eleh setakat cikgu ghazali yang buatkan wat mende??".."tapi lau xde orang yang kaler mesti x cantik."aku back up diri aku sendiri.kah..kah..kah...sedang kami rancak berborak a.k.a bergosip,lalu awek yang x berapa cun tp bajet cun ?korang paham x ayat aku ni? bukan kali pertama kami tgk dye lalu lalang dekat jengka 11 ni..setiap petang mengukur perimeter jengka 11 sebab ada dalam soalan PMR nanti kot..sebab tu dia asyik mengukur jer...aku pon bersuit..si budak gedik tu pandang and berlalu...uhhh ! sengal...dah la aku tgk baju yang sama je dye pakai...kaler merah..dah la dye gelap,pakai pulak baju kaler merah....korang boleh bayangkan??she's can be KELING JENGKA.hahahahahaaahaha..x baiknya aku  kutok orang..Sarah bersungut...."ish,menyampah aku tenngok dia ! gedik betol !"luah sarah.."aku pun."kata aku..."dia dekat sekolah mesti x bawak telekung,"lantas aku menyampuk,"x subur kot.."hahahahahahahahha..dua2 gelak...mmg byk r kita org kutuk dia sambil tu banyak jugak dosa kita org sebab kutuk dia...hahahahahhahahaha...agak lama bersembang,aku terus pulang....

Thursday, February 17, 2011

kenapA dia JADI BEGINI?

ASSALAMUALAIKUM...hai semue..hehe..update lagi! okey hari ni,aku nak cerita pasal salah seorang kawan aku..bukan niat diri ini nak mengaibkan dia..tp aku tak kan dedahkan identiti dia.Sewaktu aku darjah 5 dibangku sekolah rendah dan dia darjah 4.Sebenarnya dia kawan anak jiran aku..aku dengan si jiran aku ni memang rapat sejak kecil lagi..okeylah aku gelarkan jiran aku ni S.S ni kawan si dia ni..si dia ni pulak aku gelarkan dia A..masa tu aku belum lagi kenal dia dan dia pun x kenal aku kot..sekolah aku menjalankan latihan rumah sukan..aku rumah MERAH kebetulan sama pulak dengan S dan A..so, nak jadikan cerita.mak aku petang tu x boleh nak hantar aku ke sekolah,aku pun pesan la dekat S..
"S,nanti kalau nak pergi latihan sukan,kite pergi sama-sama ek ? petang ni mak aku x boleh nak hantar la..ada kerja sikit"cakap aku..
"oh yeker?okey2..tp kite jalan kaki la..lagipun A nak pergi dgn aku jugak.."
"okey..tapi A tu sape?"tanya aku.
"ala A abg dia cikgu tu"kata S.
"hmmmm, tak kenal lah."
tepat pukul lima petang aku dah congok depan rumah S.punyalah excited nak pergi latihan sukan.
"azim,masuklah dulu..kita tunggu A kejap."arah S.
aku ni bagai kerbau dicucuk hidung pun masuk je lah..hmmmmmmm,dalam 15 minit kita orang tunggu si A,akhirnya dia pun muncul.
"assalamualaikum"sapa A.
"ha ! tu dia dah datang"tanpa byk menyoal aku follow je la S.
tiba-tiba hati aku berkata,oh dia ni..kenal-kenal....so mulai dari situ kita orang jadi rapat and selalu main sama2..zaman budak-budakkan..oh lupe nak bagitau,abg si S nak dgn A ni tapi A buat ta lyn..kah3..lama-kelamaan,perangai dia makin berubah dah terus hanyut dalam hasutan nafsu sehinggalah sekarang...dia curi duit senyap2,curi handphone abg S,dia seolah-olah tak mengenal erti malu..walaupun dia seorng anak gadis yang manis..semenjak tu aku dgn S menjauhkan diri dari dia..dan dia pon semakin jauh dari kebaikkan..terus hanyut..kesian aku tgk dia sekarang..dah ada ****..mak dia dengar cerita dah jatuh sakit,,ayah dia yang sudah pergi meninggalkan dunia yang fana ini...aku sentiasa mendoakan dia agar tidak terpesong lagi..

Wednesday, February 16, 2011

MASUK PERTANDINGAN PANTUN..

Salam semue....ape khabar sihat?hendaknya okay lah ye... ?hehehe..okey,hari ni aku nak story sikit pasal pertandingan pantun...pada minggu lepas(hari khamis) aku ada KURSUS MINIT MESYUARAT  dalam bilik gerakan yang dianjurkan oleh ANGKASA. Nak tau angkasa tu ape?bukan watak dalam novel HINGGA KE AKHRINYA  by SITI NUR DHUHA hehehe..angkasa tu ape ek ?? aku pon x ingt dah..hehehehhhehe..korang tahu tak,sewaktu ketiadaan aku,pandai-pandai jer si CHE APENDI (my bestfren dalam kelas) suggest nama aku dekat cikgu sharipah(my BM teacher)..korang nak tahu sebab ape dia suggest nama aku ? sebab dia pon kene msk jgk..kah..kah..kha..dia siap ckp mcm ni lagi
"azim,kite kena buat all out azim...supaya kita boleh menang!"
 kalau korang nak tau,dia nie memang over confident..hahahahha tapi best kawan dgn dia...happy jew....
korang agak-agak aku boleh x berpantun ?hehehe..tu kita tggu dan lihat...sebenarnya aku dah lame x bercakap dikhalayak ramai..agak nervous la jugak...kalau dulu waktu sekolah rendah aku pernah ajar kawan aku berpidato and aku pon pernah masuk kejuaraan tu...tp peringkat sekolah jer la..hehhehehehe..tp sewaktu aku form 1 and 2,aku duduk hostel so,hostel ade anjur program ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG  jadi warden and exco asarama nak aku jd pemidato in ENGLISH okey..??hahahhahaha..tp sayangnya aku terpaksa tarik diri sebab ade kakak form 3 nak kan pidato tu..so aku lepaskan lah pertandingan tu...pada tahun berikutnya pulak,aku dicalonkan lagi..tp sayangnya,aku terpakse pergi ENGLISH AND CAMP NATIONAL LEVEL at CAMERON HIGHLANDS..cikgu suruh pilih mane satu aku nak?ofkos la aku pilih N.E.I.C dah la national level..so buat kedua kalinye akun x dpt pergi anugerah tu...lepas tu aku pindah sekolah and x dpt la nak wakil asrama lagi.....selama 2 tahun aku berehat dari mewakili sekolah dalam sebarang pertandingan...so darah gemuruh aku tu datang balik..hehe..cube korang tgk video orang berpantun nie..agak2 aku boleh x aku berpantun mcam dekat atas tu ?? mcm pakcik tu ? tp aku xnak la tiru pakcik tu..hahahahahaha..tp aku nak buat SEHABIS BAIK mcm lagu ANA RAFFALI tu..hehehehehe..wish me luck okey??
SAYA SAYANG ANDA SEMUE...MUAHHHHHHHHHHHHHHHHHHH <3 <3 <3

Tuesday, February 15, 2011

SeMAngatKU yang PERGI a.k.a HILANG !

Salam guys ! Hari ni  hari yang sangat lemah bagi aku..maybe bukan hari ni kot..hari sebelum2 ni pon aku rasa macam MALAS je..entah bila rajin aku nak datang..dah la tahun ni penentu untuk masa depan aku..bila dekat sekolah mmg la aku nampak happy tapi sebenarnya dekat rumah aku mcm orang bodoh..asyik tidur je..homework mmg susah nak terangkan..kalau dikira,mmg kalah and mst pelajar prinsip perkaunan tercabar sbb kunci kira2 yg diaorang belajar pon x byk mcm homework aku..kah..kah..kah..kalau kelas kecemerlangan lagilah memenatkan..rasa nak tercabut badan2 aku ni..dengan kerja sekolah lagi lepas kelas lagi..mmg nonstop la..setiap malam aku tidur pukul 12 a.m..lepas tu banyak godaan yg aku hadapi..such as facebook(ranking pertama) kedua twitter..lps tu mcm2 benda la aku nak tgk dekat youtube..and then, aku nak daftar dekat program SKOR A tu tp kena charge la...nak bayar bil internet yg RM40.00 pun mak aku terkiyal-kiyal..kesian mak aku..aku akan teruskan walau badai melanda aku tetap akan berdiri teguh mengecapi kejayaan untuk disajikan to my mum ! walaupun kawan-kawan nampak mcm aku ni kuat bersembang dalam kelas..aku tetap akan berusaha..kalau dulu  aku selalu ceria, lepak-lepak dgn kawan dekat depan rumah..tapi sekarang x dah..rasa malas nak jumpa kwn..nak keluar rumah pon x nak..kalau orang lain macam banduan dekat penjara yg baru dilepaskan..excited giler2 nak kua rumah..aku ni ? suka duk congok..hehehehehhe :) ha ! lagu tekad ni by HAZAMI ni aku suka sangat2..sebagai pembakar semangat untuk aku yg dah tenggelam..so lagu ni untuk aku timbul balik la...hahahahaha ;)