Saturday, April 9, 2011
Sekian lama...
Mula2 sekali tentang novel Azim, tengah bikin ma.. tak siap lagi. Macam2 dugaan. Dengan idea yang berterabur.. netbook rosak. Tak dapat nak taip.. Dengan kekangan masa nye lagi ! semangat nak bercuti lah... Semangat nak menulis tapi tangguh ! hidupku umpama lalang yang ikut angin ! tak tetap.. Mungkin azim tak update sudah di blog sebab malas nak taip..hehehe sorry tapi azim akan siapkan jugak tak kira apa jua halangan ! hehehehe
Kebelakangan ni azim kerap berjalan.. Ambil angin.. Hish ! tak sedar diri lagi dah nak SPM tahun ni.. Tak taulah memang tabiat azim setiap kali tahun peperiksaan mood nak berjalan je..
22/4 ni azim nak pergi pesta buku pulak.. Nak tengok Siti rosmizah and Fauziah Ashaari launch buku terbaru diaorang.. hehehe
Kalau yang tinggal berhampiran PWTC tu jom la kita pergi tengok ! :)
Posted by azim alwiz at 5:23 AM 0 comments
Tuesday, March 15, 2011
CInta kita 4
Setelah kepenatan menolong emaknya mengukus lepat pisang, Ain Nabilah terlelap. Dia seakan-akan terlupa akan masalahnya. Agak-agak apa yang Shafiq Iqbal akan lakukan kepada Ain Nabilah esok ? Semoga dia tabah menghadapi karenah Shafiq Iqbal.
* * * * * *
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
"Makcik, Ain sudah siap?"
"Ain sudah pergi. Pukul 6.30 lagi dia sudah keluar." terang Puan Ramlah.
"Hah ! cepatnya ?"
"Tulah, bila makcik tanya, katanya nak bersihkan kelas."
"Tapi hari ni bukan dia yang bertugas."
"Mungkin ada kerja sekolah yang tak siap sebab tu dia pergi awal."
"Kalau macam tu, takpe lah. Assalamualaikum Makcik."
"Walaikumusalam." jawab Puan Ramlah yang melihat Wani berlalu ke sekolah. Hatinya berasa hairan dengan sikap anaknya yang terburu-buru ke sekolah pagi tadi. Kenapalah dengan anak dara aku sorang ni.
Sepasang mata memerhatikan kelibat Wani dan Rahmah masuk ke perkarangan sekolah. Fuhhh ! nasib baik tak perasankan aku. Apalah aku nak jawab dekat diaorang nanti. Comfirm dia orang soal aku macam dalam melodi. Bukannya soalnya hati. Getus Ain Nabilah. Melihat Wani dan Rahmah sudah naik ke atas barulah dia keluar dari tempat persembunyiannya. Menyorok belakang post guard. Bukan dalam semak. Harap maklum.
"Ish, kenapalah dia tak sampai-sampai lagi ni !" bentak Ain Nabilah sambil mengusha si Shafiq Iqbal. Tapi biji mata pun tak nampak lagi. Memanglah tak nampak, nanti dia datang naik kereta la.Tiba-tiba Ain Nabilah bagai nak cabut lari pabila terlihat lelaki itu. Datang dekat pulak. Sambil tersenyum pulak tu. Apa aku nak jawab ni.
"Hai Ain. Kenapa naik lagi ? tunggu siapa ?"
"Azeerin... Ain tengah tunggu adik. Fail Admath Ain tertinggal. So suruh dia hantar." Nasib baik otak aku ligat bab-bab nak kencing orang ni. Tapi tak selalu ya. Dalam keadaan terdesak je.
"Ohh... I see. Okeylah Azeerin naik dulu ye."
"Okey." matanya menghantar kelibat Azeerin naik ke atas. Syukur dia tak tanya banyak soalan. Kalau tak mati aku nak fikir seribu satu alasan.
Lepas sorang-sorang tanya kenapa Ain Nabilah duduk tercegat di situ. Tetapi alasan yang sama digunakan untuk mengelak. Ain Nabilah mengerling ke jamnya. Hah ! sudah 7.30 pagi. Kenapa dia tak datang-datang lagi ? Ke dia nak kenakan aku ? Eeeeiiii ! perhimpunan dah nak mula ni.
Tiba-tiba kelihatan kereta mercedes berwarna hitam berhenti dihadapannya. Ain Nabilah berhenti dari membebel dan terkaku. Jantungnya berdegup kencang. Tingkap kereta diturunkan.
"Bagus ye kau ikut arahan aku." ujar Shafiq Iqbal tersenyum sinis.
"Kenapa awak datang lambat? tahu tak pukul berapa dah sekarang ni ? perhimpunan dah nak mula atau sudah bermula." tiba-tiba lancang mulut Ain Nabilah bertanya. Segera Ain Nabilah menekup mulutnya. Shafiq Iqbal sudah bengis.
" Hoi perempuan ! berani kau cakap macam tu ?" Sahfiq Iqbal sudah mengorak keluar bersama begnya.
"Pak Mail boleh balik." arahnya kepada pemandu tua itu. Ain Nabilah kaku dan terketar. Macam ni bak kena kan Shafiq Iqbal ? Alamatnya, dalam mimpi je lah.
"Apa kau cakap tadi ?" Shafiq Iqbal merenungnya dengan tajam.
"Errr....err... Maafkan saya."
"Nasib baik mood aku baik pagi ni. Kalau tak memang nahas kau !" Shafiq Iqbal mendekatinya. Ek eleh macam perempuan pulak ada mood okey mood tak okey. Sebal betul ! Ain Nabilah membebel dalam hati.
"Mana sarapan aku ?"
"Hah ?"
" Sarapan akulah ! Boleh lagi kau termenung ?"
"Oh ! Maafkan saya."
"Tulah yang kau tahu, maaf-maaf." ujar Shafiq Iqbal. Ketiadaan pelajar distu menyebabkan Ain Nabilah tidak kisah dia dimarah. Yalah, mana nak ada pelajar sebab sekarang sudah waktu perhimpunan. Cuna dia dan Shafiq Iqbal sahaja berada di pintu pagar sekolah.
"Apa kau tercegat lagi ? jomlah ke atas ! " Ain Nabilah masih lagi kaku. Shafiq Iqbal menarik tangan Ain Nabilah memaksanya berjalan. Ain Nabilah tersentak dan menarik tangannya kembali.
" Sakitlah !"
"Hai, berani membantah nampak ?" perli Sahfiq Iqbal.
"Awak tahu tak, haram dan berdosa kalau kita pegang orang yang bukan mahram kita?"
"Kau diam ! aku tak suruh kau bersyarah agama pagi-pagi ni. Apa kau kisah ? tu dosa aku bukan dosa kau." Ujar Shafiq Iqbal. Sememangnya Shafiq Iqbal kurang didikan agama. Sedangkan kelab malam dia boleh kunjungi, kenapa tidak untuk memegang perempuan yang bukan mahramnya.
"Maafkan saya." ujar Ain Nabilah perlahan.
"Pagi ni saja, sudah berapa kali kau mintak maaf? meluat aku !" kata Shafiq Iqbal sambil merenung Ain Nabilah yang sudah tertunduk. Melihat wajah polos Ain Nabilah, Shafiq Iqbal seolah-olah simpati dan tidak mahu meneruskan rancangan jahatnya. Namun ego lebih menguasai dirinya.
"Emmmm, pagi ni saya bawa lepat pisang." Ain Nabilah mengangkat mukanya. Berderau darahnya melihat anak mata Shafiq Iqbal. Pandangan mata mereka tertaut sebentar. Ain Nabilah terus mengalihkan pandangan matanya.
" Lantaklah dengan lepat pisang kau tu ! Aku dah tiada selera nak bersarapan. Jom kita naik atas. Nah, bawa beg aku ni. Kau tu kuli aku." kata Shafiq Iqbal sambil menyerahkan begnya. Nasib baik ringan. Ain Nabilah hanya menurut langkah Shafiq Iqbal naik ke atas.
Posted by azim alwiz at 9:01 PM 0 comments
Friday, March 11, 2011
Cinta kita 3
"Ain, kita orang balik dulu. Bye. Jumpa esok."
Rahmah dan yang lain melambai ke arahnya. Ain Nabilah membalas dengan anggukan. Ain Nabilah duduk di kerusinya dan mengeluarkan beg kain telekung lalu bangun terus mengatur langkah ke surau sekolah untuk menunaikan solat Zohor.
"Ya ALLAH Ya Tuhanku, Engkau bukakanlah pintu hatiku untuk menerima segala ilmu yang dicurahkan oleh guru-guruku. Engkau ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan Engkau ampunilah dosaku. Amin." usai berdoa Ain Nabilah terus menanggalkan telekungnya. Dia menyarung kembali tudungnya dengan rapi. Dia bersiap-siap untuk pulang ke kelas. Dalam dia bersiap-siap, hatinya dipagut perasaan aneh. Dia berasa tidak keruan. Jantungnya bergedup kencang. Namun dia menyedapkan hatinya dan terus meninggalkan rumah ALLAH itu.
Suasana sekolah yang sunyi membuatkan dia merasa seram. Langkahnya dipercepatkan namun ada pulak orang yang menghalang dia.
"Hai awek cun." tegur lelaki itu dengan berani mencuit dagunya.
Mencerlung mata Ain Nabilah memandang lelaki itu sambil menepis jari yang mencuit dagunya itu. Ain Nabilah ingin melanjutkan langkahnya namun terbantut dek halangan dua lagi rakan lelaki itu.
"Garangnya awek ni."
"Apa yang awak nak ha?"
"Nak kenal je. Tak boleh ke?"
"Tolonglah jangan kacau saya."
"Mana ada aku kacau kau."
"Suruhlah kawan awak ni ke tepi, saya nak cepat ni."
"Sabarlah dulu sayang." kata lelaki itu dengan berani meraih tangan Ain Nabilah. Ain Nabilah cepat-cepat menarik tangannya.
"Sebelum saya menjerit, baik korang semua ketepi." ugtu Ain Nabilah. Mereka ketawa terbahak-bahak mendengar ugutan Ain Nabilah.Tiba-tiba lelaki itu bertukar menjadi serius.
"Cuba kau menjerit aku nak dengar.!" suaranya meninggi.
"Awak jangan cabar saya."
"Jeritlah!!!!" kuat suaranya. Kedua rakannya sudah tertawa kecil melihat wajah pucat Ain Nabilah.
"Kau dengar sini perempuan miskin, kau jangan ingat selepas kau lempang aku, aku akan sembah dan sujud dikaki kau sebab takutkan penampar kau.!" kata lelaki itu sambil mencengkam dagu Ain Nabilah. Air matanya sudah mengalir satu persatu daripada kelopak matanya. Dia tidak berdaya untuk melawan lelaki itu lagi.
"Bro, sini sekejap." Panggil kawannya. Ain Nabilah sudah jatuh terjelepok menangis disitu.Lelaki itu berbisik dengan rakannya. Tak lama kemudian pecah tawa yang kuat dari ketiga-tiga lelaki itu. Pastinya satu muslihat jahat sedang dirancang.
Shafiq Iqbal menarik tangan Ain Nabilah untuk bangun.
"Kau bangun sekarang. Tahu pulak kau menangis, dulu waktu kau lempang aku, bukan main lagi macam superwoman."
"Ma..af..kan.. sa..ya.." ujar Ain Nabilah dalam sendunya. Tidak tahu mengapa air matanya begitu mudah untuk mengalir.
"Kau dengar sini perempuan, mulai esok untuk menebus kesilapan kau pada aku, kau kena jadi kuli batak aku ! Kau faham tak??!!" tengking Shafiq Iqbal di tepi telinga Ain Nabilah. Matanya terpejam rapat tidak mahu melihat wajah lelaki itu.
"Hey perempuan miskin, kau dengar tak ni? ke kau dah pekak?"
Ain Nabilah hanya mengangguk. Apa lagi yang boleh dia lakukan? ketiadaan pelajar lain disitu, menyebabkan Shafiq Iqbal dan rakan-rakanya sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja.
"Good girl. Lagi satu peringtan daripada aku, jangan sekali-kali kau laporkan pada cikgu atau kawan-kawan baik kau tu. Kalau kau buka mulut, nahas kau aku kerjakan."
Walaupun pipi Ain Nabilah sudah lecun dek air mata, namun tidak dihiraukan langsung oleh Shafiq Iqbal dan rakannya. Mereka terus meninggalkan Ain Nabilah dengan tawa yang riang sekali dapat mempermainkan perempuan itu. Ain Nabilah terhenjut-henjut menahan air mata daripada terus mengalir dan dia terkulai sekali lagi. Sungguh kejam lelaki itu menghina dan menengkingnya di hadapan rakan-rakannya. Air matanya terus mengalir. Apakah dugaan yang bakal di hadapi oleh Ain Nabilah? Itu balasan selepas dia menampar lelaki itu? atau ada maksud tersirat disebalik kejadian ini?
Posted by azim alwiz at 1:45 AM 0 comments
Sunday, March 6, 2011
Cinta Kita 2
Terkocoh-kocoh Mak Mah datang dari dapur.
"Mana papa dan mama?" tanya Shafiq Iqbal. Suaranya mula mengedur namun wajahnya tetap bengis.
"Papa dan mama pergi ke rumah Datin Sofea. Katanya ada majlis." jawab Mak Mah dengan sopan.
"Mak Mah tolong ambilkan kain dan ais batu, sekarang !"
"Untuk apa Tuan Shafiq?"
"Bawa jelah. Banyak soal pulak orang tua ni.." gerutu Shafiq Iqbal.
Shafiq Iqbal sememangnya tidak tahu menghormati orang lain. Mak Mah terus ke dapur menuruti perintah anak majikannya itu.
Tidak lama kemudian, Mak Mah tiba dengan kain dan semangkuk ais di tangannya.
"Ambil benda ni pun makan masa." rampas Shafiq Iqbal dengan rakus.
"Maaf tuan, ada apa-apa lagi yang tuan mahu?" tanya Mak Mah menundukkan kepalanya.
"Sudah, Mak Mah boleh pergi." ujar Shafiq Iqbal sambil membungkus ais batu di dalam kain lalu dituapkan ke pipinya yang ditampar oleh Ain Nabilah.
Mak Mah terus berlalu meninggalkan tuannya. Mak Mah merupakan pekerja yang setia. Ketiadaan suami dan anaknya membuatkan dia terus setia bekerja di banglo mewah itu.
"Sial punya perempuan. Kau ingat kau boleh terlepas? tiada siapa yang berani memukul aku tapi kau perempuan miskin, sesuka hati menampar aku. Memang sengaja kau cari fasal dengan aku." omel Shafiq Iqbal.
Peristiwa selepas pulang dari sekolah tadi, menerjah kotak fikirannya. Dia telah mengekori Ain Nabilah. Dia berasa pelik melihat Ain Nabilah membawa sebungkus makanan dan diberi kepada seorang makcik yang bekerja sebagai cleaner di pusat membeli belah Plaza Metro Kajang itu.
"Anak cleaner rupanya. Pak Mail, jalan.." arah Shafiq Iqbal kepada pemandunya.
Dalam asyik Shafiq Iqbal melayan kesejukan ais itu, dia terlelap dan melupakan peristiwa itu seketika.
"Kakak, adik bosanlah asyik makan sayur kacang panjang dengan ikan goreng" luah Badrul kepada Ain Nabilah.
"Kenapa cakap macam tu? tak baik tau. Cuba adik fikirkan, kita ni dah bertuah dapat makan, kalau orang miskin yang lain belum tentu mereka dapat sesuap nasi. Dah, Akak taknak dengar adik complaint macam ni lagi, kecil hati mak kalau dia dengar." ujar Ain Nabilah sambil melumur ikan gelama bersam kunyit dan garam. Memang menjadi rutin hariannya memasak untuk makan tengahari dan makan malam.
"Apa termenung lagi? pergi tunggu mak dekat luar. Bukakan lampu luar tu sekalai." arah Ain Nabilah kepada adiknya yang berusia 11 tahun itu.
Tanpa membuang masa, Badrul menuruti perintah kakaknya itu tanpa sebarang alasan. Menjadi kebiasaannya menunggu mak pulang dari bekerja. Ain Nabilah hanya mempunyai dua orang adik-beradik sahaja.
"Ain, kenapa muka kau macam orang tak buang air besar 10 hari ni?" tanya Wani yang hairan dengan wajah Ain Nabilah mencuka bagai cukalah.
"Kenapa korang tinggalkan aku? Korang tahu tak apa jantan tak guna tu cuba buat dekat aku?"
"Wait.. wait.. bukan jantan untuk binatang ke?"
"Kau ni Rahmah boleh tak serius sikit?"
"Kenapa? Kenapa?" Rahmah mula serius.
"Sabar Ain, cecite..cecite..cecite.." kata Wani sambil menarik Ain Nabilah duduk di kerusi berhampiran diikuti rakan lain.
"Suka hati dia je nak pegang tangan aku, kalau ya pun dia nak kenal aku, tak perlulah sampai nak pegang-pegang segala. Aku bagi dia makan penampar sebijik." cerita Ain Nabilah.
Si Rahmah terlopong mulut dia. Kalau lalat hinggap memang ditelannya.
"Ish, beraninya dia pegang awak." ujar Balqis yang setia mendengar dari tadi.
"Tapi lagi berani kau lempang dia, Ain. Mesti dia berpusing-pusingkan?" sampuk Rahmah sambil tersengih.
Semua menjeling ke arah Rahmah. Orang tengah serius dia boleh buat lawak pulak. Takde moral betul.
"Awak ni buat lawak bodoh pulak." ujar Balqis.
"Opssss... Sorry..."
"Okey.. Okey.. Kita buat laporan dekat Cikgu Samsul kalau dia buat hal lagi. Okey?" tanya Wani sambil menunjukkan jari ibunya atau tanda bagus.
"Aku setuju !" ujar Rahmah.
"Kau tu semua setuju, Kalau kena kawin dengan pakcik Leman tukang kebun tu pun kau gembira." kata Wani. Rahmah sudah cemberut.
"Sekarang kita pergi koperasi, aku belanja air mineral seorang sebotol. Okey Let's go honey." kata Wani sambil mengangkat punggung dan diikuti yang lain.
"Eleh, setakat air mineral, rumah aku ada stok untuk mandi bunga lagi." gumam Rahmah.
Mereka terus berlalu.. Hati Ain Nabilah yang membara tadi sedikit sebanyak reda dek kerenah rakan-rakannya yang sengal.
"Amboi anak dara mak, sambil memasak pun boleh termenung ya?" usik Puan Ramlah yang baru pulang dari bekerja.
Ain Nabilah tersentak dari lamunannya dan tersipu malu. Nasib baik tak hangit ikan aku ni ha.. gumamnya dalam hati.
"Mak dah balik? Ain tak perasan pulak."
"Macam nak perasan, asyik berangan je."
"Mana ada..Ada-ada je mak ni."
"Ain, mak nak mandi dan solat dulu, nanti kamu hidanglah dan ajak adik kamu makan." kata Puan Ramlah sambil mengusap kepala anak gadisnya itu.
"Baiklah Tuan Puteri, hamba menurut perintah." kata Ain Nabilah yang mencetus tawa Puan Ramlah.
Ain Nabilah merupakan seorang anak yang patuh dan amat rajin. Semenjak Puan Ramlah bekerja bagi menyara keluarga, dialah yang akan melakukan semua kerja rumah.
Semua pelajar berpusu-pusu berlari ke tapak perhimpunan. Macam ada konsert Lady Gaga pulak. Ain Nabilah, Wani, Rahmah dan Balqis hanya memandang dan terkebil- kebil melihat aksi pelajar perempuan yang terjerit-jerit. Mereka berasa pelik, kenapa pelajar perempuan terjerit-jerit menuju ke dataran perhimpunan.
"Eh, Adam Lambert datang sekolah kita ke? ke budak perempuan kena histeria?" tanya Rahmah kebingungan.
"Ngarot bebeno kamu ni Rahmah." kata Wani dengan gaya memusingkan tangannya ala-ala Usop dalam cerita Hantu K.Limah Balik Rumah.
"Sejak bile kau kena sampuk ni, Wani?" tanya Rahmah yang bertambah bingung. Ain Nabilah dan Balqis hanya menjadi pemerhati.
"Alah aku saja jelah."
"Apa kata kita pergi tengok siapa yang datang?" cadang Balqis.
"Jom." kata Wani dan menarik tangan Ain Nabilah untuk pergi bersama. Tidak ketinggalan si Rahmah dan Balqis.
Setiba mereka di tapak perhimpunan, mereka terkejut beruk. Terdapat tiga orang jejaka dan seorang wanita. Mereka berasa pelik melihat tetamu yang datang memakai uniform sekolah dan bertambah pelik melihat salah seorang daripada tetamu yang tak diundang tersebut.
"Wait a minute, tu bukan Sahfiq Iqbal ke?" ujar Rahmah sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Ain Nabilah sudah memerah. Dah hilang seminggu, kau muncul balik ye.. Kali ni dengan kawan baru pulak. Gumamnya dalam hati.
"Betullah, Aku ingatkan dah kena penampar dengan si Ain dia masuk hospital koma 3 bulan. Rupa-rupanya hidup lagi si mamat ni..Pelik bin ajaib betullah..seminggu tak datang sekolah. Ingatkan makan hati, datang sini bawak geng siot." kata si Wani bersungguh.
"Dahlah, buang masa je kita tengok benda ni. Apa yang spesial sangat? jom blah.."
Ain Nabilah terus menarik tangan Wani, Rahmah, dan Balqis. Dari jauh mata itu hanya memandang dengan bara api yang penuh dengan dendam.
Mereka terus belalu. Cikgu Samsul datang bersama rotannya menyuraikan pelajar yang berkurumun melihat kedatangan Shafiq Iqbal dan rakan-rakannya. Dan yang menjadi tanda tanya siapakah rakan barunya? serta apa motifnya muncul selepas seminggu hilang tanpa khabar berita.
Posted by azim alwiz at 1:55 AM 3 comments
Saturday, March 5, 2011
Cinta Kita 1
Panggilan dari Cikgu Samsul merangkap guru disiplin sekolah amat memeranjatkan mereka lebih-lebih lagi mereka tidak pernah melibatkan diri dalam masalah disiplin sepanjang bersekolah disitu.
"Ish, aku risaulah..kenapa agaknya Cikgu Samsul panggil kita?" luah Wani sambil meletup-letupkan jarinya.Sudah menjadi tabiatnya apabila gementar.
"Betul..Betul..Betul....aku pun sama.Kita ada lakulan kesalahan ke? Setahu aku tak pernah pulak.Kalau pun kita buat salah, cikgu-cikgu tak dapat detect punya.."celah Rahmah.
"Apalah kau orang ni....dah kita tak bersalah, buat apa nak cuak? Mungkin Cikgu Samsul nak suruh kita jadi spy dia ke? Mana tahukan?" teka Ain Nabilah. Mereka hanya mengiakan sahaja teori si Ain Nabilah sambil mempercepatkan langkah ke pejabat.
Setiba di hadapan pejabat, mereka masing-masing pegun dan memandang ke arah Ain Nabilah.
"Apa fasal kau orang jadi patung ni?" tanya Ain Nabilah yang pelik akan perangai rakannya.
"Alah Ain, awaklah masuk dulu, kami takut" terus terang si Qaesh.
"kenapa? dalam pejabat sekolah kita ni ada kuntilanak ke? ke ada hantu k.limah?"seloroh Ain sambil membuat memek muka sinis.
"Kau ni asal tak senaraikan je terus hantu-hantu yang ada dekat muka bumi ni?Lepas tu kumpul bomoh-bomoh buat press conference ala-ala Lady Gaga menang VMA gitu." gurau Wani.
"Okeylah aku masuk dulu."Ain mengalah...
Melilau mata mereka mencari kelibat Cikgu Samsul.Aksi mereka tak ubah seperti hendak menghendap orang.
"Ain, ya?" tegur Kak Sham selaku kerani baru sekolah.Kalau Kak Iebah memang dah kenal dengan mereka tapi sayang sudah berpindah kerana terpaksa ikut suami.
"Yup Kak sham." angguk Ain sambil bersalaman dengan Kak Sham diikuti dengan yang lain..
"Baiklah kau orang ni, Cikgu Samsul ada dalam bilik Pengetua tu ha." terang Kak Sham sambil memuncungkan bibirnya ke arah bilik Pengetua. So sexy.
Tanpa membuang masa mereka menapak ke bilik Pengetua yang sudah terbuka.
Seperti biasa, Si Ainlah yang memberi salam.Yang lain bersorak "Go Ain go!" dalam hati je.Apa lagi, yang lain semua dah kecut macam jeruk.Penakut!
"Assalamualaikum...kum...kum..."Ain dengan sopannya memberi salam.Cuma dua kum dekat belakang tu perlahan je kedengaran.
"Waalaikumusalam." jawab ketiga-tiga lelaki itu serta berpaling ke arah mereka yang tercegat depan pintu.Mereka semua bagaikan terkena renjatan elektrik apabila lelaki seorang tu pandang dan senyum ke arah mereka.Wah! handsomenya...masing-masing berkata dalam hati..kalau boleh nak buat memek muka ala-ala pergi Disneyland.Lebih senang lagi muka Jakun !
"Mari masuk Ain."arah Cikgu Samsul.
Dengan penuh sopannya,mereka semua duduk..Kalah perempuan melayu terakhir you allsss..kalau boleh bersimpuh atas lantai memang mereka akan buat.
"Kenalkan kawan baru kamu,Shafiq Iqbal pelajar baru sekolah kita."terang Cikgu Samsul.Mereka hanya mengangguk antara satu sama lain besrta senyuman manis-manis belaka..secara tidak langsung iklan ubat gigi pun berlaku.Yelah, takkan nak bersalaman kot..Tak boleh.. bukan muhrim,berdosa.Almaklum Ain and the gang mood usatazah belaka.
"Apa tujuan cikgu panggil kami kemari?"tanya Ain Nabilah.
"Cikgu hanya panggil awak je.Tak tahu pulak ada bodyguard?terang Cikgu Samsul. Si Wani, Rahmah dan Balqis hanya tersengih macam kerang busuk.Dalam pada masa yang sam kedengaran suara mengekek ketawa.Perlahan.
"Kebetulan cikgu, tadi saya nak berkenalan dengan kerani sekolah yang baru tu..Cunn cikgu.."kata Wani sambil tangannya merayap mencari Ain untuk disengat.
"Ada-ada aje kamu ni Wani..Okeylah,Cikgu nak kamu hantarkan Shafiq ni ke kelas kamu." Shafiq hanya berdiam sambil memerhatikan gelagat Ain and the gang.
"O...Jomlah !" tiba-tiba jadi ramah pulak si Wani.Dan paling penting,dia paling over..
"Okey Shafiq, kamu boleh ikut mereka." arah Cikgu Samsul.
"Terima Kasih cikgu." ucap Shafiq dan terus menuruti langkah empat teman barunya itu.
“Eh, aku tengokan si budak baru tu asyik mengusha kau je..muka aku ni takde pulak dia nak pandang. Aku ni dah lah cantik tapi mamat handsome tu tetap nak jeling-jeling kau.” Kata Wani sambil bermain dagunya. Wani seorang yang peramah dan suka bergurau.
“Betulah cakap kau Wani, aku pun ada perasaan dekat dia.. Eh eh silap pulak..Aku nak cakap aku pun perasan, dia asyik pandang kau je Ain. Dia taknak pulak pandang muka kita orang yang lagi voke pluss vazzzz ni..”kata Rahmah sambil mencuit dagu Wani dan dengan pantas Wani menepis tanda protes kerana terlalu over.
“Ish, tak mungkin kerana sayanglah dia pandang aku.” Jawab Ain Nabilah bersahaja.
“Aik, tiba-tiba sayang ni? Ada kita orang cakap sayang ke? Over betulah kau ni.” Kata Wani yang faham akan maksud temannya itu. Sengaja dia mengusik Ain.
Ain Nabilah sememangnya seorang gadis yang comel. Kulitnya yang cerah dan mulus itu menambahkan lagi seri di wajahnya. Matanya yang sepet persis sekali gadis korea.
“Tapi aku tengok dan kaji korang memang sesuailah.” Sambil Wani
menyengaukan suaranya.
“Kau comel, dia pulak handsome..so sweet.” Sambung Wani dengan aksi menggenggam kedua belah tangannya dan membuat reaksi muka gembira. Memang boleh menang anugerah si Wani ni kalau bab-bab memek muka.
“Aku sokong!” seperti biasa penyokong setia Wani tetap bersama. Tak lain tak bukan si Rahmah ler.
“Kalau aku melayan korang punya celoteh yang sememangnya akan bersambung mengalahkan sinetron Indonesia dan tidak akan ada titik noktahnya, sudah tentu dan semestinya aku masuk Tanjung Rambutan.” Kata Ain Nabilah dan terus mempercepatkan langkahnya ke sekolah.
Si Wani dan Rahmah mula mencebik. Mulut itik pun tak semuncung mulut mereka. Mereka terus mengejar langkah Ain Nabilah. Setiap pagi mereka bertiga akan berjalan kaki ke sekolah kerana Sekolah Menengah Convent Kajang tidak jauh dari rumah mereka. Tidak pula Qaseh Balqis yang dihantar oleh bapanya ke sekolah.
Shafiq Iqbal mengatur langkah ke arah mereka. Oleh kerana terlalu khusyuk mendengar penerangan dari Ain Nabilah, tiada siapa yang menyedari kehadiran Shafiq Iqbal.
“Ehem.” Sahfiq Iqbal berdehem. Mereka semua berpaling dan ternganga melihat wajah kacak itu kecuali si Ain.
“Oit Rahmah tutup mulut tu.” Tegur Wani perlahan sambil menyiku perut Rahmah perlahan.
“Opsssss..” Lantas Rahmah menutup mulutnya. Terus sahaja dia malu-malu tapir.
“Boleh aku join korang?” tanya Shafiq Iqbal bersahaja tanpa segan silu.
“O…silalah duduk Sahfiq. Buat macam rumah sendiri je..” ajak Wani.
Masalah jugak kalau orang terlampau ramah ni, rumah dengan kelas pun tak dapat beza..gumam Ain Nabilah yang tidak suka kehadiran Shafiq Iqbal. Rahmah dan Qaseh Balqis hanya membisu dan kaku distu hanya menjadi pemerhati terhormat sahaja..jangan bisu terus sudah.
“Korang belajar apa ni?” tanya Shafiq Iqbal. Suara garaunya mampu mencairkan wanita-wanita gedik dan paling penting menusuk jantung beb !
Belum sempat si Wani membuka mulut, Ain nabilah sudah bertutur terlebih dahulu.
“Kita orang tengah makan nasi lemak sambil korek hidung. Nampak tak?” jawapan Ain Nabilah meletuskan tawa si Rahmah dan Qaseh Balqis yang disangkakan bisu dari tadi.
“Oh, yeke? Nak sikit boleh?” Shafiq Iqbal menadah tangannya.
“Shafiq kita orang tengah belajar Matematik Tambahan. Si Ain ni memang kuat bergurau. Kadang- kadang kalau kami study Sejarah, dia cakap tengah buat air kopi. Dia memang macam ni tapi tak gila.” terang Wani ala-ala buat lawak. Sahfiq Iqbal hanya mengangguk dan memandang kea rah Ain Nabilah.
Ain Nabilah sudah berpeluk tubuh sambil muncung dan berpaling ke arah luar. Tidak tahu sebabnya, tetapi Ain Nabilah sememangnya anti lelaki semenjak ayah dan ibunya bercerai.
“Alamak Wani, Ain, Balqis aku sakit perut la. Nak ke tandas. Korang belajarlah dulu ya?” sudah mula taktik si Rahmah.
“Aku pun nak ikut.” Kata Wani.
“Saya pun.” Si Balqis turut berkomplot.
“Kita orang pergi dulu. Chaow.”
Mereka berlalu meninggalkan Ain Nabilah yang terpinga-pinga. Ain Nabilah bagaikan dipaku dikerusi itu. Dia seolah-olah tidak boleh berdiri dan bercakap apabila ditinggalkan rakannya bersama lelaki itu.
“Kau memang superb Admath ke?” Sahfiq Iqbal memulakan bicara.
“Bolehlah setakat nak dapatkan jawapan tu.” Jawab Ain Nabilah bersahaja.
“Nama kau Ain je?”
“yup.” Jawab Ain Nabilah endah tak endah.
“Cuba kau jawab elok-elok, aku cuma nak kenal dan berkawan dengan kau je.”
Shafiq Iqbal berasa hairan kenapa Ain Nabilah tidak terpikat dengannya seperti gadis-gadis lain.
“Sory, Saya nak ke kantin.”
Dengan kadar segera Ain Nabilah bangun ingin meninggalakn kelas kerana hanya mereka berdua di dalam kelas dan amat tidak manis jika dilihat oleh pelajar lain. Namun ketika dia hendak bangun, tangannya disambar oleh Shafiq Iqbal.
“Apa ni?” mencerlung mata Ain Nabilah apabila diperlakukan begitu. Ain Nabilah meronta-ronta agar dia dilepaskan.
“Aku cuma nak kenal dengan kau. Apasal kau sombong sangat?” Tanya Shafiq Iqbal yang menguatkan lagi pegangannya.
“Lepaskanlah.” Ain Nabilah terus memijak kaki Shafiq Iqbal namun tibak memberikan sebarang kesan.
“Tak pernah orang melawan cakap aku.”
“Dan tak pernah lelaki bukan muhrim berani menyentuh saya.” Kata Ain Nabilah dan terus berlalu meninggalkan Shafiq Iqbal yang tersenyum.
“Jagalah kau Ain. Kau belum kenal siapa Shafiq Iqbal bin Datuk Razman.” Kata Shafiq Iqbal perlahan.
Posted by azim alwiz at 2:11 AM 0 comments
Thursday, March 3, 2011
GILA
Assalamualaikum Salam Sejahtera......
Sebenarnya baru je bangun dari tidur...
"Giler,sempat lagi aku tidur"sambil bermonolog.
Sempat jugak la mengeruh dua tiga kali
lepas tu tersekat kat kerongkong ! boleh bayangkan?
tipuuuu jeee ! gila ke ape aku mengeruh??
Lembu dengar aku mengeruh pun pengsan kot...
Lembu mesti lari sambil memikirkan cara mengatasi
bunyi aku mengeruh ! Uhhh, sengal.....
Haaaa ! ni chek nak habak mai kat hampa..,.
Macam-macam kejadian menimpa chek....
Kebelakangan ni,penyakit mengantuk yang chek
hidapi sudah berkurang...sejak jumpa doktor cinta !
ISh2 apa kena mengena doktor cinta dgn mengantuk pulak ni...??
Biasalah baru bangun tidoq memang mereng sikit..hehehe
(Sambil mengeluarkan kuali,lantas mengetuk kepala dgn kuali
sebanyak tiga kali)
Okey baru betul siaran astro sekarang..hehehehehehhee
Pertamanya,hari duk gaduh dengan si SHAHRIL.
arghhhhhhh ! geram2...memamng selalu gaduh mulut
dengan dia tapi hari ni sakit sangat hati ! nak mogok dgn
dia beberapa hari ! benciiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!!! :P
"Kalau sape2 baca blog ni then story dekat dia...Ada aku
kesah????????" :P
~>ni la orangnya...koya-koya(walaupun aku x suka guna
perkataan ni !)
Next,masa habis kelas tusyen matematik tadi...Aku dgn
kawan2 turun ke tempat bas....duk congok la tggu
pakcik janggut seperti selalu.....
Tiba-tiba yang lain bersorak..aku ingat aku diumumkan
menang ANUGERAH GRAMMY KATEGORI
SUARA SUMBANG TERBAIK...
rupa-rupanya pakcik tu bawak bas baru...
Lebih selesa dari bas yang selalunya..BAS ROTI
budak2 ni bagi nama....Tak baik.....
Pakcik Janggut tu pun budak2 ni reka tuk pakcik tu...
Agak lama tunggu pakcik tu budak2 mula sumpah seranah pakcik tu....hehehhe
Aku pun apa tunggu lagi,cepat2 naik bas aku ajak zul duduk sebelah aku....Kita orang pun berbisik la sesama sendiri jakun naik bas baru ni...lain la kalau pakcik ni jemput guna kapal terbang !
Tak lama kemudian aku pun sampai ke rumah.....
bukak2 pintu terus mak bertanya..
"Azimah mana? Kenapa tak balik sekali??"
"La imah x balik lagi ker??Ingtkan takde kelas.."aku ckp mcmtula...
Kalau aku cakap tak tahu mau Mak aku bawak kua belanga baling
ala2 lempar cakra atas kepala aku...mereng lima malam....
Kesian adik aku..dalam aku bersuka ria naik bas baru..aku terlupa
adik aku yang telah ditinggalkan oleh pakcik Janggut....
Dialog untuk marah pakcik Janggut :
"PAkcik janggut jahat!!!!!" sambil menarik + mencukur janggutnya yang panjang !!!!!!!!!!!!!!!!
Semalam pulak.......
Aku ada pertandingan Pantun...
Alhamdulillah walaupun kalah
tapi geng pantun dapat menundukkan SMK JENGKA 2.....
Dan lawak ke suku akhir.....
Banyak BErlaku ketidak adilan semasa berlawan dengan TUAN RUMAH......BENCIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
Okey ni ada satu dua tiga pic sebelum kita orang pergi...hehehehhe
Kami kawan je ! jangan Gosipp lebih k......... ! :P
Dngan kawan baik....and ni la kawan pantun aku..time ni duk berlatih la..heheheheheheh :)
Enjoy it guyssssssssssss ! >.<
Posted by azim alwiz at 6:35 AM 1 comments
Sunday, February 27, 2011
Sepatutnya buat math !
Posted by azim alwiz at 5:03 AM 1 comments
















