Salam....
lama dah tak jenguk blog ni...
rindu sangat nak menulis dan kongsi dengan korang semua...
tapi SPM dah nak dekat so, Azim fokus pada SPM dulu...
nanti bila dah habis SPM comfirm Azim sambung balik semua
E-novel yang azim buat K?
azim habis SPM 30 NOVEMBER
so memang x sabar nak abis kan SPM lepastu sambung menulis semula....
okeylah kawan-2 doakan yang terbaik untuk Azim dalam SPM nanti Yaa?
MAY ALLAH BLESS
Monday, October 24, 2011
SPM semakin hampir......
Posted by azim alwiz at 2:03 AM 0 comments
Wednesday, August 10, 2011
Musuh= KEKASIH 1
“Woi Salimah! Sini sekejap.”panggil dia.
Langkah aku yang pantas tadi tiba-tiba mati. Aku menoleh. Dia lagi? Apa dia nak?
“Apa kau nak?” soalku dengan muka dengan sengajaku masamkan.
“Kereknya minah ni.”
“Apa kau cakap?”
“Kau kerek.”
“Kau? Menjengkelkan!” jawabku dengan nada menyampah.
“Kalau layan kau yang memang terputus urat saraf di kepala ni, memang sampai biler pun aku akan terganggu. Aku nak kau sediakan semua barangan untuk Hari Koperasi esok. And about the money, you can ask Saiful. Get it?”
“Kau apa guna? Mulut kau yang ala-ala cabai tu pandai mengarah je erk?”
“Aku ketua sekarang ni. Kau hanya ahli biasa dan layak diberi arahan.”
“Oh yeker? Setelah kau berkata-kata yang lagaknya macam CEO syarikat sampah, jelas sekali kau bukan ketua yang baik.”
“Dan kau adalah anak buah yang pertama sekali akan ‘dipecat’ oleh aku.” Jawabnya dengan mata yang berapi. Bengang!
Aku terdiam. Takut. Dalam hati, “Who care?”
Dia berlalu macam tu je. Yang paling penting tugas yang dia bagi dekat aku. Okey, gerai kami esok akan menyediakan makanan ala-ala KFC sedikit disebabkan oleh ketua kami yang sangat menyukai KFC. Makanan yang dibawah pengaruh Yahudi.
Seperti biasa, kentang berkeju, ayam goreng bersalut petung, kentang goreng, ayam bersalut capati, burger yang berganda daging ayamnya dan pelbagai lagi.
Kalau dihitung bahan-bahannya, =BANYAK. Nak mencarinya aku seorang?
Tuhan tolong aku!!!!!
P/s: Maaf, sikit sangat! hehe
Posted by azim alwiz at 8:06 AM 0 comments
Friday, August 5, 2011
Berniaga dan sebagainya...
Assalamualaikum.......
Hari ni dah masuk hari yang ke-6 kita berpuasakan? Ibadah kawan-kawan macam mana? Agak-agak meningkat tak ibbdah kita di bulan yang suci lagu mulia ini? Persoalan itu hanya kita yang boleh jawab. Ianya terletak pada diri kita sendiri. Bula Ramadhan kali ini amat mencabar bagi Azim sebab banyak aktiviti yang Azim kena buat. MENULIS KISAH CINTA memang out of listlah kawan-kawan. Tapi, jangan risau kalau ada masa Azim akan cuba menaip dan post dalam blog okey?
Yang pertama, Azim sekarang sibuk menolong jiran berniaga di Bazar Ramadhan. Seronok tu memang seronok tapi tau-tau jelah dengan cuaca yang tersangat-sangatlah panas(ujian kita di bulan Ramadhan) membuatkan Azim rasa nak je bukak puasa! Tambahan pula, gerai Azim memang di apit oleh gerai yang menjual air. Tersangat-sangatlah menguji tahap kesabaranku. Azim memang takde langsung waktu nak rehat. Balik sekolah jer mandi, solat, bersiap-siap terus pergi berniaga! Letih tahap gaban! Rasa nak undur diri tapi Azim perlukan duitttttt!
DUIT TAK DATANG BERGOLEK TANPA USAHA KITA SENDIRI
P/s: Ini bukan gambar gerai saya. |
Posted by azim alwiz at 8:24 PM 1 comments
Tuesday, August 2, 2011
My bday and Ramadhan.
Asslamualiakum semua.
Aku pun tak tahu apa kaitannya bulan puasa dan birthday aku yang sudah lama berlalu. Ye, untuk pengetahuan korang, bday aku telah jatuh pada 23.Julai.2011 hari tu. Thank you for those yang wish bday aku.
Masa tu, aku takde kat rumah. Aku pergi kem admath. So mula-mula tu sedih la jugak sebab mak aku tak dapat nak ucapkan apa-apa dan mencium aku seperti biasanya.
Tapi lepas aku balik jer, mak terus beli kek dan sambut. Hera are some pic :
Ni adalah kekku yg sudah rosak sedikit. |
Posted by azim alwiz at 5:47 AM 0 comments
Saturday, July 30, 2011
Seminar, Kem, dan JUJ
Assalamualaikum semua ! Just wanted to say "HI" and "HELLO" sebab dah lama sgt tak update blogku ini. Segala cerita terpaksa diberhentikan seketika(Minta maaf sangat-sangat) semuanya atas alasan yang kukuh bagai konkrit.Okey, antara alasannya adalah :
1.Seminar
Ye, untuk pengetahuan korang semua, aku terpaksa melalui pelbagai seminar. Seminar mengikut semua
subjek yang sememangnye akan membosankan anda. Aku x tau lah berapa kali aku menguap sepanjang
seminar berlangsung. Sehinggakan kawan aku disebelah kata macam BADAK yang menguap. Dan paling menjengkelkan lagi, terpaksa mendengar penceramah yang sama! Yakni yang dah beberapa kali aku jumpa sebelum ini yang aku sudah tahu tahap kebosanan mereka dan pelajar apabila mereka memberi taklimat. OMG! tapi aku tahan jelah. Air mata aku juga nak main peranan, dia mengalir je sepanjang seminar berlangsung. AHhhhh! macam menonton filem-filem hindustan yang menyedihkan.
2.Motivasi
Okey, Motivasi. Sebut sahaja pasal motivasi, orang ramai akan berkata seperti ini;
"Buat apa nak ade motivasi? kalau diri sendiri yang tak usaha?"
Kadang2 betul jugak apa yang dikatakan oleh mereka2 ini. Aku jugak menyokongnye. Sebab apa? sebab walau datang lah Dr. Fadhilah Kamsah sekali pun, kalau tak diri kita yang ubah diri kita sendiri takde gunanye. Okey penceramah yang pertama datang sekolah aku untuk memberi semangat(kata kau!) iaitu RAJA ISMAIL bin RAJA SHAHADAN. nod bad la dye bagi ceramah. Lawak dan sedikit meninghkatkan motivasi pelajat s4ekolah aku. Tapi yang seterusnya ini, Dr.Azmi. Dahla kena bayar sepuluh ringgit, ceramah ntah aper2 dan sangat membosankan. setakat silap mata yang dia buat tu, nenek aku lebih baik bab-bab menipu ni. Bayangkan, dia dapat rm5000 sahaja untuk yang membosankan itu dan dgn trademarknya "OH MY GOD! senangnyer!"
3. Kem
Kem? kem admtah. Sumpah! nak pergi lagi. Walaupun dalam kelas asyik menyumpah je taknak pergi kem tu. tapi aku nak pergi lagi. sebab belajar secara santai ni mmg berkesan. dan best. hahaha..
4.JUJ
Isnin aku juj untu selama 2 minggu yang dimana aku tak bersedia lagi. Please doakan aku., merayu sangat2... :)
pic ni diambil waktu aku pergi kem admath haritu. haha kanak-kanak riang kan???? |
Posted by azim alwiz at 9:44 PM 0 comments
Wednesday, July 20, 2011
Kem, kerja sekolah dan pelbagai perkara yang akan membunuh aku
Posted by azim alwiz at 7:21 AM 0 comments
Thursday, July 14, 2011
Kerana PLKN
Kenapa harus saya yang terpilih????????????!!!!!
Info mengenai PLKN :
Objektif
- Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
- Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
- Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
- Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
- Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.
[sunting]Perlaksanaan
- Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
- Pelaksanaan telah dimulakan pada tahun 2004.
- Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara.
- Implikasi kewangan.
- Menghadkan kesan ke atas sistem pembelajaran yang sedang berjalan.
- Guna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman.
[sunting]
Posted by azim alwiz at 3:00 AM 1 comments