Salam....
lama dah tak jenguk blog ni...
rindu sangat nak menulis dan kongsi dengan korang semua...
tapi SPM dah nak dekat so, Azim fokus pada SPM dulu...
nanti bila dah habis SPM comfirm Azim sambung balik semua
E-novel yang azim buat K?
azim habis SPM 30 NOVEMBER
so memang x sabar nak abis kan SPM lepastu sambung menulis semula....
okeylah kawan-2 doakan yang terbaik untuk Azim dalam SPM nanti Yaa?
MAY ALLAH BLESS
Monday, October 24, 2011
SPM semakin hampir......
Posted by azim alwiz at 2:03 AM 0 comments
Wednesday, August 10, 2011
Musuh= KEKASIH 1
“Woi Salimah! Sini sekejap.”panggil dia.
Langkah aku yang pantas tadi tiba-tiba mati. Aku menoleh. Dia lagi? Apa dia nak?
“Apa kau nak?” soalku dengan muka dengan sengajaku masamkan.
“Kereknya minah ni.”
“Apa kau cakap?”
“Kau kerek.”
“Kau? Menjengkelkan!” jawabku dengan nada menyampah.
“Kalau layan kau yang memang terputus urat saraf di kepala ni, memang sampai biler pun aku akan terganggu. Aku nak kau sediakan semua barangan untuk Hari Koperasi esok. And about the money, you can ask Saiful. Get it?”
“Kau apa guna? Mulut kau yang ala-ala cabai tu pandai mengarah je erk?”
“Aku ketua sekarang ni. Kau hanya ahli biasa dan layak diberi arahan.”
“Oh yeker? Setelah kau berkata-kata yang lagaknya macam CEO syarikat sampah, jelas sekali kau bukan ketua yang baik.”
“Dan kau adalah anak buah yang pertama sekali akan ‘dipecat’ oleh aku.” Jawabnya dengan mata yang berapi. Bengang!
Aku terdiam. Takut. Dalam hati, “Who care?”
Dia berlalu macam tu je. Yang paling penting tugas yang dia bagi dekat aku. Okey, gerai kami esok akan menyediakan makanan ala-ala KFC sedikit disebabkan oleh ketua kami yang sangat menyukai KFC. Makanan yang dibawah pengaruh Yahudi.
Seperti biasa, kentang berkeju, ayam goreng bersalut petung, kentang goreng, ayam bersalut capati, burger yang berganda daging ayamnya dan pelbagai lagi.
Kalau dihitung bahan-bahannya, =BANYAK. Nak mencarinya aku seorang?
Tuhan tolong aku!!!!!
P/s: Maaf, sikit sangat! hehe
Posted by azim alwiz at 8:06 AM 0 comments
Friday, August 5, 2011
Berniaga dan sebagainya...
Assalamualaikum.......
Hari ni dah masuk hari yang ke-6 kita berpuasakan? Ibadah kawan-kawan macam mana? Agak-agak meningkat tak ibbdah kita di bulan yang suci lagu mulia ini? Persoalan itu hanya kita yang boleh jawab. Ianya terletak pada diri kita sendiri. Bula Ramadhan kali ini amat mencabar bagi Azim sebab banyak aktiviti yang Azim kena buat. MENULIS KISAH CINTA memang out of listlah kawan-kawan. Tapi, jangan risau kalau ada masa Azim akan cuba menaip dan post dalam blog okey?
Yang pertama, Azim sekarang sibuk menolong jiran berniaga di Bazar Ramadhan. Seronok tu memang seronok tapi tau-tau jelah dengan cuaca yang tersangat-sangatlah panas(ujian kita di bulan Ramadhan) membuatkan Azim rasa nak je bukak puasa! Tambahan pula, gerai Azim memang di apit oleh gerai yang menjual air. Tersangat-sangatlah menguji tahap kesabaranku. Azim memang takde langsung waktu nak rehat. Balik sekolah jer mandi, solat, bersiap-siap terus pergi berniaga! Letih tahap gaban! Rasa nak undur diri tapi Azim perlukan duitttttt!
DUIT TAK DATANG BERGOLEK TANPA USAHA KITA SENDIRI
P/s: Ini bukan gambar gerai saya. |
Posted by azim alwiz at 8:24 PM 1 comments
Tuesday, August 2, 2011
My bday and Ramadhan.
Asslamualiakum semua.
Aku pun tak tahu apa kaitannya bulan puasa dan birthday aku yang sudah lama berlalu. Ye, untuk pengetahuan korang, bday aku telah jatuh pada 23.Julai.2011 hari tu. Thank you for those yang wish bday aku.
Masa tu, aku takde kat rumah. Aku pergi kem admath. So mula-mula tu sedih la jugak sebab mak aku tak dapat nak ucapkan apa-apa dan mencium aku seperti biasanya.
Tapi lepas aku balik jer, mak terus beli kek dan sambut. Hera are some pic :
Ni adalah kekku yg sudah rosak sedikit. |
Posted by azim alwiz at 5:47 AM 0 comments
Saturday, July 30, 2011
Seminar, Kem, dan JUJ
Assalamualaikum semua ! Just wanted to say "HI" and "HELLO" sebab dah lama sgt tak update blogku ini. Segala cerita terpaksa diberhentikan seketika(Minta maaf sangat-sangat) semuanya atas alasan yang kukuh bagai konkrit.Okey, antara alasannya adalah :
1.Seminar
Ye, untuk pengetahuan korang semua, aku terpaksa melalui pelbagai seminar. Seminar mengikut semua
subjek yang sememangnye akan membosankan anda. Aku x tau lah berapa kali aku menguap sepanjang
seminar berlangsung. Sehinggakan kawan aku disebelah kata macam BADAK yang menguap. Dan paling menjengkelkan lagi, terpaksa mendengar penceramah yang sama! Yakni yang dah beberapa kali aku jumpa sebelum ini yang aku sudah tahu tahap kebosanan mereka dan pelajar apabila mereka memberi taklimat. OMG! tapi aku tahan jelah. Air mata aku juga nak main peranan, dia mengalir je sepanjang seminar berlangsung. AHhhhh! macam menonton filem-filem hindustan yang menyedihkan.
2.Motivasi
Okey, Motivasi. Sebut sahaja pasal motivasi, orang ramai akan berkata seperti ini;
"Buat apa nak ade motivasi? kalau diri sendiri yang tak usaha?"
Kadang2 betul jugak apa yang dikatakan oleh mereka2 ini. Aku jugak menyokongnye. Sebab apa? sebab walau datang lah Dr. Fadhilah Kamsah sekali pun, kalau tak diri kita yang ubah diri kita sendiri takde gunanye. Okey penceramah yang pertama datang sekolah aku untuk memberi semangat(kata kau!) iaitu RAJA ISMAIL bin RAJA SHAHADAN. nod bad la dye bagi ceramah. Lawak dan sedikit meninghkatkan motivasi pelajat s4ekolah aku. Tapi yang seterusnya ini, Dr.Azmi. Dahla kena bayar sepuluh ringgit, ceramah ntah aper2 dan sangat membosankan. setakat silap mata yang dia buat tu, nenek aku lebih baik bab-bab menipu ni. Bayangkan, dia dapat rm5000 sahaja untuk yang membosankan itu dan dgn trademarknya "OH MY GOD! senangnyer!"
3. Kem
Kem? kem admtah. Sumpah! nak pergi lagi. Walaupun dalam kelas asyik menyumpah je taknak pergi kem tu. tapi aku nak pergi lagi. sebab belajar secara santai ni mmg berkesan. dan best. hahaha..
4.JUJ
Isnin aku juj untu selama 2 minggu yang dimana aku tak bersedia lagi. Please doakan aku., merayu sangat2... :)
pic ni diambil waktu aku pergi kem admath haritu. haha kanak-kanak riang kan???? |
Posted by azim alwiz at 9:44 PM 0 comments
Wednesday, July 20, 2011
Kem, kerja sekolah dan pelbagai perkara yang akan membunuh aku
Posted by azim alwiz at 7:21 AM 0 comments
Thursday, July 14, 2011
Kerana PLKN
Kenapa harus saya yang terpilih????????????!!!!!
Info mengenai PLKN :
Objektif
- Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
- Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
- Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
- Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
- Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.
[sunting]Perlaksanaan
- Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
- Pelaksanaan telah dimulakan pada tahun 2004.
- Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara.
- Implikasi kewangan.
- Menghadkan kesan ke atas sistem pembelajaran yang sedang berjalan.
- Guna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman.
[sunting]
Posted by azim alwiz at 3:00 AM 1 comments
Tuesday, July 5, 2011
Durian= Sakit Tekak dan demam !
Assalamualaikum.....
Hari ni Azim sakit tekak dan demam !
Semua ni gara2 durian ! Taknak dah makan durian ! ISHHHHHHHHHHHHH Sakit hatikuuuuuuuu !!!! tapi dah pulih so boleh g sekolah esok ! hEHEHEHEHEHEH :)
Posted by azim alwiz at 2:43 AM 0 comments
Sunday, July 3, 2011
Salahkah Aku Mencintaimu? 1
"Apa halnya kau ni? Kalau takde masalah, takkan jejaknya kaki kau dekat sini."
Huh! keluhan berat dilepaskan Syahiba. Dia lantas bersandar di sofa. Huda memandang pelik.
"Huda, kau tau tak, ayah dan ibu aku nak hantar aku duduk dekat kampung? Dekat Jengka. Rumah nenek aku." jelas Syahiba dengan nada sedih.
"Oh gitu rupanya. Duduk ajelah. Best apa duduk kampung? Lagi aman daripada duduk dekat Kajang yang hiruk pikuk ni."
"Masalahnya, aku jarang pergi sana. Aku pun mana kawtim sangat dengan atuk,nenek,maksu aku tu. Kita orang sekeluarega balik Jengka tu pun setahun sekali bila time raya. Tu aje. Manalah aku biasa. Lagi satu, manalah ada tempat lepak kat situ. Kau tau-tau aje lah kan? Kawasan Jengka tu, Apa yang ada? Kacaulah hidup aku kalau macam ni !" terang Syahiba yang terus merebahkan dirinya di sofa dua itu.
Syahiba merupakan anak kepada Tuan Hasnul dan Puan Qistina. Dibesarkan di kawasan bandar menyebabkan dia selalu bersosial. Tetapi tidaklah sehingga merosakan dirinya. Dia merupakan pelajar lepasan STPM yang menganggur.
Huda menggeleng kepalanya. Pelik dengan perangai rakannya yang seorang ni.
"Ibu kau nak kau duduk sana selamanya ke?" tanya Huda.
Syahiba hanya diam. Tidak menjawab pertanyaan Huda sebentar tadi. Dia sedang memikirkan sesuatu. Dia kemudiannya bingkas bangun dari pembaringannya lalu memicit papan kekunci telefon Blackberrymya.
"Aku nak Along bawak lari aku jgak malamn ni. Aku tak kira walauapapun yang terjadi. Aku taknak ke Jengka !" kata Syahiba yang masih lagi menekan-nekan keypad handphonenya.
"Astaufirullahhalazim Iba, kau jangan buat giler. Kau nak menyusahkan mak bapak kau ke? Kesian dia orang. Kalu kau suruh Along bawak kau lari, Lagi parahnya. kau orang nak hidup macam mana? nak duduk serumah? nak mampus kena serkap dengan JAWI?" marah Huda tetapi ada nasihatnya.
"Kau tahu tak mak aku nak aku duduk situ sampai umur aku 25 tahun? Dah la aku punya result STPM tak bagus. macam ana aku nak cari kerja? Aku dah mati kutu ni."
Air mata Syahiba sudah mengalir deras. Dia mengangis sakan, Macamlah mati kalau tinggal di Jengka tu. Desisi hati Huda.
Syahiba memang seorang anak yang cerdas ketika di bangku sekolah menengah. Keputusann SPMnya juga baik sehinggakan ditawar memasukki Matrix dan juga mendapat panggilan daripada UITM tetapi dia telah memilih Tingkatan Enam untuk lanjutkan pelajaran.
Alasannya,jika dia melanjutkan pelajarannyake Tingaktan Enam, sudah satu langkah untuk ke Universiti dan sekaligus pangkat diploma sudah diperolehinya. Akibat keputusannya yang merundum jatuh, dia menjadi penganggur terhormat.Jadi sebagai balasannya, Ayah dan Ibu mahu menghantarnya ke kampung untuk berdikari.
"Tulah kau, orang suruh study kau duk berdating dengan Si Along tu. Tengok sekarang apa padahnya? Ala senang cerita kau pergi ajelah. Apa yang payahnya? Lima tahun ajekan?"
Kelihatan Syahiba sudah mencampak telefon bimbitnya ke atas tilam sofa. Barangkali tidak dapat menghubungi temannya kut.
"Aku nak mati !!!!!!" teriak Syahiba.
Huda menggeleng kepala. Itulah padahnya kalau mengikut rasa dan hati. Maka hasilnya ialah binasa dan mati.
*******************************
Tuan Hasnul melihat jam tangannnya. Sudah pukul 9.30 malam. Tetapi kelibat anak perempuannya Syahiba, tidak kelihatan. Kemana pergunya anak daranya yang seorang ini? Begitulah perangai Syahiba. Selagi jam belum tepat ke angka 10, dia tidak akan pulang.
Tuan Hasnul menggeleng kepala. Lantas dia mencapai akhbar Harian Metro yang berada dihadapannya. Alangkah terkejutnya membaca tajuk berita yang terpapar di muka depan akhbar tersebut.
LAGI BAYI DIBUANG BAGAI SAMPAI
Begitulah tajuknya. Gerun hatinya membaca tajuk tersebut serta melihat gambar seorang bayi didalam tong sampah. Itulah penyakit yang diserang remaja sekarang. Tanpa ikatan sah, mereka sudah mempunyai anak. Sudah dapat anak, dibuangnya pulak.
Tuan Hasnul risau. Dia khuatir jika anaknya terlibat dalam kes sosial ini. Yelah, dunia sekarang yang serba serbi canggih ini merupakan punca utama pengaruh seks bebas. Terutamanya yang hidup di kawasan bandar. Dikelilingi dengan pusat-pusat hiburan, hotel, rumah sewa dan sebagainya yang memudahkan lagi gejala sosial terus merebak.
"Abang." sapa Puan Qistina yang datang bersama secawan nescafe ditangan. Tuan Hasnul tersentak lalu memandang ke arah Puan Qistina.
"Abang, ni air Qis bawakan."
"Letaklah atas meja tu."
Puan Qistina meletak cawan di atas meja dan melabuhkan punggung disebelah Tuan Hasnul sambil mengerling ke arah jam di dinding. Digelengnya kepala.
"Apalah nak jadi dengan anak dar kita tu bang? Risau Qis dibuatnya. Asyik merayau aje. Entah Solat ke tidak"
Tuan Hasnul terbatuk kecil. Lalu dicapainya cuping cawan yang dibawa oleh isterinya dan dibawa ke mulut. Setelah tiga teguk air diminum, dia meletak kembali di atas meja. Keluhan kecil dilepaskan.
"Entahlah apa silapnya kita? Didikan agama sudah diberi sejak dari kecil, perhatian juga tidak kurangnya. Semua kemahuannya kita penuhi. Adik-adik dia pun tak macam tu." ujar Tuan Hasnul sambil meninjau isi surat khabar ditangannya.
"Abang rasa keputusan kita hantar dia ke kampung tu dah muktamad ke? Kena ke caranya?"
"Apa hal tak kena pulak? Abang rasa betullah keputusan kita tu. Kalau di kampung, ruang untuk dia bersosial terhad sedikit. Ada pantauan dari Mak. Dari si Hasnah. Taklah dia melarat sangat.”
Posted by azim alwiz at 11:49 PM 0 comments
Friday, June 17, 2011
Maafkan Saya. :)
Pertamanya, Azim baru mendapat keputusan untuk peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ni. Tersangatlah teruk. Azim pun tak tahu apa sebabnya. Resultnya seperti berikut:
Bahasa Melayu: 75 A-
Bahasa Inggeris: 63 B
Matematik: 53 C
Pendidikan Islam: 70 A-
Sejarah: 74 A-
Tasawwur Islam: 67 B+
Kimia: 32 G
Fizik: 46 D
Biologi: 32 G
Matematik Tambahan: 22 G
Keseluruhan: 3A- 1B+ 1B 1C 1D 3G
Tersangatlah teruk keputusan yang Azim perolehi kan?? Mungkin disebabkan kekurangan usaha Azim sendiri. Kalau Azim usaha dengan lebih gigih tentu result lagi gempak kan? Takpe lah, selagi masa masih ada, Azim tetap akan memperoleh kejayaan yang besar ! Insya ALLAH doakan Azim yer?? Tq kalau yg mendoakan.
Seterusnya, Azim jugak sibuk menuyediakan soalan-soalan Matematik dan Matematik Tambahan untuk membantu kawan Azim yang sorang ni. Dia terlampau lemah sangat dalam kedua-dua subjek ni. Dari segi result Azim sendiri pun, tidaklah sebaik mana, tapi Azim akan cuba untuk membantu dia. Sebabnya dia hanya memperoleh 8 markah untuk subjek Matematik Tambahan dan 34 untuk Matematik. Insya ALLAH berkat pertolongan Azim dia akan meningkat. ~AMIN~
Di samping itu jugak, Azim duk menyiapkan manuskrip CINTA KITA dengan SALAHKAN AKU MENCINTAIMU? Memang nampak macam terkejar-kejar tapi Azim cuba untuk membahagikannya sebaik mungkin. Insya ALLAH. Azim taknak perkara yang dikejar tidak dapat, yang di kendong berciciran.
Selain itu Azim juga ada 3 buah novel untuk di baca.
1. Cucur Bawang & Kopi 'O'
2. Kasih Yang Suci
3. Kerana Terpaksa
Semuanya novel-novel yang bestkan?? Okeylah setakat ini sahaja Azim nak berceloteh. Doakan yang terbaik untuk Azim okey? InsyaALLAH entry terbaru akan di masukkan dalam masa yang terdekat ini.
~> Salam sayang, AZIM ALWIZ
Posted by azim alwiz at 8:38 PM 1 comments
Thursday, June 9, 2011
Salahkah Aku Mecintaimu (Sinopsis)
Posted by azim alwiz at 7:38 AM 0 comments
Tuesday, June 7, 2011
Cuti sekolah
Dah lama tak meluahkan perasaan dalam blog ni. Busy dengan pelbagai perkara.
yelah, tahun ni kan Azim form 5 so agak kelam kabut sedikit. Tapi orang still nampak
Azim macam relaks je lagi.
Ye, Azim seorang yang tak suka mencampur aduk kan suatu masalah tu dengan masalah yang lain.
Perkara tu akan lebih memeningkan lagi kepala yang sememangnya kusutkan??
So, cuti sekolah ni, kawan-kawan buat apa? mesti makan angin dengan family tercintakan?
Azim duduk rumah je. tapi nanti nak pergi Johor.Makan angin sebelum cuti sekolah tamat.
Minggu pertama cuti persekolahan tu, Azim busy sangat dengan kelas tuisyen. Letih sangat-sangat.
Balik tuisyen terus tidur dan tak sedarkan diri. kadang-kadang sampai terlepas waktu Zohor.
Dan disebabkan itu juga, berat badab Azim bertanbah dan tidak menurun.
Lagi satu, sudahlah kena hadir tuisyen, kerja rumah pun tak ketinggalan dibekalkan oleh guru-guru. Tapi satu pun lagi Azim tak sentuh. Sebab apa??
Sebab anak-anak saudare ada. Kalau depa ada, satu kerja pun tak jalan. Yelah, mengganggu konsentrasi
Azim nak buat homework. Almaklumlah, Azim ni tak boleh nak buat kerja dalam keadaan yang bising. Tapi tak tau laa kalau ada orang yang boleh buatkan??
Jadi, cuti sekolah ni, Azim tidur lewat sokmo. Bangun pagi, sembahyang, tidur balik. lepastu bangun balik pukul 10. Tulah rutin Azim sepanjang cuti ni. Azim pun ada jugak mengarang cerita untuk enovel ni. Dan dah hantar pun pada PENULISAN2U tapi tak tau bila diaorang nak update.
Untuk enovel terbaru ni, tajuk dia 'SALAH AKU MENYINTAIMU?'. Ini merupakan cubaan kedua Azim selapas CINTA KITA. Ideanya datang selepas Azim mengamati persekitaran, realiti kehidupan masyarakat dan isu2 semasa. Kali ni, berat sikit Azim nak tulis, sebab ia membabitkan alam perkahwinan dan masalah remaja sekarang. Lepas tu, konflik cinta 4 segi yang cuba Azim cipta. Tak taulah menjadi atau tidak. ha, nak tau menjadi atau tidak, tunggu ye !
Okeylah, setakat ini sahaja dulu. Mungkin lambat sedikit Azim post sinopsisnya, sebab Azim nak bercuti dulu. Tapi jangan risau, Azim takkan buat anda semua tertunggu-tunggu.
~> Salam sayang AZIM ALWIZ
Posted by azim alwiz at 10:19 AM 0 comments
Monday, June 6, 2011
Cinta Kita 6
Posted by azim alwiz at 1:16 AM 3 comments
Sunday, June 5, 2011
Cinta Kita 5
Langkah Shafiq Iqbal terhenti.Begitu jua Ain Nabilah.Tunduk memandang lantai.Malas nak pandang muka Shafiq dan takut juga nak mendengar jawapan dari mulut lelaki itu.Shafiq Iqbal berpaling menghadap Ain Nabilah.
“Apa?!Cuba kau ulang lagi sekali?Aku tak dengarlah.” Kata Shafiq Iqbal seraya menarik-narik cuping telinganya.
Persis orang pekak lagaknya.
“Saya Cuma bagi cadangan je.Apa kata kalau kita tunggu belakang dewan tu? Mungkin lebih selamat.Yelah kita kan dah lewat masuk perhimpunan.” Jawab Ain Nabilah selamba.
Sebenarnya,ketika ini dia berasa canggung tak masuk perhimpunan.Yelah,ini baru pertama kali dia tidak menghadiri perhimpunan yang diadakan setiap pagi hari persekolahan itu.
Kening Shafiq Iqbal bercantum.Berfikir kut cadangan bernas aku ni tak?Mesti dia berfikir kelogikan apa yang aku cakapkan tadi.Dia setuju la tu….getus hati Ain Nabilah.Perasaan gembira menjalar.Tu pun nak happy jugak??
“Hmmmmm…..bagus jugak idea kau tu.Duduk belakang dewan ya?”Ain Nabilah mengangguk laju.Sangkanya ideanya diterima, tiba-tiba………
“Kepala hotak kau!!! Kalau cikgu Nampak kita berdua-duaan belakang dewan tu? Lagi parahnya.Mati kutu
aku dibuatnya.Nanti kena cop aku dengan kau dating belakang dewan? Tak sanggup aku !” bentak Shafiq
Iqbal.Ain Nabilah menikus.
Shafiq Iqbal memandang Ain Nabilah yang senyap ketika itu.Terdetik dihatinya satu perasaan bersalah. Ain Nabilah dalam diam berfikir ada betulnya jugak apa yang diperkatakan Shafiq Iqbal,kalau mereka berdua tertangkap dengan guru disiplin lagi parahnya.Semestinya prasangka buruk akan terjadi
“Dah..dah.. yang kau jadi bisu tetiba ni kenapa? Jom kita ke tapak perhimpunan.Melayan idea tak bernas dan
kerenah kau yang banyak songel ni, sampai habis sekolah pun tak habis lagi.” Shafiq Iqbal terus menapak
meninggalkan Ain Nabilah yang terkebil-kebil.
Hish!! Aku Cuma bagi idea aje.Dia nak cakap idea aku tak bernas pulak.Sebenarnya, aku malu nak jalan
dengan kau tahu tak?! Kalaulah semua nampak? Manalah aku nak sorok muka aku ni? Lepas tu macam
mana aku nak jawab soalan-soalan yang bakal Wani, Rahmah dan Balqis tanya? Ha! Cuba kau bagi idea kau
yang geliga sangat-sangat tu? Lepas tu nak kata perangai aku banyak songel? Hey! Ukur baju di badan sendiri lah!Ain Nabilah melepaskan luahnya.Namun, luahannya itu hanya organ-organ dalam badannya sahaja yang dengar. Tidak Shafiq Iqbal.
Sedari hanya dia berjalan seorang diri, Shafia Iqbal berpaling ke belakang. Kelihatan Ain Nabilah termenung. Apalah yang perempuan tu menungkan? Mesti dia mengutuk aku. Nak kutuk, kutuk la depan-depan…haisshh ! ni nak buat aku hangin satu badan. Getus Shafiq Iqbal. Lantas…….
“Woi perempuan ! yang kau tercongok lagi kat situ buat apa? Nak tunggu kereta lembu datang jemput?”laung Shafiq Iqbal.
Ain Nabilah tersentak. Dia kembali ke alam realiti. Ya, realiti yang dia telah dikuasai oleh lelaki yang bernama Shafiq Iqbal.
Ain Nabilah menapak ke arah Shafiq Iqbal. Shafiq Iqbal setia menanti di situ. Dia duduk di atas meja yang terdapat di situ. Dia hanya memandang langkah longlai menghampirinya. Jaga kau perempuan ! tapi comel jugak dia ni ek? Kulit dia pun putih. Muka bersih je. Mata sepet. Hidung tak lah mancung sangat macam hidung aku tapi adalah batang hidungnya. Bibirnya munggil je.
Dalam duk Shafiq Iqbal menganalisis paras Ain Nabilah sudah terpacak di hadapan Shafiq Iqbal. Tersenyum-senyum, giler ke mamat ni?
“Ehem!” Ain Nabilah berdehem.
Shafiq Iqbal tersentak. Dia bagai terkapai-kapai. Seolah-olah, jadi bingung seketika. Dia sedar kembali pabila melihat Ain Nabilah di hadapannya. Dia bedehem kecil membetulkan malunya.
“Tunggu apa lagi? Jomlah kita ke perhimpunan.” Ajak Ain Nabilah.
Nada suaranya tidak ikhlas dan terpaksa. Rasa malas nak layahn lelaki di hadapannya ini. Asyik nak ikut kepala dia aje.
Shafiq Iqbal merenung anak mata Ain Nabilah. Ish! Main renung-renung pulak, apa dia ingat dia OMA BERTA ke? Watak dalam kisah dongeng Indonesia iaitu Bawang Putih Bawang Merah yang sebenarnya diadaptasi dari cerita orang-orang terdahulu di Malaysia namun diubah menjadi lebih moden dan tidak terlepas dari selitan kisah ‘berebut harta’. Cerita dari Negara seberang ini pernah mencetuskan fenomena di Negara ini dan sehingga ke hari ini drama-drama Indonesia laris memasukki pasaran Malaysia. Drama melayu sendiri di anak tirikan.
“Mana sarapan yang aku suruh kau bawa? Ada tak?” soal Shafiq Iqbal yang masih lagi memandang ain Nabilah.
Cuma Ain Nabilah yang memandang lantai. Malu katanya. Lantas bersuara…….
“Awak ni nak ke perhimpunan atau nak bersarapan? Mana satu ni? Tadi kata dah hilang seleralah,apalah..lagi pun bekal yang saya bawak ni bukanlah sedap mana pun. Makanan kampung je. Nanti takut-takut orang tu keracunan makanan pulak. Yelah orang tu kan selalu makan makanan barat…”sinis Ain Nabilah berkata.
Shafiq Iqbal tersentap. Mencerlung matanya memandang Ain Nabilah. Rasa macam nak marah gila-gila tapi di tahannya.
“Hek eklah perempuan ni, banyak songeh pulak. Yang ko nak membebel kenapa? Ada aku suruh kau membebel? Bagi jelah bekal tu. Memang aku dah bagi tau kau suruh bawak bekal untuk aku dalam surat tu kan? Kalau aku sakit perut pun, perut kau ker? Aku ada duit lah nak pergi hospital, bukan macam kau miskin..ha..ha..ha..” berdekah-dekah tawa Shafiq Iqbal mengejek Ain Nabilah.
Berlaga gigi Ain Nabilah menahan geram pabila dirinya diperlekehkan. Salah ke kalau dilahirkan miskin? Adakah kekayaan itu perlu untuk segalanya? Adakah dilahirkan miskin, seseorang itu tak layak diperlakukan seperti orang lain? Terjaminkah kebahagiaan pabila dilahirkan kaya-raya? Dijamin syurgakah jikalau dilahirkan di dalam keluarga berada? Apabila dilahirkan miskin pasti akan diperlekeh, dicaci, dihina, diejek.. hina sangatkah dilahirkan miskin? Mungkin di dunia harta menjadi penanda ukur hidup seseorang itu, namun di
mata yang Esa, semua itu tidak beerti langsung. Baik miskin atau kaya-raya.
“Apa tunggu lagi, cepatlah keluarkan bekal tu, aku dah lapar ni.”
Ain Nabilah dalam sakit hatinya, terus meletakkan begnya di atas meja itu. Lalu membukanya. Dia
mengeluarkan bekal yang dibawanya. Satu bekal berisi nasi goreng seperti kebiasaannya. Satu lagi berisi lepat pisang. Lepat pisang yang dibikin bersama ibunya malam tadi. Sudah menjadi kebiasaan dia membawa bekal ke sekolah. Kalau pelajar lain mungkin malu untuk membawa bekal ke sekolah, yelahkan hanya budak sekolah rendah sahaja yang mengamalkan ‘tabiat’ ini. Namun tidak pada Ain Nabilah, baginya budaya membawa bekal ke sekolah ini amat baik kerana kebersihan makanan tersebut lebih terjamin. Dia akui dia hanya seorang miskin yang hanya membawa RM2.00 ke sekolah. Tidak seperti pelajar lain yang belanjanya memcecah RM 10.00 sehari.
“Awak makan baca bismillah tak ni? Dengan mengecap segala.. tau tak kalau kita makan mengecap ianya
dikategorikan makan bersama-sama syaitan? Makan gelojoh sangat.” tegur Ain Nabilah.
Kunyahan Shafiq Iqbal terhenti. Mencerlung matanya memandang Ain Nabilah. Memang pantang kalau dia
tengah menjamu selera orang menegur. Panas seluruh mukanya. Ain Nabilah menikus.
“Aku ke kau yang makan? Yang kau nak sibuk kenapa? Ada aku guna mulut kau? Lagi satu aku tanya, tugas
kau terhadap aku cuma menyediakan makanan, bukan bagi ceramah agama dekat aku? Faham?!” tengking
Shafiq Iqbal.
Shafiq Iqbal tidak menunggu lama, lepat dan nasi goreng yang dibawa Ain Nabilah di campaknya kedalam
longkang.
Ain Nabilah tergamam.
“Kalau kau buat lagi perangai besar kepala macam ni, tak teragak-agak untuk aku campak kau macam lepat-
lepat basi kau ni. Faham?!” tengking Shafiq Iqbal lagi.
Tanpa menghiraukan perasaan Ain Naibilah ketika ini, Shafiq Iqbal terus pergi.
Ain Nabilah bagai ditoreh-toreh hatinya saat ini. Sedih dia melihat lepat pisang dan nasi goreng yang
dibawanya berada di dalam longkang. Lebih menyedihkan lagi, maknya yang membikin semua ini. Sayu
hatinya. Tanpa disedari air mata mengalir..
Sungguh hina perbuatan Sahfiq Iqbal. Ain Nabilah tunduk bersama air mata. Dia mengutip lepat-lepat pisang
yang berada di dalam longkang itu. Memang tidak logik untuk dimakan lagi tetapi dia mahu membuang ke
dalam tong sampah. Lebih baik berada dalam tong sampah berbanding di dalam longkang.
Setelah menutup tong sampah itu, Ain Nabilah mengesat air matanya. Dia terus melangkah dengan hati yang retak seribu.
mak kau kata kau dah pergi. Lepas tu kami naik ke kelas pun kau takde. Kau ke mana sebenarnya?” tanya
Wani apabila Ain Nabilah masuk ke kelas.
Kelibat Rahmah dan Balqis serta pelajar lain tidak kelihatan. Mata pelajaran kimia diwaktu pertama hari ni,
mungkin mereka sudah ke makmal kimia. Teka hati Ain Nabilah.
“Eh, kenapa kau tak pergi lab lagi ni? Nak kena marah dengan cikgu?” Ain Nabilah bertanya. Dia
menceriakan suaranya.
Dia tidak mahu Wani dapat mengesan kesedihan yang melanda hatinya. Dia juga sengaja mengubah topik.
Dia mati akal untuk menjawab soalan Wani.
“Ain, kenapa ni? Aku tanya soalan pada kau, kau pulang balik soalan dekat aku. Cuba kau cerita dekat aku,
kau pergi mana pagi ni? Atau kau ada masalah? Kita boleh kosing sama-sama.” Pujuk Wani.
Dia dapat mengagak sesuatu yang tidak kena pada kawannya ini. Bukan sehari dua dia kenal Ain Nabilah
malah mereka sudah berkawan sejak kecil lagi. Membesar bersama-sama.
“Errr… a…ku pergi jumpa Cikgu Suriati sebenarnya. Aku tanya soalan matematik tambahan yang aku tak
faham. Terlampau asyik dia menerang, kami tak sedar sudah masuk waktu perhimpunan. So, teruskan
ajelah.” Tipu Ain Nabilah. Dia senyum bagi meyakinkan lagi Wani.
Nasib baik otak aku ligat, kalau tak tergagap-gagap aku nak jawab soalan dia. Fuhh ! leganya…. Monolog
Ain Nabilah di dalam hati.
“Betul ni? Tak tipu?” tanya lagi untuk mendapat kepastian.
“Betulah Wani oi. Buat apa aku nak tipu kau? Dapat dosa free aje. Lagi satu membazir air liur je. He…
he….he…”
“Okey. Kali ni aku percayakan kau. Tapi esok aku taknak dah kau pergi sekolah sendirian. Tunggu aku dan
Rahmah dulu. Kalau nak belajar matematik tambahan pun, kita belajar sama-sama okey?”
Ain Nabilah tersenyum. Lama dia menatap mata wani. Maarkan aku Wani terpaksa berbohong dengan kau. Keadaan aku sekarang bagai diluah mati bapak, ditelan mati emak. Maafkan aku.
Ain Nabilah mengangguk bagi menghilangkan curiga Wani terhadapnya.
“Janji?” kata Wani dan mengankat jari kelingkingnya. Perkara yang biasa dilakukan apabila seseorang itu berjanji kepada sesiapa.
“Ish, taknaklah janji-janji ni. Man tau aku tak datang sekolah ke, atau mungkib ada hal yang tak dapat
dielakkan untuk pergi sekolah sama-sama. Nanti tak tertunai janji tu, munafik pulakan?”perkataan ‘hal’ itu
saja ditekannya.
Ain Nabilah cuba memberi dalih. Sememangnya dia takut untuk berjanji. Dia sudah tahu, pasti janjinya tidak
tertunai selagi dikuasai oleh Shafiq Iqbal.
“Okeylah, jom kita ke makmal kimia. Nanti bising pulak cikgu Rosma.”usul Wani.
Ain Nabilah mengangguk. Mereka terus bergerak ke makmal kimia.
mendengar cerita daripada Nadia yang Shafiq Iqbal dan Ain Nabilah datang bersama-sama ke sekolah.
"Sayang, kenapa you tak pergi sekolah dengan I?" tanya Maria yang sudah duduk rapat sebelah Shafiq Iqbal.
Walaupun marah dia tetap mahu manja-manja bersama Shafiq Iqbal. Geli ! ! !
"Sorry sayang, pagi tadi I pergi awal sikit. I kenakan si budak miskin tu." Shafiq Iqbal sudah bersandar.
Dia memeluk bahu Maya. memang itulah kuasa Shafiq Iqbal. Pintar memujuk dan memutar belit cerita.Maya
tersenyum. Dia percaya akan kata-kata Shafiq Iqbal itu.
"kenapa muka you ni? muncung aje? tak cantiklah macam ni sayang." kata Sahfiq Iqbal bersama mencuit dagu
Maya.
Maya membuat gaya manjanya dengan melentokkan kepalanya ke atas bahu Shafiq Iqbal. Gelagat mereka tak ubah seperti pasangan yang bahagia. Pasangan yang paling romantis namun sebahagia mana sekalipun, tanpa ikatan yang sah disisi agama, hanya dosa yang mengisi ruang bahagia mereka. Dosa yang bakal mencampak mereka ke dalam api neraka ALLAH yang tidak pernah padam.
"Sorry sikit Maya, you pun tahu taste I macam mana kan? Takkanlah I nak jatuh cinta dengan perempuan macam tu? Sudahlah buta dalam bidang fesyen. Miskin pulak tu."
Maya tersenyum. Dia puas mendengar kata-kata Shafiq Iqbal. Memang benar apa yang diperkatakan oleh Shafiq Iqbal, jika dibandingkan dia dengan Ain Nabilah, bagai langit dan bumi yang jauh terpisah.
"okey I trust you baby. Tapi untuk kembalikan kepercayaan I balik, you kena belanja I lunch sekaligus shopping. Boleh?" kata Maya dengan lagak manjanya.
Memang taktiknya mengikis duit orang kaya. Sungguh jijik kelakuannya.
"Apa saja untuk you sayang." Shafiq Iqbal cuba meyakinkan lagi Maya. Maya tersenyum bahagia.
Posted by azim alwiz at 2:34 AM 0 comments